Fua'd : - Benar?

770 16 0
                                    

2019

Mungkin pada masa itu aku masih lagi berada di bangku sekolah rendah, jadi ibu tidak anggap yang aku akan tahu tentang semua perkara tentangnya. Apatah lagi si dia diduakan.

Sedang khusyuk aku melayari aplikasi instagram menggunakan akaun ibu dan telefonnya, ada satu notifikasi dari mesej keluar. Aku pun terus tekan dengan sangkaan itu hanyalah kawan ibu sahaja. Lanjut aku membaca perbualan mereka, ternyata anggapan aku salah.

Mesej itu dari seorang lelaki entah siapa ibu berkenalan. Perbualan mereka juga ada banyak berbalas-balas emoji hati. Kening aku berkerut ketika membaca itu semua.

"Apa ni?" Dengan tak semena-mena aku faham akan situasi itu, air mata aku jatuh deras. Sangkaan aku benar, ibu curang.

Tangisan aku didengari oleh orang di luar bilik gamaknya, ibu langsung membuka pintu. Aku segera bangun, ingin bertanyakan soalan.

"Ibu..." Aku menunjukkan bukti perbualan mereka. Luluh hati aku ingin mengajukan soalan, langsung aku campak telefon itu ke katil.

Akhirnya ibu menangis dan memeluk aku. "Ibu minta maaf, sayang." Walaupun aku berada di dalam dakapannya, hati tetap terasa lagi pedih yang mendalam. Begini rasanya jika ditipu hidup-hidup oleh orang yang kita percaya.

BULAN PENUH, semestinya suasana malam itu indah, tetapi tidak suasana rumah. Bila si dia dapat tahu bahwa ibu bermain kayu tiga, langsung mereka bertikam lidah.

"Haisra, kalau betul bencikan aku... Tak perlu rasanya kau duakan aku macamni." Meskipun suara si dia tenang tetapi cukup didengari sampai ke tingkat atas.

"Kalau bukan sebab abang tu penagih, Haisra tak akan buat macamni." Ibu masih lagi dengan riak wajahnya yang serius.

Aku menutup telinga adik menggunakan tangan.

"Jangan dengar. Tu hal diorang." Aku nasihat, adik juga mengangguk perlahan.

2023

Serabut. Mereka masih lagi mengulang kejadian yang sama pada hari ini. Si dia tidak terima akan kelakuan ibu dan ibu mempertikaikan tentang hal sindiket dadah.

"Kau penat tak dengan hidup?"

Soalan yang Teja tanya itu juga masih bermain di dalam fikiran aku. Siapa saja tidak penat? Lagi-lagi duduk serumah bersama ibu bapa yang sebegitu rupa? Diri aku sebegini?

Keindahan alam hijau di padang sekolah juga aku tatap lama. Panas cuaca hari ini juga aku hiraukan kerana selamat berada di bawah bumbung luas astaka. Sedang asyik aku mengelamun tentang perasaan, mata aku tertangkap satu figura dari jauh.

Raket dipegang, gelak tawanya juga dapat aku dengari dari jauh. Teja bermain badminton bersama rakannya, walhal aku hanya duduk ditepi melihat mereka semua.

"Fua'd, jom ah bola!" Zahad cuba mengajakku dari jauh. Dengan berkaki ayam, dia menghampiri aku.

"Kaki bangku do, malas. Kau main la sana, aku kira berapa gol." Aku terus sandar di tiang astaka itu, mata dipejam.

"Gila, jadi defend je kau. Jom!" Segera tangan aku ditarik. Mata masih melihat figura yang indah pesona di depan mata.

Eh?

PELAJAR hanya mempunyai 20 minit untuk berehat, makan dan sebagainya. Bagi aku 20 minit itu tidak cukup. Beratur membeli makanan sahaja sudah berapa minit, lagi dengan pelajar yang memotong barisan. Boleh bawa mengucap.

C | Destined For HerWhere stories live. Discover now