Senyuman palsu itu akhirnya hilang dan sekelip mata satu tusukan jarum dicucuk di kawasan perut anak buahnya.

" ni ubat kau...pakai dan mulakan kerja kau. Mati akan jadi hukuman kau, kalau kau datang tanpa khabar berita lagi. Dah, aku nak turun bawah. Bahan uji kaji aku masih belum siap..." dia keluar dari biliknya dengan wajah masam mencuka.

Sejak itu, anak buah lelaki itu sedar ketuanya merupakan seorang narsistik, tapi dia tidak kisah. Yang dia tahu, apa yang dia nak dia mesti dapat! Tak kisah apa cara sekalipun.

Bum!

Pintu bilik uji kaji itu dihempas rapat oleh si narsistik.

@@@

Butik Adinda,
Temujanji butik;

3.00 p.m.

Mata aku melihat pantulan diri aku di cermin besar butik tersebut.

" Baju ni cantik tu memang dah cantik, tapi kenapa aku tak rasa cantik bila aku yang pakai? Tak nampak macam orang kaya," aku mengeluh dan kamera aku dibuka. Najdee berada betul-betul di belakang aku. Wajahnya beku dan tiada langsung segaris senyuman.

" Cantik tak baju ni dengan aku?" dia hanya mengangguk tanpa riak wajah. Ikhlas ke tak tu?!

Aku tidak puas hati dengan responnya. Terus aku keluar dan memberitahu pekerja yang aku nak tukar baju. Dah responnya begitu, tak cantiklah mungkin...

Beberapa minit kemudian aku berlari ke kawasan cermin tadi semula dan membuka kamera aku. Pekerja itu pelik melihat tingkah aku tapi aku buat tak kisah dengan reaksi mereka. Mata aku memberi isyarat pada Najdee. Diangkat-angkat kening bertanyakan sama ada baju itu cantik atau tak cantik.

Hanya ibu jarinya diangkat tanpa riak wajah juga. Aku menghadiahkan senyum geram, tanpa menghiraukan reaksinya tadi aku kemudian menukar baju lagi. Reaksinya tak berperasaan langsung!

Angguk kepala,

Buat peace,

Angkat ibu jari lagi...Ergh!

Paling baik, pujian tak bernada tapi langsung tak nak pandang muka aku weyh!

Semua reaksi dia nampak tak ikhlas dari awal tadi sampai sekarang!

" Oi penganggur! Aku cantik ke tak?!!!" kotak suara aku melepaskan suara bernada tinggi di hadapan telefon aku. Semua pekerja di situ sudah memandang aku pelik. Tak apa, pekerja tu nampak aku tengah buat panggilan video je.

' Mayaa...orang pandang kau pelik tu...' wajah Najdee bertukar panik! Takut rahsia itu pecah.

" biar! Biar orang pandang pelik, suka hati akulah nak video call tunang aku! Sekarang ni kenapa muka kau dari tadi tak beriak hah, sekurangnya kalau aku betul-betul cantik buatlah riak yang teruja sikit," aku menyambung kelentong mengenai babak tunang sebelum ni.

' tulah muka teruja aku tu,'

" Muka teruja apa kalau muka beku macam tu,"

' aku nak buat riak apa lagi, aku tergamam faham tak? Tergamam, rahang aku jatuh. Tapi aku cuba kawal diri aku buat poker face. Kau tahu tak semua baju kau pakai kau nampak comel! Comel dan cantik tahu tak! Aku tak tahu nak bagi reaksi apa!' Wajah Najdee bagai melepaskan beban perasaan yang lama dia pendam. Dadanya berombak kerana nafasnya diambil lagi.

' Kau cantik tapi aku tak tahu macam mana nak bagi reaksilah...' wajahnya memerah sehingga telinganya. Mulut dan hidungnya ditutup.

Jantung aku bagai dihempas bom Hiroshima. Sekelip mata kepala aku blur.

' kau beli semua baju tu pakai duit aku, aku beli. Jangan! Jangan pakai duit kau sepanjang kau dengan aku,' sesudah Najdee berkata begitu dia berlalu.

" Ah-ha...haha.." aku tergelak janggal. Pipiku memerah.

" cik...tunang cik tanya apa tu dari telefon sampai pipi merah?" pekerja yang melihat aku cuba mengusik.

" dia puji...kali ni puji betul-betul..." mataku kekal termenung saat menjawab. Perut aku serasa ada rama-rama dalamnya.

Kring!

Pintu butik dibuka dan lamunan aku tersedar. Aku melihat gerangan yang masuk ke dalam butik itu.

" Eh, Awak bukan-" dia menunjuk aku

" Awak bukan..."dan aku turut menunjuk dia.

Seorang lelaki berkaca mata bulat berdiri di hadapan aku. Ya, dia Doktor perawat Puan Dahlia.

" Doktor?" aku memotongnya dahulu memandangkan dia seperti tidak tahu mahu memanggil aku apa. Nak buat macam manakan, pertemuan kami terlalu ringkas sebelum ni.

" Aha, betul! Kecil je ya bumi ni. Alih-alih saya jumpa awak, nama apa ya?"

" Mayaa...," aku meletakkan tangan ke dadaku sebagai tanda salam perkenalan. Dia turut membalas dengan gaya begitu.

" Doktor Azman,"

" Awak buat apa dekat sini?" soalnya sebagai sambungan perbualan.

" buat apa? Saya beli bajulah doktor, takkan jual keropok lekor dekat sini, eh?" aku terbalas dengan gurauan tak beradab, laju bibirku ditampar-tampar spontan. Orang tu tanya baik-baik kenapa kau nak cakap macam tu, Mayaa! Wajah bersalah aku buat.

" Maaf ya doktor, mulut saya ni memang skru tak cukup, kadang-kadang terlepas cakap," doktor itu membalas dengan gelakan abah-abah. Berjiwa tua rupanya doktor Azman ni, tapi muka muda.

" By the way, doktor pula buat apa dekat sini?"

" saya nak beli baju untuk isteri saya sebagai cenderahati, dia merajuk sebab saya sejak dua menjak ni overtime,"

" O.T? Bukan doktor selalu macam tu, ke tak?"

" selalu tu memang selalu, tapi sejak dua menjak ni ada banyak pesakit yang ada penyakit yang sama. Awalnya saya syak epidemik, tapi bila makmal kesihatan cek puncanya bukan sebab virus, tapi racun. Itu yang pelik tu, macam mana racun boleh tersebar banyak tempat. Sekarang ni je saya ambil cuti seminggu sebab kakak saya bersalin tanpa suami,"

" Melaka ni kampung doktor?" tebakku dan dia mengangguk. Racun? Pelik betul.

" simptom pesakit dia apa?"

" antara simptom awal dia sawan bila mula kena," aku terus teringatkan perempuan yang pengsan hari tu.

" ada tompok hitam dekat kulit juga ke? Hidung memerah?" doktor itu terkejut mendengar aku tahu simptom-simptom tersebut.

Aku dah agak!

"Hari tu saya ada terjumpa seseorang yang pengsan dan sawan, tapi badan dia muncul tanda yang nampak pelik," ujaranku melepaskan kerutan di dahi doktor tersebut. Menunjukkan aku menjawab persoalan di fikirannya.

" Owh, benda ni masih dalam siasatan, kes menaik tapi ini bukan virus epidemik, jadi benda ni awak jangan sebarkan dulu sebelum kerajaan yang sebar," aku mengangguk faham.

" Eh, saya ni mengganggu doktor beli belah pula, sila-sila," aku mengambil kesemua baju aku pakai tadi dan ke kaunter pembayaran.

Kad hitam aku keluarkan dan pembayaran terus dibuat.

" Assalamualaikum doktor, saya pergi dulu," aku melambai doktor tersebut dan dia turut melambai. Begitu saja perbualan kami tamat. Kamera telefon aku dibuka dan Najdee memandang aku dengan muka masam mencuka. Aku tak endahkan dan terus berjalan. Saat berjalan aku perasan yang dia berpaling ke dalam butik itu sehinggalah bangunan butik itu tidak lagi kelihatan.

' itu doktor?' soalnya. Aku mengangguk.

" Najdee jom! Aku dah janji dengan budak sebelum ni nak beli pokok dia, nanti tak sempat pula," tanpa banyak bicara aku dan dia masuk ke dalam kereta. Sekejap sahaja kereta itu meluncur laju.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love LensWhere stories live. Discover now