Aku melihat Mayaa dari ekor mata aku. Dia sedang sibuk menangkap gambar-gambar di bangunan tepi sungai.

Kemudian dia beralih ke aku lagi, waktu itu aku sedang memerhati ke hadapan dan dia senyap-senyap mengambil gambar aku. Bibir aku ternaik ke atas sedikit menahan senyum. Aku biarkan walaupun aku sedar perbuatannya.

Sedang aku perhati sekeliling aku membuat segala perkiraan keselamatan di sekitar aku buat seketika kemudian aku duduk di dek menghadap Mayaa.

" aku kena buat sesuatu juga ni,"

Buku nota aku dibuka dan aku membuat sesuatu di atasnya. Beberapa minit juga aku menghadap buku aku dan melihat keletah Mayaa sekali sekala.

Aku kemudian mendekati Mayaa selepas selesai,

' Hai, how is your vacation?' aku bertanyanya mengetahui yang Mayaa tak boleh bercakap dengan aku kalau dia tak mahu digelar gila.

" jangan cakap dengan akulah, " Bisiknya dengan nada marah.

Kemudian nota tadi aku tunjuk ke arahnya.
Satu lukisan ringkas wajahnya dari buku nota itu tadi aku tunjuk.

Dia terkedu kemudian terukir senyuman kecil di bibirnya secara perlahan dan terus dia mengambil gambar lukisan tersebut. Dia teruja mengambil gambar itu dan meneliti gambar itu manakala aku leka memerhati dia. Dia tersedar dan turut melihat aku. Aku tahu mata kami bertembung. Kami ibarat di dunia sendiri dan langsung tidak mendengar apa yang pemandu pelancong memberitahu sejarah dan maklumat tentang Sungai Melaka.

Bibirnya bergerak kecil seperti ingin memberitahu aku sesuatu namun tiba-tiba seorang lelaki menegurnya dan menghilangkan atmosfera tadi.

Aku mengerutkan dahi.

" H-hai, erm...miss beau, what is your name? Your mix face is so my taste" Aku sebenarnya perasan dari awal dia masuk kapal ni dia duduk tengok Mayaa. Mulanya aku fikir dia ni hanya nak tengok-tengok Mayaa dari jauh tapi akhirnya dia menegur juga Mayaa. Muka dia penuh kegatalan seorang lelaki.

Aku rasa macam nak campak dia dalam sungai ni. Berenang dengan ikan keli, Salmonella dengan Cyanobacteria bagi dia jalankan eutrophication. Elok sangat!

Wajah Mayaa pula tenang seolah tidak terganggu dengan kehadiran lelaki itu. Fakta itu membuatkan hati aku tidak senang sehinggalah Mayaa menurunkan kameranya dan mula berbicara.

" Luxica Andalusia, saya orang berdarah Bostivastan," ujarnya dengan yakin dan tersenyum. Aku tergelak mendengar nama tersebut. Celah mana letaknya Bostivastan? Kalau lelaki ni percaya serius dia kena belajar Geografi balik.

" owh boleh cakap melayu..." gumam lelaki itu.

" Owh, well... It's kinda awkward, but miss, you look so cute, can I have your number?" Orang dah cakap Melayu pergi cakap bahasa asing lagi kenapa? Mendengar soalan itu mulut Mayaa terjungkit-jungkit mahu senyum. Seolah menahan gelak.

" I can't"

" Eh, kenapa?" dia tak berputus asa.

" awak tahu tak Bostivastan tu letak dekat mana?"

" Err...Eropah?"

" saya tanya awal-awal, awak tegur saya sebab apa?"

" sebab awak cantik,"

" Owh...sebab cantik, well thank you. Untuk pengetahuan awak well educated one is my taste. Because I want to be beauty with brain. Saya anti orang bodoh, so awak belajar sampai mana?" Mayaa mengubah topik dalam ayatnya.

" Owh, saya belajar dekat University Oxford, baru balik Malaysia tahun lepas," amboi, beragak sikit menipu tu. Mata Mayaa sudah naik bolayan tapi senyum dia masih kekal. Namun selepas itu bot kami sampai di destinasi.

" Nak tahu tak, Bostivastan tu dekat mana? Lepas tu saya bagi nombor saya lepas 01" dia mengangguk laju dengan senyuman.

" Bostivastan tu..." Mayaa bangun dari duduk dia dan menyandang begnya kemas,

" tak wujud Mister Oxford. Tak pernah wujud pun. Well, nombor saya 01-999. Simpan nombor tu baik-baik," kemudian Mayaa terus berlalu meninggalkan lelaki tadi yang muka sudah cemberut. Egonya tercalar kemudian dia menjerit.

" Oi, kau tak cantik pun lah!" sesungguhnya orang lemah memang akan koyak bila dia yang buat salah. Sangat bertentangan dengan orang bijak.

"That's my girl!" aku tergelak melihat Mayaa tidak endahkan jeritan itu.

Kejap?

My girl?

Gelak aku semakin kendur. Menyedari sesuatu hakikat. Aku terfikir semula, kalau aku kata my girl maksudnya aku fikir Mayaa aku punya? Maksudnya aku suka dia ke?

Perasaan yang sebelum ini datang menghantui aku lagi. Perasaan yang aku tak tahu nak ungkap. Aku memerhati Mayaa yang berada di sisi sebuah pokok. Tudungnya yang dibelai angin buatkan dia makin cantik di mata aku.

Dub!

Lub!

Dub!

Ah-ha...Cantiknya...

...

Tak mungkinlah...

Tak mungkin aku suka Mayaa...kan?

Aku teringatkan tubuh seorang gadis yang pernah muncul sebelum aku koma.

" Kalau aku suka Mayaa, macam mana dengan dia...? Tak mungkin aku suka pada dua orang kan?"

Aku keliru...

Love LensWhere stories live. Discover now