"Yes, that's me, and who is this?" Tanya Erman semula.

"Ni saya, Tengku Amelia. Awak ada bagi kad nombor telefon awak dekat saya hari tu." dengar sahaja nama yang cukup dia kenal disebut, senyuman mula terukir di bibir.

"Oh, Amelia. Ada apa awak call saya?" Mata Erman beralih kepada Efzan sebelum kakinya melangkah menjauhi kawasan abangnya dan tetamu VIP itu berada. "Er, boleh tak awak tolong saya? Awak ada dekat tempat saya kerja sekarang ni kan?" Amelia mengintai-intai sosok Erman yang tiba-tiba menghilang dari sisi abangnya.

"Haah. Macam mana awak tahu saya dekat sini?" Kini Erman pula yang mencari sosok tubuh Amelia. "Saya ada dekat luar sebenarnya. So, boleh tak awak tolong saya?" Amelia sudah tidak kesah jika dirinya dicop tidak malu untuk meminta tolong kerana dia memang tidak mahu untuk bertembung dengan Efzan. Meluat!

"Boleh aje. Awak nak saya tolong apa?" Erman sudah tersenyum sendirian. Amelia sudah gembira kerana Erman sudi untuk menolongnya.

"Awak tahu kan dekat tingkat berapa bahagian restoran saya kerja kan?"

"Tahu, tingkat 2 kan?"

"Ya, tingkat 2." Balas Amelia.

"Awak nak saya tolong apa?" Tanya Erman lagi.

"Boleh tak awak tolong ambilkan powerbank saya? Saya tertinggal kelmarin." Amelia berharap agar Erman sudi menolongnya.

Mata Erman beralih ke arah lif. Bukannya jauh dari tempat dia berada sekarang. "Oh, boleh aje. Dekat mana awak tertinggal?"

"Saya rasa dekat atas meja dalam locker room." Amelia harap masih ada lah powerbank milik abangya itu. Kalau tidak, naya dia.

"Okay. Awak tunggu aje dekat lobi. Nanti saya datang." kaki panjang milik Erman kini melangkah menuju ke arah restoran hotel itu. "Okay." balas Amelia. Telefon disimpan semula sebaik sahaja punat end call ditekan. Amelia kemudian hanya menunggu kedatangan Erman.

***

Beberapa minit berlalu dan akhirnya Erman datang ke arah Amelia dengan powerbank di tangan. Erman melambai-lambaikan tangannya kepada Amelia. Amelia juga turut melambai.

"Nah. This is yours." senyuman manis diukir kepada Amelia. Amelia dengan lembut menyambut huluran Erman.
"Thanks, awak." dia turut tersenyum kepada sesama sendiri.

"Ehem!" Senyuman mereka mati apabila terdengar deheman seseorang. Amelia sudah mengeluh kecil sebaik sahaja melihat wajah seseorang itu. Ya, seseorang itu ialah Raja Efzan.

"Bukan ke yang Encik Adam dah maklumkan yang restoran hotel tutup hari ni?" Soalan diaju kepada Amelia.

"Tertinggal barang." acuh tidak acuh sahaja Amelia menjawab. Senyuman senget terukir pada bibir Efzan apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Amelia.

"And Erman, what are you doing here with her? You're supposed to be with me." soalan kini diajukan pula kepada Erman. Keningnya diangkat dan matanya kini tertumpu ke arah Erman.

"Oh. Man tolong Amelia ambilkan barang." Erman hanya menjawab seperti biasa kepada abangnya itu. Amelia sudah berpaling ke arah lain.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Donde viven las historias. Descúbrelo ahora