' kalau tak ada, pergi solat sekarang!' Terkocoh-kocoh dia melangkah memasuki tandas dengan senyuman dua puluh sen dia. Aku rasa perempuan ni sama umur macam aku, tapi perangai budaknya mengalahkan budak.

Ketika menunggu dia uruskan diri di dalam tandas aku melakukan pergerakan solat juga. Jangan tanya kenapa aku tak ambil wuduk macam manusia lain.

Sesungguhnya, kau memang suruh aku bazir air...

Siapa yang lambat tangkap, aku nak cuci otak dia sental pakai Clorox.

Selesai memberi salam aku menunggu Mayaa diluar bilik memandangkan dia masih belum keluar dari tandas. Sekitar kawasan hotel itu aku, perhati.

Setiap lorong ada enam cctv, tiga darinya bertukar arah. Tiga lagi, cctv hemisfera. Aku mengira setiap langkah dari awal aku di hujung lorong ke hujung lorong.

Kalau berjalan, 40 langkah, berlari 30 langkah. Untuk orang sependek Mayaa lebih sikit daripada aku. Dalam purata 50 berjalan, 40 berlari. Kemudian aku menghafal emergency exit hotel itu.

Tingkat hotel yang mereka menetap adalah tingkat tiga. Diluar bilik kami menetap terdapat pokok setinggi aras biliknya.

Sixteen time six, plus four time three, plus fourty five. Kalau dicongakkan dengan masa.

"Kurang lima minit untuk berlari ke bawah dan 6 minit naik ke atas." Gumamku sendiri. Mayaa kena tahu ni untuk keselamatan dia.

" Najdee?! Mana kau?" aku tersedar dengan suara lantang Mayaa. Dia dah habis solatlah tu.

Aku melangkah setapak ingin menembusi pintu masuk namun kaki aku terhenti saat aku terdengar bunyi pintu dibuka berjarak tiga bilik dari bilik kami. Mata aku menangkap susuk tubuh yang keluar dari bilik tersebut. Bibir aku terus diketap kuat. Sial!

" tu orang kanan Iblis!" aku dalam dilema, sama ada ingin terus mengikut dia atau menyahut panggilan Mayaa.

Aku berkira-kira dalam kepala.

Maaf Mayaa! Tunggu aku kejap...
Pantas aku mengejar dia. Tolonglah, tolonglah bagi aku sempat kejar dia dalam lif!

Bunyi lif hampir bergerak makin kedengaran. Dan apa yang aku sempat nampak adalah tatu di bahagian lengan dia. Tatu harimau bintang...

Dan aku terlepas mengejar dia saat lif itu sudah jauh turun ke bawah. Kaki aku dihentak kuat sehingga rambut aku jatuh kedepan.

"Argh!!!" Bibir aku diketap.

Iyh! Aku sumpah kau kena penyakit kanser kulit! Sumpah!

Mata aku tajam memerhati lif tersebut, setiap perhentian lif itu aku cuba perhati. Lif itu berhenti di tingkat satu kemudian lobi. Aku mengawal nafas aku semula. Dada aku terasa sakit sedikit.

Mayaa...

Mayaa selamat ke?

Aku berlari semula ke lorong aku dan aku lihat Mayaa sedang tercari-cari aku. Aku berlari ke depan kameranya.

" Kau pergi mana?!"

' aku minta maaf. Mayaa, boleh ke aku tinggalkan kau sekejap. Sekejap je, serius sekejap! Aku kena cek sesuatu. Kalau boleh aku nak ajak kau, tapi sekarang ni aku saja yang halimunan,' pintaku tergopoh-gapah. Mayaa melihat aku yang cemas dan mengisyaratkan aku mengambil nafas.

" tenang Najdee, tenang... Cerita dengan aku baik-baik,"

Aku mengangguk dan mengambil nafas aku.

' aku nak periksa bilik seseorang, aku syak dia sebahagian musuh aku, aku nak dapatkan maklumat sebanyaknya,'

" Faham, jangan risau. Aku tunggu dalam bilik. Lepas tu kita pergi makan, okay?"jawabnya tenang. Melihat dia tenang, matlamat aku jadi jelas dan aku tersenyum kecil.

' terima kasih, Mayaa. Kau tunggu aku tau, sekejap je,' dia mengangguk dan aku terus berjalan ke bilik lelaki tadi.

Bilik 307

Aku menembusi bilik tersebut dan bau bilik itu menusuk hidung aku.

Bau klorofom!

Siapa yang pengsan?

Waktu ini aku bersyukur walaupun aku roh, deria aku boleh diguna seperti manusia biasa.

Aku melihat isi bilik dan menyedari seorang perempuan berambut panjang dan berbaju dress sedang pengsan di atas katil.

Aku melihat wajahnya lebih dekat, dan aku terkedu.

Aku macam kenal perempuan ni. Muka dia sama dengan budak sekolah aku. Tapi bukan budaklah, dia lagi tua.

" dia ni kan Syazleen? Founder kosmetik Al- Meena?" melihat dia terbaring sebegitu aku putuskan bahawa ada dua kemungkinan kenapa dia terbaring di situ, sama ada dia musuh kumpulan Iblis, atau dia orang dalam Iblis yang tak ada kuasa.

Hmm...

Aku mencari-cari maklumat yang boleh aku cari tentang perempuan tersebut di barang miliknya dan aku terjumpa sekeping gambar.

Gambar dia dan seorang budak lelaki sebaya budak sekolah menengah.
Aku merantau bilik itu lagi. Ada kad jemputan dan kertas temu janji. Ahh, ada dadah dalam beg ni. Aku tersengih.

Beg itu berwarna putih dan tersimpan di dalam kot baju berwarna putih. Kot itu persis pekerja restoran hotel tersebut.

" Mayaa, kita makan dekat luar malam ni, restoran ni tak selamat," bisikku. Maklumat lain yang aku jumpa aku hafal sebaiknya, dan sejurus itu aku tahu, bilik ini memang khas untuk perempuan tu. Bukan bilik untuk lelaki bertatu tadi.

Ketika aku sedang melihat isi peti besi bilik itu, suara perempuan itu bangun membuat aku tertoleh padanya.

" Argh! Sakit kepala... Ini mesti kerja Iskandar! Ergh! Pukul 12 ni dahlah ada majlis" kemudian perempuan itu bangun dan masuk ke dalam tandas secara terhuyung-hayang.

Iskandar?

Mendengar suara perempuan itu muntah membuatkan aku melangkah keluar dari bilik itu. Tak tahan aku! Dengan aku sendiri mual. Eh mual?

Aku melihat bahagian perut aku.

Pftt!

Lelaki mana mengandung, hanya mengandungi lemak.

Aku melangkah laju ke bilik aku semula, idea aku melimpah-limpah, cara untuk aku tangkap lelaki tadi. Aku ceritakan sedikit sebanyak kepada Mayaa dan memberitahu rangka rancangan aku.

Mayaa...

Aku minta maaf, tapi kau kena buat kenalan dengan perempuan tu sebagai tunang aku.


Love LensWhere stories live. Discover now