CHAPTER 09

149 24 0
                                    

Beg tangan dilempar ke atas katil. Blazer berwarna khalki itu ditinggalkan sebelum Dhea menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Penat. Cukup menggambarkan keadaan dirinya sekarang.

Perjumpaan dengan klien kali ini memang menggunakan seluruh tenaganya. Walaupun berkali-kali dilakukan, rasa penat tidak pernah lali dalam dirinya. Namun sikit pun dia tidak pernah mengeluh akan pekerjaan ini.

Setelah 5 minit membaringkan diri, dia bingkas bangun lalu membersihkan dirinya. Seluruh badannya terasa melekit sekarang. Tuala digapai dan bilik air seluas separuh bilik tidurnya.

Sesudah mandi, tuala dililitkan ke rambutnya bagi tujuan mengeringkannya. Kaki melangkah ke tangga marmar itu dan terus ke tingkat bawah.

Alat kawalan televisyen dicapainya. Kebiasaan bagi seorang Dhea Elaura, dia akan membuka televisyen sebelum membuat perkara seterusnya.

Entahlah, memang tiada sebab untuk dia berbuat sedemikian tetapi ianya berlaku secara automatik. Habit.

Laptop diambilnya lalu mengambil tempat di meja makan yang tidak berada jauh dari ruang tamu. Menyambung kerjanya atau memeriksa jika ada perkara yang belum selesai.

Secawan ZUS Coffee yang sempat dibelinya tadi sudah tersedia di sebelah kertas kerja. Buat penghilang dahaga. Lagipun, dia tidak gemar minum air jenis lain ketika melakukan kerja.

Sudah terbiasa akan kopi. Kalau tiada kopi, mungkin air kosong saja. Itu pun kalau dia mahu.

Senang cakap tiada kopi, proses menyiapkan kerjanya terasa tidak lengkap.

Fokus Dhea tertumpu pada kerja namun terhenti tatkala telinganya menangkap tutur bicara pembaca berita di kaca televisyennya.

"Kanak-kanak berumur 7 tahun yang dikesan hilang pada 4 hari lepas telah disyaki diculik oleh sekumpulan pengganas siber di sekitar tengah malam pada hari kejadian tersebut." Ucap pembaca berita tersebut. Dhea terkaku sebentar. Pen di tangannya terus bertemu dengan permukaan meja. Perlahan dia bangun dan bergerak ke arah ruang tamu.

Perhatiannya sekarang terarah pada kata-kata wanita di kaca televisyen itu. Paparan gambar kanak-kanak lelaki yang dikatakan hilang itu membuatkan seluruh tubuh Dhea menjadi keras. Kakinya berhenti melangkah tepat di hadapan skrin televisyen itu.

Ya, inilah budak yang pernah menegurnya di hadapan pagar taman tema pada beberapa minggu lepas.

Dia tidak silap. Rupa budak tersebut masih sama.

Sebiji. 2 kali 5. 5 kali 2.

"Pengganas tersebut merupakan suspek utama namun pihak polis masih belum menjumpai punca penculikan tersebut atau mengapa perkara tersebut berlaku. Kanak-kanak lelaki bernama Jun Vincent kali terakhir terlihat di kawasan berdekatan..."

"Taman tema." Gumam Dhea perlahan.

"..taman tema terbiar di..." Sambung pembaca berita tersebut. Dhea sedar dia menyebut nama tempat itu dahulu sebelum wanita itu berbuat demikian.

Ini bukan kebetulan.

Ini benar-benar realiti.

"Kau perempuan yang datang ke taman terbiar haritu kan?? Anak aku ada bercakap dengan kau. Dia larang kau masuk ke sana!!"

Kata-kata wanita tua di pawagam tempoh hari terngiang-ngiang di kepalanya. Ya, semuanya seakan berkait.

The dots has connected now.

Televisyen itu terus dimatikannya. Dhea terus mencapai telefon pintarnya yang sudah terletak di atas sofa tersebut. Dia melabuhkan punggungnya disitu.

Buzz! Gegaran dari telefonnya sedikit sebanyak telah mengejutkan Dhea. Entah kenapa dia terasa lebih pula debarnya kali ini. Sampaikan telefon yang bergetar pun hampir memberinya serangan jantung. Tangannya automatik naik ke dada.

[OG] Spade : The Secret Of ArietisDove le storie prendono vita. Scoprilo ora