𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 30

Start from the beginning
                                    

"Kamu ada minta izin suami kamu".

Dap! Qaira terkedu. Dia terlupa untuk memberitahu suaminya jika dia keluar tadi. Habislah aku ni kena bebel sampai tahun depan. Buat hal betullah kau ni , Qai!

"Tak adalah tu kalau diam memanjang. Tu haa, Rael sampai", kata papanya lalu menunjuk ke arah pintu.

Dato' Khusyairie orangnya memang tegas disebabkan itulah dia takut jika semua rahsianya di ketahui oleh papanya termasuk jika dia terlupa tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Pada awalnya, dia berfikir jika papanya bergurau mengatakan bahawa suaminya dah balik dari Itali rupanya betul! Takkanlah laki aku cepat betul balik, menipulah papa ni.

"Eh, abang?"

"Sa-sayang", termengah-mengah Izrail berkata-kata.

"Tarik nafas dulu abang. Barulah bercakap". Qaira mengelus dada suaminya agar dia dapat mengatur nafasnya terlebih dahulu, barulah dia boleh berbicara.

"Principessa, abang nak tanya", kedua bahu Qaira dipegangnya.

"Okay, tanyalah apa dia?"

"Principessa, mana King abang?", soalnya dengan tenang. Qaira tersenyum sehingga ke telinga.

"Oh, dekat zoo negara", jawab Qaira dengan wajah yang polos.

Aduh! Luluh jantung Izrail saat itu sehingga tidak mampu berkata apa pun. Dia terduduk di atas sofa yang berada disebelah kirinya.

"Eh, abang pun satu ini rumah bukannya zoo. Abang buang Felix, sayang hantar si King abang pergi zoo. Bijak tak isteri abang?". Dengan bangganya Qaira berkata seperti itu. Bertuah punya isteri!

"Haa betullah tu be-tul . . ." , jawab Izrail dengan lemah sebelum dia tidak menyedarkan diri di situ.

"ABANG!"





BUTANG baju milik Izrail itu dilepaskan satu persatu. Risau semakin sesak pula nafas suami dia ni. Alahai, macam-macam perangai! Dia buang haiwan kesayangan kita boleh tapi kita buat balik tak boleh.

Nasib baik suami kalau laki lain dah kena tinggal pengsan dekat situ.

"Kamu ni Qai, kenapalah buang King laki kamu tu?", soal papanya. Qaira menghela nafas seketika.

Semenjak Izrail ni jadi suami dia, bukan main risau ayahnya itu akan menantu kesayangannya. Maklumlah, selalu kena suap duit setiap minggu RM5000. Selalunya, bapak borek anak rintik tapi ni  menantu rintik.

"King si menantu kesayangan papa ni, ular tedung. Memanglah, Qai buang."

"Allahu, anak dengan menantu sama perangai! Kamu dua ni boleh buat zoo. Kalau dah masing-masing pelihara binatang bahaya", omel Dato' Khusyairie sambil menggelengkan kepalanya. Memang patut pun mereka berdua ni berkahwin.

"Papa dengan mama nak balik dulu sekali bawa Alesya. Hayder pun sama ikut papa balik. Kamu uruskan dahulu suami kamu. Esok bawa dia pergi jumpa mertua kamu, kita makan sama sana sekali", katanya dengan panjang lebar.

Qaira hanya mengangguk. Kini tinggal mereka berdua bersendirian di dalam bilik itu.

"Abang, bangunlah...", kejut Qaira sambil menggoyangkan badan bermaskulin suaminya itu. Namun, tiada balasan.

Tiba-tiba, dia terhidu satu bau yang sangat manis hingga membuatnya tidak alih pandangan. 

Entah kenapa kali ini hidungnya terasa  ingin mencium bidang dada Izrail. Wanginya! Kemeja yang dikenakannya tadi sudah pun ditanggalkan oleh Qaira. Memang waktu dialah nak cuci mata sekarang. Nak tengok "roti" orang lain tak boleh nanti ada yang kena tembak.

"Ini satu. . ."

"Dua . . ."

"Tiga . . .", tangannya menghitung ketulan yang ada di badan Izrail.

"Bini aku ni ingat aku masih pengsan ke? Tak tahu abang ni tengah geli ke sayang?", kata Izrail di dalam hati.

Dia sengaja tidak mahu bersuara dan berpura-pura masih pengsan untuk melihat bagaimana kelakuan isterinya itu. Boleh tahan nakal juga eh?

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Ingin sahaja dia mengalih tangan Qaira itu ke tepi. Sabar, Izrail ! Sabar, bini mengandung tu.

"Sayang, stop it!" Tersentak Qaira.

"Ab-abang. . . abang dah bangun?", tanya Qaira yang dengan wajahnya terkejut itu.

"Kenapa sayang buat abang macam tu? Abang lapar tau, jangan buat diri sayang sengaja untuk dijadikan makan malam ni erk".

"Ish, abang ni! Menggatal". Dada Izrail dipukul lembut.

"Amboi, main pukul! Sayang lama dah tak kena pukulan dari abang ni. Sayang nak tak sebagai hadiah untuk sayang bawa lari King abang?", kata Izrail lalu menaikkan keningnya.

Ha, mulalah dia perangai gatal dia ni! Qaira menarik tangannya daripada genggaman Izrail.

"Tahu pun sayang takut. Tolong angkat abang kejap, hmm tak larat!"

Kedua tangannya disuakan kepada Qaira. Dia hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan suaminya itu. Lalu hanya menuruti apa yang diminta oleh Izrail tadi.

Umur dah 32 tahun pun macam budak 4 tahun, manja betul! Encik suami, encik suami.

"Mandikan, please"

"Abang! Jangan nak mengada, abang tu pengsan bukannya sakit!", bebel Qaira lalu mencubit lengan Izrail.

Melihat isterinya tidak mahu melayani kelakuannya itu, Izrail memuncungkan mulutnya lalu berjalan ke arah bilik mandi.

"Sampai hati sayang buat abang macam ni! Abang merajuk! One week!", katanya sebelum kaki kiri dilangkahkan masuk ke  dalam bilik mandi.

Buk!

Pintu bilik mandi itu dihempas kuat olehnya. Qaira terkedu. Sejak bila pula suami dia ni pandai merajuk? Dia hanya menggelengkan kepalanya. Makin bertambah bayi di dalam rumahnya itu. Makin mengadalah perangai bayi besar dia nanti.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now