Baru aku ingin melihat bunga itu semula namun telefon aku berdering. Nama Salwa tertera pada skrin telefon aku.

@@@

Naratif Najdee;

Pertama kali aku tersedar yang aku koma adalah bila aku melihat badan aku sendiri di atas katil hospital, bernafas tapi tidak sedarkan diri.

" aku...koma?"

Yang aku tahu waktu itu semua memori aku sebelum aku koma ada pada aku.

Tangan aku digenggam kuat menahan geram teringatkan situasi yang berlaku sebelum itu. Rasa hati yang membara memikirkan semula perkara tersebut bertukar rasa hampa.

Macam mana aku nak cari musuh aku kalau aku dah tak ada fizikal?

Aku sedar yang aku sekarang ni ada masalah lebih besar, barang aku. Aku minta orang kanan aku sorokkan, tapi kalau barang itu jatuh barang dekat mereka, tragedi akan berlaku. Aku terasa bodoh waktu itu.

Badan aku yang terbaring itu aku tenung. Berfikir-fikir perkara yang aku perlu buat.

Aku cuba masuk ke dalam badan aku. Cubaan pertama aku masuk semula ke badan aku...gagal.

Sedar yang ada kemungkinan percubaan kali kedua aku gagal, aku tukar strategi dengan melihat sekitar aku pula. Bilik hospital itu besar pada aku, tanda tubuh aku dijaga seseorang. Mata aku melilau di setiap sudut bilik itu. Satu perkara yang aku terdesak sangat cari ketika itu, tarikh hari ini.

Aku cuba melihat telefon aku di atas kabinet tepi katil tapi skrinnya gelap gelita. Tandanya telefon aku telah dimatikan. Ergh!Aku meramas rambut aku buntu, kali ini aku cuba berlari keluar dari bilik itu dan saat tangan aku cuba memegang tombol pintu, tangan aku tembus.

Tangan itu aku lihat dan digenggam kuat.

Aku tak fikir panjang dan terus bawa tubuh aku menembusi pintu. Realiti menghantui aku, aku sedar aku tak boleh sentuh apa-apa...

Mata aku melihat sekeliling, suasananya tetap sama seperti alam nyata. Tapi realiti pada aku, tiada siapa yang boleh nampak aku. Semua di situ membuat hal masing-masing dan tidak nampak kelibat aku. Satu perasaan takut muncul dalam hati, Najdee...kau tak pernah rasa takut macam ni.

Mata aku tertacap pada satu kalender di kaunter berdekatan.

4 Februari

Melihatkan tarikh itu aku tahu, hari ini adalah empat hari selepas aku kena tembak dan tikam.

Aku berjalan menuju ke bilik aku semula dan terhenti di muka pintu,

"Wad 143..."

Pftt!

Ironi, wad bernombor dengan maksud tersirat, confession of love. Seolah semua yang masuk wad ni datang kerana cinta untuk aku. Ya mungkin betul hidup aku masih ada yang mencintai aku.

Imbauan semula berlaku pada aku, saat aku melihat susuk tubuh seorang gadis yang tersenyum. Wajahnya tidak aku nampak tapi hati perasaan aku tahu bahawa aku dah jatuh suka dengan dia. Macam mana dengan dia sekarang ?

Dengan perasaan hampa aku masuk semula dan mencuba sekali lagi untuk masuk ke dalam badan aku. Namun setiap kali aku cuba, setiap kali itulah seolah ada daya tolak yang menolak aku dari masuk semula ke badan aku.

" huh...huh...Argh!" aku melepaskan amarah geram. Aku kena dapatkan barang aku tu!

Aku buntu, aku terdesak untuk masuk balik dalam badan aku, sebab ada perkara yang perlu aku selesaikan. Aku melutut dan berfikir tapi satu idea pun tidak muncul di kepala.

Aku tergelak menyedari situasi aku. Mataku ditutup. Macam mana orang yang selalu dapat apa yang dibuat tanpa cacat cela, akhirnya jatuh terduduk tak mampu buat apa-apa dalam situasi begini?

"Ya Allah! Aku tak boleh selesaikan masalah ni kalau aku bukan dalam bentuk fizikal, apa yang aku kena buat?" aku pasrah berdoa. Aku cuba bersujud pula.

Macam mana keselamatan adik aku, Salwa? Salahuddin, Abang Long aku...dia masih marah aku ke?

Bangun dari sujud aku termenung, langit yang gelap di pandang dari jendela. Malam itu cahaya bulan langsung tidak kelihatan.

Ada tiga kemungkinan yang akan berlaku pada tubuh aku dalam fasa aku koma. Pertama, sama ada aku akan mati, itu kemungkinan paling teruk. Kedua aku tak sedarkan diri sampai tua dan rancangan mereka berjaya. Ketiga paling bernasib baiklah, aku sedarkan diri sebelum barang aku dijumpai mereka. Tapi kalau barang aku dijumpai mereka sebelum aku sedar, kerja aku akan jadi makin rumit.

Aku berfikir dan berfikir.

Baik!

Aku membuat keputusan untuk merayau mencari maklumat sebanyak yang aku boleh dahulu. Memandangkan aku sudah pun jadi halimunan, ada baiknya aku cuba mencari musuh aku dan cari sebanyak maklumat mengenai musuh aku. Aku akan bergantung pada kemungkinan ketiga.

Menjadi atau tidak, aku hanya mampu berdoa.

Tapi aku berharap aku akan bangun, sekurangnya sebelum habis bulan ni...

" ada baiknya sambil-sambil aku cari maklumat, aku ikhtiar cari cara komunikasi dengan orang hidup juga," buah akal aku berbicara.

" Bismillah, La Haula Wala quwwata illa Billahil aazim..." langkah aku kemudian dibuka.

@@@









Noted;
Jangan lupa vote dan komen tau!

Love LensWhere stories live. Discover now