Zuhayr dan Faris saling berpandangan sesama sendiri sebelum Zuhayr memandang semula ke arah Mia.

"Tolong apa?"

****


Zuha leka menonton drama korea yang sedang ditayangkan di skrin televisyen ketika ini. Kejap tersengih-sengih, kejap berkerut-kerut.

Tiba-tiba, dia merasakan sofa yang dia duduki ketika itu mula memberat ke sebelah kanannya. Lantas dia menoleh. Bulat mata gadis itu apabila melihat Zuhayr dengan selamba labuhkan duduk sambil merangkul bahunya dari tepi.

"Cerita apa ni, sayang? Sampaikan abang balik pun sayang tak perasan?"

Zuha menghadiahkan sebuah sengihan janggal kepada suaminya. Dia sebenarnya perasan akan kepulangan Zuhayr tapi itulah, siapa suruh balik lambat.

Tapi yang lebih penting sekarang ni Zuha rasa seperti hendak melarikan diri. Namun begitu, niatnya itu seolah-olah terbantut disebabkan Zuhayr betul-betul sedang memeluk bahunya dengan erat seperti tidak mahu melepaskan pelukan itu.

Haih, menyeksa jiwa raga betullah si Zuhayr ni!

"Aik? Asal diam? Abang tanya ni sayang oi...." soal Zuhayr lagi sambil mencuit hidung Zuha membuatkan gadis itu tersentak kecil.

Dada Zuha mula dihempas dengan debaran yang amat dahsyat. Lagi bertambah hebat apabila Zuhayr mula merapatkan jarak wajah mereka berdua. Lidah Zuha turut menjadi kelu. Namun kedua belah tangannya sempat menahan dada Zuhayr dari terus merapat ke arah tubuhnya.

"Err, Zuhayr. Awak ni kenapa?"

Zuhayr kembali menjarakkan semula wajah mereka dan duduk di tempat asal. Dia hanya ketawa kecil sambil matanya menonton semula skrin televisyen.

Zuha berdehem perlahan lalu menjarakkan sedikit kedudukan mereka berdua. Tiba-tiba rasa tak selamat pula duduk di sebelah suaminya sekarang. Lebih-lebih lagi apabila dia teringat akan mesej yang dia hantar kepada Zuhayr siang tadi.

Niatnya hanya mahu bergurau aje. Takkanlah Zuhayr ambil serius tentang hal itu?

"Sayang dah lupa ke janji kita masa kat rumah mummy tempoh hari?" Lelaki itu menyilangkan tangan ke dada, menunggu jawapan dari Zuha.

Zuha menggeleng. Janji yang mereka meterai tempoh hari masih berlegar-legar di ingatan. Janji di mana dia diwajibkan untuk memanggil Zuhayr dengan apa-apa panggilan sweet seperti yang dikatakan oleh maksu sekurang-kurangnya sekali sehari.

Oleh sebab itulah Zuha menghantar mesej seperti itu siang tadi. Ingatkan Zuhayr terima, rupanya tidak.

"So?" soal Zuhayr.

"So?" soal Zuha kembali.

"Sebutlah."

Gadis itu mengemam bibir sambil matanya meliar ke arah lain untuk mengelak dari bertembung dengan pandangan Zuhayr.

"Tadikan saya dah mesej awak?"

"Nope. Itu tak dikira. Abang nak dengar dengan telinga abang sendiri."

Zuha lantas berpura-pura menguap sambil menggeliat. Dia kemudian perlahan-lahan berdiri dan menapak selangkah demi selangkah untuk menjauhkan diri dari Zuhayr. Risau kena sekeh dengan suami sendiri.

"Okay. Err, bro?" Zuha mula tersengih.

Zuhayr menjengilkan mata sambil mendengus kasar. Geram pula bila mendengar panggilan Zuha terhadapnya sebentar tadi. Nampak sangatlah yang Zuha memang sengaja hendak mencari pasal dengan dirinya.

"Berani sayang panggil abang 'bro' je?" Zuhayr sudah mula berdiri sambil mencekak pinggang. Matanya sengaja dipincingkan tanpa tercalit sebarang senyuman di wajah.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now