@@@

"Wad 143..." bisik aku perlahan cukup untuk aku saja dengar.

Aku perlu pergi wad itu untuk yakinkan mata aku. Tetapi kalau nak pergi kena tunggu sejam atau dua disebabkan pembedahan tengah berjalan.

" Ini resitnya cik," aku tersedar dari lamunan aku dan menyambut huluran kertas itu tanpa banyak soal. Selepas membayar bil hospital akhirnya, kaki aku melangkah ke kafe hospital. Satu plastik ais krim dikeluarkan.

Aku teringatkan Ariz. Janji tetap janjikan?

'Ariz okay ke dekat rumah?'

mesejku di nombor uncle Han.

Gambar peti ais krim aku tangkap dan dihantar kepada nombor Uncle Han.

" Owh ni ais krim favourite Ariz," Ais krim Paddle Pop diambil. Kamera telefon aku menjadi sedikit kabur kerana asap sejuk peti.

" Ish, kabus! Tak cantiklah view" aku mengangkat aiskrim itu ke arah rak kedai. Maklumlah, jurugambar memang sensitif bab gambar.

Telefon aku bersedia untuk menangkap gambar ais krim tapi seorang lelaki bertubuh tinggi memasuki ruang gambar aku dan merosakkan fokus kamera aku. Wajahnya tidak kelihatan kerana tubuhnya yang tinggi.

" encik maaf, tolong tepi sikit, saya nak tangkap gambar-" ayat aku terhenti apabila kamera aku menghala ke wajah dia. Aku terjerit kecil. Dia... lelaki yang atas katil tadi. Macam mana?

Laju aku menjauhkan telefon aku, dan melihat kawasan lelaki tadi berdiri. Darah aku berderau melihat dia tiada di hadapan aku. Nafas aku turun naik.

Kalau teori aku betul-

Perlahan-lahan aku menghala kamera telefon aku ke hadapan aku balik. Lelaki itu masih berdiri di hadapan aku. Tubuhnya wujud di ruang lensa kamera aku, tapi kepalanya tidak dapat dilihat melalui mata kasar aku.

Aku fikir benda ni jadi dengan kamera aku kat rumah tu je.

Aku melangkah ke belakang setapak dan meletakkan ais krim tadi kembali dengan kamera telefon yang masih terbuka, tapi beberapa saat selepas itu lelaki itu turut melangkah setapak ke depan juga.

Tahi!

" A-AWAK SIAPA?!" Aku terjerit kerana terkejut dengan tindakan dia, tapi ia menyebabkan semua di kafe itu melihat aku seperti orang gila. Aku memandang sekeliling dan cepat-cepat menutup kamera aku.

Sedar aku menyebabkan ketidakselesaan umum aku menundukkan badan tanda memohon maaf dengan orang sekeliling. Laju aku berlalu dari situ dengan larian kecil kemudian larian aku berubah laju lepas sahaja aku melangkah keluar dari kafe.

Harap dia tak ikut aku!

Dalam larian aku, otak aku berfikir pelbagai perkara. Depan aku tadi sah bukan manusia. Dia mati dalam bilik bedah ke macam mana? Ni dia dikira hantu ke macam mana? Kenapa aku boleh nampak dia pakai lensa kamera je?! Argh, tapi seram bodoh dia buat macam tu. Muncul hilang macam tu je.

Aku berlari ke tempat terpencil. Kamera telefon dibuka dengan gelabah dan di hala ke sekeliling untuk melihat lelaki tadi kalau-kalau dia ikut.

Aku terjerit kecil melihat kamera telefon aku, aku dah nampak susuk lelaki itu masih berlari mengejar mendekati aku.

Argh, Kenapa dia ikut!!!

Jantung aku berdegup kencang. Tak pernah dalam sejarah hidup aku lelaki hensem kejar aku. Tapi ini bukan lelaki, ini hantu lelaki!

" Iyh! Kenapa ikut aku huh hantu?!" Aku ketakutan. Melangkah ke belakang sehingga belakang badan aku menyentuh dinding sambil badan menggigil. Aku memeluk tubuh. Kalau orang tengok aku terjerit dan berlari-lari mesti dah ingat aku salah hospital. Sepatutnya pergi hospital gila tapi tersalah pergi hospital awam.

Love LensHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin