Zuhayr menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya ayat ayahnya tadi dapat juga mententeramkan jiwanya yang sedang gelisah ketika ini.

"Okay, nanti Along prepare the details. Emm, kalau macam tu along balik bilik along dulu. Along nak siapkan kerja yang tertangguh hari tu. Takut tiba-tiba menimbun pulak kerja nanti." ujar Zuhayr lalu bangun untuk meninggalkan bilik tersebut.

Dato' Zhafran hanya mengangguk sekilas sambil melihat Zuhayr yang sedang melangkah keluar dari pejabatnya. Tangannya naik menggaru kepala yang tidak gatal.

Zuhayr memang sejak dari dulu merupakan seorang yang suka berahsia. Selalunya Dato' Zuhayr boleh mengagak akan tindakan anak lelakinya itu namun kali ini dia tidak boleh meneka apa yang Zuhayr bakal lakukan.

Haih, pening betul dengan perangai Zuhayr ni.

*****

Papan kekunci 'Enter' ditekan. Zuhayr menghela nafas lega sambil menggeliat kecil. Dalam kesibukan diri dengan urusan syarikat, dia masih lagi berkesempatan untuk menyiapkan sebuah lagi manuskrip novel yang bertajuk 'Unforgettable Encounters."

Nak buat macam mana, masa tengah sibuk la idea datang mencurah-curah jadi apa salahnya. Orang kata sambil menyelam minum air. Ha gitu.

"Faris, aku dah email manuskrip kat kau."

Faris mengangguk. Matanya masih lagi terancap ke atas skrin telefon manakala jarinya laju menaip sesuatu dengan wajah yang serius.

Zuhayr mula menayangkan wajah annoyed. Bila orang cakap tak ambil perhatian, lepas tu salahkan orang kalau ada maklumat yang tertinggal.

"Oi, aku cakap ni kau dengar ke tak?" ujar Zuhayr dengan nada keras.

Faris tersentak sehingga dia hampir melepaskan telefon dari tangannya. Dia lantas melihat Zuhayr dengan wajah terpinga-pinga.

"Ha? Apa? Apa dia?"

"Aku cakap, aku dah hantar manuskrip tu kat kau."

Zuhayr menutup MacBook Pro miliknya lalu bersandar di kerusi. iPhone yang berada di atas meja dibelek sekali lagi. Senyap. Masih lagi tiada sebarang mesej atau panggilan dari telefon pintar ini.

Hari ini sudah masuk hari kedua sebelum tawaran Zuhayr itu luput. Selagi gadis itu tidak memberi sebarang respon selagi itu hatinya berasa gelisah dan tidak tenteram.

Tak tahulah kenapa lambat sangat nak buat keputusan. Susah sangat ke? Jawapan yang Zuhayr perlukan cuma ya atau tidak aje. Bukannya kena buat huraian sampai berkajang-kajang.

"Okay, nanti aku bagi kat diorang."

Kata-kata Faris mematikan lamunan Zuhayr serta-merta.

"Oh, by the way. Kenapa kau nampak resah gelisah semacam sejak sehari dua ni? Kau asyik belek telefon kau je. Ada apa-apa ke?" soal Faris. 

Zuhayr mengeluh kecil. iPhone dicampak semula ke atas meja. Rancangan gila dia untuk mengajak Zuha berkahwin memang Faris tak tahu langsung sebab semua tu dia buat dengan spontan. Tak tahulah apa yang merasuk fikirannya ketika itu.

"Aku ajak Zuha kahwin dengan aku."

Terbeliak kedua mata Faris apabila mendengarkan ayat yang terpacul keluar dari mulur Zuhayr tadi. Mana taknya, tak ada angin tak ada ribut... tiba-tiba kahwin?

"Kau? Kau ajak Zuha kahwin?"

Zuhayr mencebir bibir sambil mengangguk kecil. Tangan kanannya kemudian menongkat kepala di atas meja sambil tangan kirinya sibuk memutarkan pen dengan jemarinya.

"Tapi Zuha still tunang Izham, kan? Mana boleh sesuka hati kau kahwin dengan tunang orang?" soal Faris lagi dengan wajah berkerut.

"Itulah sebabnya aku ajak dia kahwin dengan aku. Aku tak nak Zuha merana disebabkan budak tu. Izham tu pun masih berhubung dengan perempuan tu kot sedangkan dia sendiri tahu yang dia bakal berkahwin tak lama lagi."

Faris mula tayang wajah serius. Tangannya disilangkan ke dada. Bagi Faris, kahwin ni bukan benda yang boleh diambil mudah. Bukan juga sekadar cinta tapi perlu seiring dengan tanggungjawab juga.

"Kau sanggup nak tolong dia sampai kahwin dengan dia? Tapi kau tahu perkara kahwin ni bukan boleh dibuat main-main, kan? Sampai ke hati kau untuk lepaskan dia bila semua benda ni dah selesai?"

"Siapa kata aku nak lepaskan dia?"

Zuhayr menggumam perlahan. Matanya masih lagi memerhatikan pen yang sedang ligat menari dicelah jemarinya. Sengaja dia mengelakkan diri dari beradu mata dengan Faris. Sebab bila pandang Faris yang serius sekarang ni rasa macam tengah buat dosa besar pula.

"Aku tak tahu perasaan aku sekarang ni. Aku sendiri tak faham apa yang aku buat ni sebab sayangkan dia atau sekadar kesiankan dia. Tapi apa yang penting, setiap kali aku tengok dia, keinginan aku untuk melindungi dia tu kuat, Faris."

Jujur. Itulah yang Zuhayr rasakan setiap kali dia bertemu dengan Zuha. Setiap air mata yang mengalir dari gadis itu membuatkan Zuhayr tekad untuk menjaga dia dari terus tersakiti.

Nak kata cinta? Dia pun tak tahu sebab dia sendiri mana pernah bercinta. Single since birth. Baru aje confess dah kena reject.

Faris terbungkam seketika. Rasa macam tak percaya semua tu keluar dari mulut Zuhayr. Nampaknya betullah telahan dia selama ni yang Zuhayr mula menyimpan perasaan terhadap Zuha cuma lelaki itu aje yang tak perasan semua tu. Kalau tak, Zuhayr takkan pernah masuk campur urusan orang luar seperti sekarang melainkan orang itu ada kaitan dengan dirinya sedangkan dia dan Zuha cumalah stranger yang selalu terserempak kat kafe Farid. 

"Aku nak nasihat lebih-lebih pun tak reti. Apapun, aku harap kau fikirlah masak-masak sebab benda ni bukan sekadar melibatkan hati kau aje, tapi hati dia juga. Jangan sebab tindakan kau ni, hati dia makin terluka."

Zuhayr kini bersandar semula di kerusi sambil kepala mendongak ke siling.

"Tapi benda ni takkan terjadi selagi aku tak dapat persetujuan dari dia." tutur Zuhayr.

"Maksud kau?"

"Aku bagi dia tempoh tiga hari. Hari ni dah hari kedua tapi masih lagi tak ada jawapan dari dia. Kalau hari ketiga dia masih lagi berdiam diri, so aku assume dia tak berminat dengan cadangan aku."

Faris sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haih, tak fahamlah dengan masalah budak dua orang ni. Ingat ni main pondok-pondok ke?

"Entahlah. Makin meleret pula jadinya. Aku harap semuanya okay aje lah. Korang ni merisaukan aku sungguhlah."

Zuhayr hanya tersengih.

"Jangan risaulah. Aku tahulah apa yang aku nak buat nanti."

"So, kalau korang jadi kahwin, bila nak buat majlisnya tu?"

"Hujung bulan ni."

Jemari Faris bergerak-gerak sambil lelaki itu nampak seperti sedang mengira sesuatu. Seketika, Faris membulatkan mata sambil memandang Zuhayr.

"What?! Dua minggu lagi?!!"

— bersambung










HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now