"Abah minta maaf, kakak." 

Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Encik Zaim. Hatinya terluka apabila melihat keadaan Zuha. Hatinya turut mencemuh dirinya kerana tidak dapat menjadi pelindung yang terbaik buat anaknya itu.



Zuhayr melepaskan keluhan kecil lalu mengerling sekilas wajah Sofea yang sedang berdiri di sebelahnya sejak dari tadi. Niatnya yang ingin turun ke dapur terbantut apabila mendengar perbualan tiga beranak itu di ruang tamu. Sudahnya dua beradik itu hanya berdiri sambil mencuri dengar perbualan keluarga tersebut dari tingkat atas.

"Fea kesiankan Kak Zuha. Abang long tak boleh tolong Kak Zuha ke?" soal Sofea. Hatinya luluh apabila melihat gadis itu mula melepaskan tangisannya.

Zuhayr menggeleng lemah.

"Abang long dah tolong mana yang termampu. Lagipun ini hal keluarga diorang. Abang long tak boleh nak masuk campur lebih-lebih." Zuhayr memutarkan tubuh untuk kembali semula ke bilik tetamu.

"Kahwin dengan Kak Zuha."

Langkah Zuhayr terus mati dengan mendadak apabila mendengar kata-kata adiknya itu. Dia lantas merenung wajah Sofea dengan pandangan maut. Gila apa kahwin dengan tunang orang? 

"Kak Zuha masih tunangan orang, Fea. Tak elok kalau abang long buat macam tu."

Lelaki itu terus melangkah masuk ke dalam bilik tetamu. Sofea melepaskan keluhan sambil matanya melihat kembali ke arah ruang tamu.

Kalaulah dia boleh tolong Zuha untuk selesaikan masalah ini...

*****

"Kau betul ni tak nak ikut aku balik KL?" soal Zuhayr sambil menyusun bagasi miliknya serta milik Sofea ke dalam but kereta.

Zuha menjatuhkan kepalanya berulang kali. Memandangkan rancangan perkahwinannya dengan Izham masih lagi diteruskan, maka dia diminta untuk tinggal sementara di kampung bagi menyelesaikan beberapa urusan penting yang berkaitan dengannya.

"Thanks, Zuhayr. Susah payah awak drive ke sini tapi usaha awak sia-sia. Saya minta maaf sebab menyusahkan awak."

Zuhayr hanya tersenyum kelat sambil menatap wajah sugul milik Zuha. Kasihan sungguh apabila mengenangkan nasib gadis ini. Mengelak macam mana pun tetap juga kena berkahwin dengan lelaki curang macam tu. Entahlah. Mungkin dah jodoh agaknya. 

"Jaga diri kau baik-baik." pesan Zuhayr.

Zuha menyeka air mata yang hampir tumpah. Tiba-tiba hatinya terasa sebak apabila memandang wajah Zuhayr. Kenapa lelaki ini terlalu baik sehingga sanggup menolong dia sampai ke tahap ini?

"Pergilah. Adik awak dah tunggu lama tu. Kirim salam dekat mummy awak."

But kereta ditutup rapat. Zuhayr kemudian berdiri betul-betul menghadap gadis itu sambil bibirnya menyungging senyuman yang sengaja dibuat-buat.

"Aku nak jumpa abah dengan ma kau sekejap. Kau masuklah dulu. Panas terik ni."

Zuhayr mengecilkan matanya apabila sinaran matahari mula menjadi terik. Kedua tangannya turut naik bagi melindungi wajah Zuha dari terkena silau cahaya matahari.

"Take care, Zuhayr." ujar Zuha, perlahan.

Belum sempat Zuha melangkah pergi, tiba-tiba Zuhayr memanggil namanya menyebabkan Zuha terus memusingkan tubuh dan menghadap lelaki itu semula.

"Zuha."

"Hmm?"

Lelaki itu sempat menghembuskan nafas sebelum menyambung semula bicaranya.

"Kau nak kahwin dengan aku?"

******

Mata Zuha terkedip-kedip sambil merenung siling bilik. Jam sudah menunjukkan pukul satu setengah pagi tapi dia masih lagi belum boleh melelapkan mata. Mindanya masih lagi diganggu dengan kata-kata Zuhayr siang tadi.

"Kau nak kahwin dengan aku?"

Terkebil-kebil mata Zuha sambil merenung Zuhayr. Kahwin? Zuhayr ajak dia kahwin? Dia tak silap dengar, kan?

"Ya, kau tak silap dengar. Aku ajak kau kahwin."

Zuhayr mula berdecit perlahan. Rasa nak pukul-pukul je mulut ni sebab dah terlepas cakap. Cadangan Sofea malam tadi serba sedikit membuatkan hatinya terusik. Jujur, sampai sekarang dia tidak boleh melupakan cadangan itu.

Cadangan gila sebab nak kahwin dengan tunang orang! Haih, janganlah dia kena disowned dengan family sendiri sebab buat kerja gila ni.

"Awak jangan nak buat kerja gila, Zuhayr. Saya ni masih tunangan orang, tahu tak?"

"Dah tu, kau nak ke kahwin dengan orang macam Izham tu?"

Zuha mula mengetap bibir. Siapa aje yang sanggup berkahwin dengan lelaki macam Izham tu? Tapi dia terpaksa kot. Dia mana ada pilihan lain selain terpaksa menurut sahaja kata-kata keluarga mereka berdua. 

"Saya terpaksa, Zuhayr."

Zuhayr menyebak rambutnya yang lebat itu ke belakang sebelum memperbetulkan kedudukan cermin mata di pangkal hidung.

"Sekarang ni, aku cuma perlukan persetujuan kau. Kalau kau setuju, serahkan semuanya pada aku."

"Apa yang awak nak buat, Zuhayr? Awak jangan buat yang bukan-bukan." 

Zuha mengerutkan dahi. Terbias raut wajahnya yang seakan mencurigai tingkah lelaki itu. Betul ke Zuhayr mampu menyelesaikan masalah ini kalau dia berkahwin dengan Zuhayr?

Ah, Zuha! Kau jangan buat kerja gila!

"Aku cuba mana yang mampu. Sekarang ni aku cuma nak tahu jawapan kau. Kalau kau setuju, then aku akan selesaikan semuanya."

Sekali sekala Zuha berguling ke kiri katil, sekejap pula ke kanan katil sambil memikirkan tawaran Zuhayr.

Separuh hatinya ingin menerima sahaja tawaran lelaki itu namun separuh hatinya pula melarang. Tak sanggup dia hendak membayangkan reaksi Encik Zaim dan Puan Mariam apabila mengetahui akan hal ini.

Kalau kedua orang tuanya tuduh Zuhayr yang bukan-bukan, macam mana? Hari tu pun abah hampir ingat dia curang dengan Izham sebab bawa balik Zuhayr sekali. Padahal hakikatnya Izham yang curang dengannya. 

"Kau fikirkanlah dulu. Aku bagi masa tiga hari. Lebih dari tu aku anggap kau tak berminat dengan tawaran aku. And yeah, selamat pengantin baru."

Zuha menghentakkan kakinya ke atas katil berulang kali.

Ya Allah! Apa aku nak buat ni?

- bersambung

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CKde žijí příběhy. Začni objevovat