Dengan siapa lagi En. Rafan hendak bercerita sebegini jika bukan dengan menantunya? Rasanya dalam banyak-banyak menantunya, Farka seorang sahaja yang banyak mendengar dia bercerita. Suami Puspa dan Yasna tidak dilayan serapat ini. Begitu juga dengan tunang Rara.

Mungkin sebab Farka suami Mahika, anak yang selalu menjadi saksi segala yang terjadi di rumah ini, maka sebab itulah En. Rafan hendak pastikan anaknya itu elok-elok sahaja. Mahikalah anak yang paling kerap berada di rumah. Dia juga anak yang sentiasa menjaga arwah ibunya dikala En. Rafan sibuk bekerja. Mahika juga terpaksa menamatkan pelajarannya lebih awal kerana ingin menjaga arwah isterinya. Sebab itulah, En. Rafan mahukan yang terbaik dan paling terbaik untuk anak ketiganya ini.

"Abi cerita dekat kamu supaya kamu tak pandang rendah dengan anak abi seorang tu." En. Rafan tahu. Dia ada telinga dan dia masih boleh mendengar dengan baik. Selepas sahaja majlis persandingan Mahika dan Farka, orang-orang sekitar mereka tidak habis-habis mencanang cerita. Katanya Mahika pandai mencari orang kaya untuk mengikis duit. Mahu sahaja En. Rafan jerkah insan yang membawang itu. Sesuka hati sahaja bercerita tanpa tahu benda yang sebenar.

En. Rafan menarik nafas dalam-dalam.

Jika dia hendak beritahu pada mereka pun tentang identiti sebenar anaknya itu, pasti Mahika tak suka. En. Rafan yakin Mahik sembunyikan identitinya sebagai pemilik Hzel Florist Scent dengan sebab. Tak kan dia sebagai ayah hendak membongkarkan rahsia yang anaknya simpan semata-mata ingin mendiamkan mulut-mulut orang.

Farka pandang wajah yang sudah dimamah usia itu.

"Tak sedikitpun dalam hati dan minda saya terdetik untuk pandang rendah pada dia, abi." Tenang Farka membalas dengan renungan redupnya. Bangga kejap dia kerana mempunyai seorang isteri yang pandai berdikari dan menjaga diri.

"Terima kasih kerana sudah jaga Mahika untuk 25 tahun ini abi. Terima kasih juga kerana beri kepercayaan kepada saya untuk menjadi suami dia. Anak abi yang seorang tu, saya akan jaga baik-baik. Abi jangan risau. Biiznillah, Insya-Allah." Janji yang disertakan pergantungan kepada Tuhan diluah bersama satu rasa lapang.

"Jangan dianggap Ika itu penuh dengan kesempurnaan. Anak abi tetapi seorang manusia dan setiap manusia pasti ada kekurangannya. Abi tak minta kamu jirus Ika dengan emas permata mahupun duit seguni. Cukup sahaja kamu bimbing anak abi itu baik-baik, jaga dia elok-elok. Kalau ada yang salah atau kamu tak berkenan dengan tingkah si Ikat tu, tegur lembut-lembut. Walau sediam manapun anak abi yang seorang itu, dia masih perempuan. Dengan orang perempuan ini kita tak boleh berkasar. Hati dia lembut selembut kapas. Salah tegur, salah cakap mungkin hatinya akan terasa. Insya-Allah, semua teguran dan nasihat dia boleh terima. Mahika bukan jenis yang melenting tidak tentu fasal."

Farka diam mendengar pesanan En. Rafan. Jelas di mata hitamnya, wajah sang abi lembut membalas renungannya. Ini ... pertama kali Farka lihat riak itu. Dalam tempoh dia berjumpa dengan En. Rafan dia tak pernah lihat riak wajah seperti ini.

"Kalau kamu marahkan dia, jangan pula kamu naikkan tangan. Abi sendiripun tak pernah naik tangan pada dia jadi abi harap kamu pun tak buat benda tu. Jika kamu sudah tak nak dia, abi harap kamu pulangkan dia semula ke istana ini semula. Puteri abi itu layaknya dilayan seperti seorang permaisuri. Bukan pencuci rumah, bukan juga mainan kamu. Abi tak harap untuk kamu pulangkan Mahika sebab dia isteri kamu. Tetapi andai ... andai satu hari nanti kamu tidak lagi sayang pada dia. Pulangkan dia semula pada abi. Itu pinta abi pada kamu, Farka."

En. Rafan mengambil nafas. Dia sedikitpun tidak melepaskan pandangan dari merenung menantunya.

"Ingat Farka, apa yang abi pesan."

"Baik abi. Saya akan ingat semua pesan abi tadi elok-elok." Hujung bibir Farka membentuk satu senyuman. Melihat itu, En. Rafan turut sama tersenyum sekali.

"Abang. Abang. Abang." Tiba-tiba Mahika berlari ke arah mereka dengan laju bersama sekumtum bunga berwarna merah jambu di tangannya.

Terbutang mata En. Rafan melihat tingkat itu.

"Astagfirullah Acik! Kenapa lari macam tu? Terkejut suami kamu ni." Terhenti terus larian Mahika jadinya. Wajah sudah pucat. Macam manalah dia boleh lupa yang sekarang dia berada di rumah abi!

Huwa, Mahika!

Kau memang tempah masalah dohhh.

"Maaf abi." Pintanya dengan suara yang perlahan. Farka menahan tawa tatkala melihat wajah sedih itu sebelum dia mencelah.

"Tak apa abi. Saya dah biasa. Ika sayang, sini duduk sebelah abang." En. Rafan terus pandang Farka.

Abang?

Woww.

"Kenapa panggil abang tadi?" tanya Farka ingin mengubah suasana.

"Ah! Ah! Saya dah tengok baby jiran sebelah. Comel sangat tau abang. Kejap, Ika tunjukkan abang gambar dia."

"You right, she is cute."

"Kan kan kan."

"Mana dapat bunga tu?" Farka memuncungkan mulutnya, menunjuk pada sekuntum bunga yang berada di tangan Mahika.

"Ini bunga peony pink. Saya dapat dari Kak Ita jiran sebelah. Dia kata dia dapat bunga peony ni dari kawan dia, lepas tu dia bagi Ika sekuntum sebab dia tahu saya suka peony. Lagi-lagi kalau peony tu warna merah jambu macam ni. Cantik tak abang?" bebel Mahika dengan bibir yang tersenyum-senyum. Farka kerling bunga itu sejenak sebelum dia memerhati wajah ceria isterinya. Automatik, senyuman dilakar dengan sendiri.

"Cantik. Cantik sangat."

"Kan~ Ika paling suka bunga peony warna inilah. Warna pink." Sekali lagi Farka renung bunga peony merah jambu itu sebelum merenung Mahika.

That flower ...

Really suit with her, to be honest.

"I see that." Perlahan sahaja lelaki itu berkata.

Melihat kemesraan pasangan di depanya itu, tidak dapat tidak En. Rafan sembunyi senyuman.

Mahika ... nampak bahagia dengan Farka. Dan nampaknya Farka sudah lihat satu sisi Mahika yang tak ramai orang boleh lihat.

Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan untuk semua ini. Semoga hubungan perkahwinan anak-anaknya ini kekal hingga ke akhirnya.

FARKA MAHIKA [C]рдЬрд╣рд╛рдБ рдХрд╣рд╛рдирд┐рдпрд╛рдБ рд░рд╣рддреА рд╣реИрдВред рдЕрднреА рдЦреЛрдЬреЗрдВ