Kalau dulu, mungkin Zuha akan rasa teruja setiap kali Izham ajak untuk berjumpa. Namun, setelah sekian lama mereka tidak berhubung rasa teruja itu kian pudar. Malah, Zuha sudah mula berasa janggal untuk bertemu dengan lelaki itu.

"Awak sihat?" soal Izham sambil menatap wajah tunangnya itu. Zuha nampak lebih ceria berbanding kali terakhir mereka berjumpa. Mungkin ada kaitan dengan apa yang telah berlaku baru-baru ini. Dia tiba-tiba teringat akan keadaan Dian yang sangat kontra jika hendak dibandingkan dengan Zuha sekarang. 

Zuha mengangguk kecil lalu menyilangkan tangan ke dada.

"Kenapa awak nak jumpa saya?"

"Salah ke kalau saya nak jumpa tunang sendiri?"

Zuha lantas berdecit kecil. Kedua tangannya kini sengaja dimasukkan ke dalam poket seluar. Lucu ya Izham ni. Selama ni tak ada pun nak berjumpa bahkan whatsapp pun tak berbalas. Ingatkan dah lupa kat tunang sendiri.

"Awak tak perlu berdalih lagi, Izham. Cuba awak berterus terang. Saya tak ada masa nak layan awak. Saya tengah busy sekarang ni." Anak mata Zuha memandang kawasan kafe yang masih dipenuhi dengan pelanggan. 

"Mama saya minta untuk cepatkan majlis akad nikah kita. Dia kata setahun tu lama sangat untuk tempoh pertunangan." Izham melepaskan sebuah keluhan berat. Permintaan mamanya itu benar-benar mengusutkan fikirannya. 

Zuha terkedu seketika. Izham yang mencadangkan tempoh pertunangan itu memandangkan mereka bertunang kerana keluarga. Kenapa setahun? Kononnya ingin mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Sebelum ini Zuha hanya menurut sahaja kehendak lelaki itu. Yelah, dia sendiri pun tidak terikat dengan mana-mana hubungan sewaktu mereka mula berkenalan. Lagipun, perwatakan Izham ketika itu sangat menyakinkan diri Zuha untuk menerimanya sebagai bakal suami.

"Tapi kenapa awak mengeluh? Awak tak setuju dengan cadangan mama awak tu?"

Izham mula mengetap bibir. Sejujurnya dia juga keliru dengan dirinya ketika ini. Hatinya mula berbelah bagi selepas dia mula rapat dengan Dian sehinggakan dia terpaksa berfikir panjang sama ada perlu atau tidak untuk dia teruskan pertunangan ini. Tambahan pula dengan keadaan Dian seperti itu membuatkan dia berasa serba salah untuk meninggalkan gadis itu begitu sahaja. 

"Kita kan dah berjanji untuk bertunang selama setahun? Permintaan mama tu buatkan saya speechless."

"Kenapa pula awak nak rasa speechless? Awak ni pelik, tahu tak? Orang lain kalau boleh tak nak bertunang dan terus berkahwin tapi awak sebaliknya. Cuba awak beritahu saya, apa masalah awak sekarang ni?"

Zuha memandang tepat wajah Izham yang seperti ingin meluahkan sesuatu. Dia turut merasakan yang Izham seperti sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Kalau tak, takkanlah dia beria membantah keputusan ibunya supaya majlis pernikahan mereka dipercepatkan.

"Awak pujuk mama saya supaya ikut rancangan asal kita, boleh?" soal Izham. 

"Huh? Kenapa pula saya? Mama awak yang cadangkan so sepatutnya awaklah yang pujuk mama awak. Mak ayah saya tak ada pula cakap apa-apa kat saya pasal hal ni."

Izham mendengus kasar apabila mendengar jawapan Zuha.

"Awak tahu tak, itu untuk kebaikan awak jugak. Awak sendiri pun sibuk dengan projek novel tak guna awak tu, kan? Kita sama-sama ada komitmen masing-masing. Takkan awak tak faham lagi, Zuha?"

"Novel tak guna awak cakap?" 

Zuha mula naik berang lalu terus bangun dan menunding jari telunjuk tepat ke arah muka lelaki itu. Riak wajah Izham berubah sekelip mata apabila melihat wajah bengis Zuha ketika ini. Sebelum ini mana pernah Zuha naik angin atau berada dalam keadaan marah. Zuha yang dia kenal hanyalah seorang yang dingin dan kuat memendam rasa. 

"Saya tak pasti apa masalah awak sampaikan awak beria membantah permintaan mama awak. Awak boleh je cuba untuk slow talk tapi awak lebih memilih untuk mempergunakan saya. Kalau macam inilah perangai awak, saya tak rasa kita patut teruskan pertunangan ini." ujar Zuha dengan nada perlahan namun kedengaran tegas di telinga Izham. 

Nafas kasar dihela sambil Zuha mengepal buku lima di sisi. Tanpa menunggu balasan lelaki itu, Zuha terus meninggalkannya sendirian.

Izham berdecit perlahan lalu meraup kasar wajahnya beberapa kali. Kesal dengan tindakan Zuha yang langsung tidak boleh bertolak ansur!

Tanpa membuang masa, Izham terus beredar meninggalkan kafe tersebut dengan rasa marah yang masih lagi bersisa.

- bersambung

:: triple update untuk hari ni. Esok saya mungkin tak sempat update so jangan tunggu tau :') selamat malam :))







HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now