Nak buat macam mana, Dian tetap Dian. Degil tahap dewa!

Dian tersengih sambil membelek shawl yang dipakai melalui pantulan cermin itu. Dia lantas putarkan tubuh dan memandang semula wajah Fara yang sedang berkerut.

"Aku ada fikir juga nak berhenti dan fokus untuk jadi full time novelis tapi nanti dululah. Okaylah, aku gerak dulu. "

Fara hanya memandang gadis itu yang sudah pun beredar meninggalkan dirinya. Nafas lega dilepaskan sebaik sahaja kelibat gadis itu hilang dari pandangan.

Fuh! Settle satu bala. Penat betul mengadap perangai si Dian ni. Makin lama makin banyak songeh!

****

"Syif kau dah tamat?"

Terjungkit sebelah kening Zuha sambil memandang sejenak ke arah Zuhayr sebelum dia labuhkan duduk berhampiran dengan meja lelaki itu. 

Zuha hanya mengangguk sebagai jawapan. Tak pastilah sama ada lelaki itu nampak ke tidak. 

"Banyak ke assignment kau nak kena siapkan?"

Kedua alis gadis itu hampir bersatu. Eh, rajin pula mamat ni menyoal. Sebelum ni sunyi semedang aje kalau Zuha duduk dekat dengan dia. Like, masing-masing buat hal sendiri. Tapi hari ini lain pula jadinya. Takkan kena sampuk kot? 

"Err, saya ni nampak macam student ke?" soal Zuha sambil menggaru pipi sekilas. Notebook computer dibuka sebelum dia memulakan kerja. Hari ini dia merancang untuk menyiapkan sekurang-kurangnya dua bab untuk karyanya sudah tertangguh lama di aplikasi oren itu.

Bukan apa, sekadar untuk memenuhi beberapa permintaan pembaca yang masih setia membaca karyanya hingga ke saat ini. Bagi Zuha, itu sajalah cara untuk dia menghargai para pembaca yang masih lagi sudi membaca karya miliknya walaupun karyanya biasa-biasa aje.

Zuhayr menopang dagu sambil melihat gadis di sebelahnya melalui ekor matanya. Dia sangkakan yang Zuha ni masih lagi belajar sebab selalu juga dia melihat Zuha bersama dengan notebook computer miliknya. Mostly student kan macam tu? Ke hulur ke hilir dengan laptop.

"Oh, bukan eh? Okay."

Zuha terdiam seketika. Tiba-tiba, dia baru teringat sesuatu ketika dia merenung skrin notebook. 

"Awak ni selalu betul duduk sini. Tak kerja ke?"

Jemari Zuhayr yang rancak menari di atas keyboard berhenti secara mendadak. Dia lantas berpaling ke arah gadis di sebelahnya sambil membetulkan kedudukan cermin mata di pangkal hidung. Rambutnya yang hitam dan lebat disebakkan ke belakang.

"Muka aku ni ada nampak macam penganggur ke?"

Laju Zuha menggeleng. Kereknya mamat ni. Orang tanya pun macam nak marah. Huh!

"Huk aloh, kerek." Zuha menggumam perlahan. 

Zuhayr kembali menatap skrin MacBook tanpa membalas kata-kata gadis itu. Sempat juga dia memutarkan bebola mata tanda annoyed dengan ayat terakhir yang keluar dari ulas bibir itu. Budak pendek ni memang tak sedar diri agaknya yang dia tu pun kerek semedang. 

Paku dulang paku serpih... Ah, sambunglah sendiri!

"Zuha! Kau tak balik lagi?"

Suara nyaring milik Dian singgah di gegendang telinga Zuha membuatkan gadis itu terus memicit perlahan bahagian pelipis. Tak mustahil suara Dian boleh menarik segelintir pelanggan yang turut berada di kafe ketika ini termasuklah lelaki misteri di sebelahnya ini.  

Haih, minah kepoci ni memang hobi dia suka meragut ketenangan orang agaknya.

Dian segera labuhkan duduk di sebelah Zuha. Tangannya sempat membelek buku nota berwarna maroon milik Zuha yang terletak di atas meja namun Zuha dengan pantas mengambil semula buku nota tersebut. Terus terkedu gadis itu dibuatnya. Dian lantas berdehem bagi menghilangkan rasa janggal. 

"Macam banyak aje kau update hari ini? Err, tak nak bagi aku jadi editor tak bertauliah kau lagi ke?"

"Tak apa. Kau kan nak mula kerja sekejap lagi. Lagipun aku baru nak buat draft. Tak tahulah sempat publish ke tak untuk hari ini." Jawab Zuha acuh tak acuh. Buku nota itu disimpan semula ke dalam beg sandang.

Dian hanya mengangguk. Sebuah senyuman kelat terukir di wajah gadis itu.

"Okay. Tapi kalau kau perlukan bantuan aku, roger je aku tau?"

Zuha hanya menjatuhkan kepala sebagai balasan. 

Tiba-tiba, Farid menghampiri meja Zuha. Tangannya mula menggosok lembut bahagian tengkuk sambil tayang sengih kepada gadis itu. 

"Err, Zuha. Aku nak minta tolong kau, boleh tak?"

Sepasang mata bundar itu meneliti wajah Farid yang tak habis-habis tayang sengih sejak dari tadi. 

"Aku sebenarnya stuck kat bahagian inventory report. Tolong aku sat, boleh? Don't worry. Kali ini aku belanja kau kfry. Ke kau nak dubuyo? Sukiya pun boleh kalau kau nak."

Zuha ketawa kecil apabila mendengarkan tawaran yang diberi oleh Farid. Amboi si Farid ni. Bukan main pelawa itu ini lepas tu habuk pun tarak!

"Hmm, bukan main kau ni berjanji macam-macam. Dahlah, mana report yang nak aku tolong sangat tu?" 

"Ada kat MacBook aku. Jom, aku tunjuk kat kau." Farid kemudian memandang ke arah Dian yang masih duduk di sebelah Zuha.

"Oh, ya Dian. Customer nampak macam ramai aje tu. Baik kau pergi tolong apa yang patut kat kaunter tu daripada kau duduk sini." 

Dian teragak-agak untuk mengangguk namun belum sempat dia membalas, Farid terus berlalu bersama Zuha. Namun sempat juga Farid menitipkan pesan kepada lelaki yang berada berhampiran dengan Zuha sejak dari tadi sebelum mereka beredar.

"Ha, Zuhayr. Alang-alang kau ada kat sini, tolong jagakan barang staff aku ni sekejap. Thanks."

Zuhayr tercengang seketika bila nama dia dipetik oleh Farid secara tiba-tiba. Dia sendiri belum sempat memberi kata putus tapi kembar Faris itu sudah melangkah pergi bersama Zuha. Maka nak tak nak terpaksa la dia jaga barang budak pendek tu. 

Anak matanya sempat memandang Dian untuk beberapa saat sebelum dia menyambung semula kerjanya.

Dian hanya tersenyum sinis. Beg sandang Zuha yang sedang ternganga luas itu dibuka seketika sebelum dia menarik zip beg itu sehingga tertutup rapat.

Tak lama selepas itu, Dian bingkas bangun lalu menuju ke arah kaunter. Dia turut melihat Ikmal dan Amir sedang bertungkus lumus menyiapkan pesanan dari beberapa orang pelanggan yang sedang beratur di bahagian ruang menunggu. Sebuah keluhan kecil dilepaskan.

'Tak apa, Dian. Sikit je lagi sebelum kau angkat kaki kau dari sini.' getus hati kecil gadis itu.

— bersambung







HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now