“Shifa, aku bagi pesanan dekat kau ni. Kapten Aiden tu tak pandang perempuan macam you ni and takkan pernah pandang pun...”

“Dia dah kahwin and wife dia bukan lawan you. So, jangan berani kacau dia lagi. Nahas you nanti.” Tegas Luthfi.

“Kenapa? You nak buat apa kalau I kacau Aiden?” Shifa menjeling. Macamlah dia takut dengan Luthfi tu.

“Bukan i, tapi wife Kapten Aiden. I dengar...” Luthfi tunduk mendekatkan bibirnya dengan telinga Shifa.

“Dia bunuh orang,” bisiknya perlahan. Setelah itu, dia angkat muka. Dia menahan tawa apabila melihat wajah Shifa yang kelihatan terkejut.

Dia saja nak takut-takutkan wanita itu. Ada hati nak kacau suami orang.

“And it's Captain Aiden, not 'Aiden'. Dia bukan kawan you, dia best friend I! Buerkk!” Luthfi memijak kuat kaki Shifa sebelum berlari masuk ke lift yang sudah kosong.

“Auch!” Shifa terlompat kecil. Sakit tau!

Kak Ju pula sudah tergelak kuat. Boleh nya dia pijak kaki perempuan macam tu? Kapten Luthfi, Kapten Luthfi.

* * *

MALAYSIA

Aiden dan Luthfi baru saja keluar dari balai ketibaan.

“Kau nak singgah mana-mana dulu ke?”

“Taknaklah... Hantar je aku balik terus.” Aiden berjalan lebih cepat. Tak sabar nak balik rumah dan berjumpa dengan Adella.

Dia nak cerita tentang banyak benda yang dia lalui sepanjang dia berada di Osaka. Bukannya pertama kali ke sana, cuma dia rasa teruja pula mahu berkongsi cerita dengan sang isteri.

Luthfi menggeleng kepala. Untunglah orang tu ada buah hati yang tunggu dekat rumah. Dia ni? TV dengan sofa je jadi penyambut bila dia balik rumah. Takpelah... Sekurang-kurangnya ADA juga kan?

“Aiden.”

Serentak langkah mereka berdua terhenti. Aiden dan Luthfi saling berpandangan seketika. Farhan buat apa dekat sini?

“Aku datang nak jemput kau. Kita terus pergi hospital.” Farhan terus straight to the point. Dia tiada masa untuk buat ucapan pembukaan lagi.

Aiden dan Luthfi sekali lagi bertentang mata. Hospital?

“Untuk apa kita pergi sana?” tanya Aiden.

“Adella...”

Nafasnya seperti terhenti beberapa ketika mendengar nama itu. Dia mula rasa tak sedap hati. Tak... Sebenarnya dari kelmarin dia rasa begitu. Dia cuba berfikiran positif, tapi apa je yang baik bila dengar tentang hospital?

“Kenapa dengan Adella?”

Farhan diam, menatap wajah Aiden sebelum mengalihkan pandang ke tempat lain.

“Farhan, kenapa dengan isteri saya?” tanya Aiden semula. Hatinya makin resah. Tolong jangan beritahu dia sesuatu yang dia taknak dengar. Perasaannya terasa ada sesuatu yang buruk berlaku.

“Dia accident, semalam.”

Aiden terkedu.

“Jangan bergurau pasal benda ni.” Suaranya ditekankan. Tanda tidak mahu mendengar sebarang gurauan seperti itu. Tak mungkin Adella...

Farhan menggeleng, "Aku pun takda masa nak main-main.”

Nafas Aiden mula tak teratur. Jantungnya berdegup laju. Mata juga terkebil-kebil dan dia tidak tahu mahu kata apa. Sukar untuk dia percaya, tapi setelah dia fikir semula panggilan yang langsung tidak disambut oleh Adella itu...

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now