BAB 11

723 33 1
                                    

KLIA

Aiden dan Adella duduk di bangku panjang yang disediakan sementara menunggu untuk masuk ke balai berlepas. Hari ini mereka berdua akan pergi ke Paris seperti yang dirancang.

"Ooh... Jadi Luthfi tu..."

Perbualan mereka berdua terhenti apabila telefon Adella berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Adella mengambil telefonnya dari poket seluar yang dipakainya. Dia memberitahu Aiden sebelum berjalan sedikit jauh untuk mengangkat panggilan tersebut.

"Hm... Kenapa?" Adella bertanya bosan setelah telefonnya ditekapkan di telinga.

"Err..." kedengaran pemanggil di hujung talian seperti teragak-agak untuk bercakap. Ini yang Adella malas ni. Call lepas tu err... err... Ingat dia kenyang ke dengar benda tu?

"Sebelum penumbuk aku tembus kat telefon kau, better kau cakap sekarang apa sebab kau call aku yang tengah duduk santai tadi, ha?" soal Adella. Suaranya perlahan tetapi sedikit ditekankan.

"Ok, frstly, sorry sebab ganggu bos. Tapi sebenarnya..."

Aiden memandang Adella yang jauh sedikit dari bangku yang mereka duduk. Dia mengukir senyum sesekali wanita itu menoleh ke arahnya. Tiba-tiba perbualan mereka sewaktu di rumah Tan Sri Althaf terlayar semula di ingatannya. Namun yang paling melekat di fikirannya ialah ayat Adella yang satu itu.

"Masih... awal sangat... kau... cakap macam tu. Kau... belum kenal aku lagi..."

Apa maksud Adella? Adakah dia mahu mereka mengenali hati budi masing-masing dahulu? Kalau begitu bermakna Adella tiada niat mahu memutuskan perkahwinan mereka ini. Aiden tersenyum apabila memikirkan dia dan Adella tidak akan berpisah. Orang yang duduk di hadapannya sudah memandang pelik. Mungkin menyangka dia kurang waras kerana tersenyum tanpa sebab.

"Kau setelkan selagi boleh," arah Adella kemudian dia menamatkan panggilan. Dia menghembuskan nafas berat. Telefon diketuk ketuk perlahan di dahinya.

"Haih... why it has to be today?" gumamnya sendiri. Dia mengeluh buat kesekian kalinya sebelum berjalan semula mendekati Aiden.

"Siapa call? Ada apa-apa ke?" tanya Aiden cuba memulakan perbualan setelah Adella melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Huh? Nothing," jawab Adella. Dia tiada mood mahu bercakap tentang hal yang baru saja Farhan beritahunya tadi. Fikirannya sedikit terganggu. Kaki disilangkan dan dia berpeluk tubuh. Mukanya serius seperti memikirkan sesuatu.

Aiden memandang Adella. Sesekali dia mendengar wanita itu mengeluh.

"Are you okay, Adella?" tanyanya. Ada nada kerisauan terselit pada ayatnya.

"Yeah, I'm ok." Adella senyum sekilas kepada Aiden sebelum dia mengalihkan pandangan ke hadapan. Beberapa minit kemudian terasa tangannya digenggam. Dia memandang tangan Aiden yang berada kemas di atas tangannya. Dia mengangkat wajah memandang lelaki itu. Redup mata Aiden yang bertemu dengan anak mata hitam Adella.

"Jangan tipu. Kalau awak ada masalah, awak boleh cerita dekat saya," tutur Aiden bersama senyuman mesra. Belakang tangan isterinya diusap lembut dengan ibu jarinya. Dapat dia rasakan tangan Adella yang sedikit bergetar. Tahulah dia wanita itu ada sesuatu yang disorokkan daripada pengetahuannya.

Adella seperti dipukau. Jantungnya berdetak tidak seperti biasa. Untuk pertama kalinya dia tidak melayangkan penumbuk pada lelaki yang sesuka hati menyentuhnya tanpa kebenaran.

"DH... Salah satu kilang utama DH terbakar," beritahu Adella. Membulat mata Aiden mendengar jawapan itu. Bukan itu yang dia jangkakan dari Adella.

"Ha... Habis tu macam mana? Pekerja semua tak apa-apa?"

"Yup! Staff semua ok, no one injured. Don't worry. Aku dah suruh Farhan uruskan." Adella cuba menarik tangannya dari genggaman Aiden tetapi niatnya itu dibatalkan saja. Dia takut lelaki itu berkecil hati. Eh? Sejak bila seketul Adella fikirkan perasaan orang ni?

Beberapa minit kemudian mereka hanya senyap sebelum pengumuman berlepas kedengaran.

"Ok, jom ah..." Adella sudah bangun sambil menarik beg bagasinya ke balai berlepas. Aiden juga sama namun dia berhenti setelah beberapa tapak ke hadapan.

"Kau... Eh?" Adella tercari-cari kelibat Aiden apabila lelaki itu tiada di sebelahnya. Dia berpaling semula ke belakang. Lelaki itu masih statik di tempat mereka dia berdiri tadi. Adella pun berundur semula ke belakang mendapatkan suaminya.

"What? What's wrong?" tanyanya pada Aiden yang menundukkan pandangan. Senyap.

"Kita... Kita batalkan flight ni?"

Adella terdiam seketika mendengar kata-kata Aiden.

"Ha... Haha... Pandai kau bergurau. Jomlah, dah nak terbang dah tu." Adella berjalan ke hadapan untuk menuju ke balai berlepas semula namun langkahnya terhenti apabila pergelangan tangannya dipegang oleh Aiden.

"I'm not. Biarpun awak tak bagitau saya, tapi saya tahu. You were distracted by the incident right?" Aiden jeda untuk seketika. "Kita pergi Paris sebab nak luangkan masa bersama. Apa guna kita pergi honeymoon kalau awak tak rasa happy?"

"Siapa cakap aku tak..."

"Adella, saya tahu DH tu penting bagi awak, dan saya tahu awak rasa gusar sekarang ni bila dengar kilang DH terbakar. Mesti awak nak selesaikan hal tu secepat mungkin. I don't care if we cancel this trip, as long as you're feeling better. Kalau nak pergi Honeymoon kena happy happy dulu kan?" tutur Aiden dengan senyuman manis. Adella terdiam. Hm... ada betulnya juga apa yang dia cakap tu. Fikirnya.

"Aku janji lepas benda ni setel aku akan tunaikan permintaan kau," ungkap Adella tiba-tiba.

"Huh?"

Hanya dengan dua tepukan, beberapa orang lelaki bersuit hitam muncul di belakang Adella.

"Get him home safely and sound and follow his command for now," arah Adella. Dua orang daripada mereka mengambil bagasi Aiden dan Adella.

"Awak..."

"Kau baliklah rumah dulu. Diorang akan hantar kau. Aku akan pergi DH dari sini." Adella mula melangkah pergi namun sekali lagi dia terhenti apabila Aiden menahan tangannya.

"Macam mana saya nak tahu yang awak takkan mungkir janji?" soal Aiden. Ada sinar mengharap di matanya.

"I'm nothing like that. You can trust me."

JANJI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JANJI

Sebuah ikrar antara dua pihak atau lebih yang mengikat serta wajib ditunaikan.

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now