Teaser 3

2K 31 5
                                    

Faleeq membawa Wawa  ke kediaman yang dihadiahkan oleh orang tuanya sempena perkahwinan mereka.

Wawa agak terpegun. Reka bentuknya terlihat moden dan unik.

'A Storey Terrace Cluster Semi-Detached Homes berinspirasikan konsep Scandinavian.'

Melangkah masuk, buatkan Wawa lagi terpegun. Dekorasi ruang tamu ala-ala moden mid-century maskulin bertema warna biru langit dan putih, menenangkan hati.

"Cantiknya ..." Wawa memuji. Wawa memusingkan badannya, menyoroti sekeliling rumah.

"Habuan kahwin dengan kau, dapatlah aku hadiah rumah ni. Orang tua aku bagi..." Faleeq mencebik angkuh.

Wawa terkedu sekejap. Oh, dapat rumah rupanya lepas kahwin. Patutlah setuju kahwin.

Wawa mencetus senyum gembira.

"Beruntunglah awak. Orang lain, bermati-matian buat loan ratus-ratus ribu, terbeliak biji mata nak bayar bulan-bulan, sampai ke tua pun tak habis lagi bayar loan, tapi awak, sesenang dapat rumah ni free dengan kahwin jer. Bukan susah pun. Isteri dapat, rumah dapat, title anak yang taat pun dapat..."

"Kau dapat apa kahwin dengan aku? Family kau hadiahkan apa?" Faleeq menyoal Wawa.

"Ada hadiah, tapi kena mati dulu, barulah dapat hadiah tu.."

"Hah? Apasal lepas mati?" Faleeq tercengang.

"Kan, kalau kita jadi anak yg taat, akan dapat ganjaran syurga. So lepas mati lah baru dapat rasa. Dunia memang tak dapat apa-apa."

Faleeq terkial-kial nak faham.

"Anak yang taat?"

"Yalah, ikut cakap papa suruh kahwin walaupun tak nak, bukan ke taat namanya tu? Kan anak yang taat dapat  masuk syurga?"

Oh... Barulah Faleeq faham.

"Lah, kau setuju macam tu saja? Takkan tak ada ganjaran apa langsung bila kahwin dengan aku?"

"Tunggu jelah, kot-kot awak yang nak bagi gelaran terhormat kat saya nanti."

"Gelaran apa?"

"Janda berhias!"

Faleeq rasa tertampar muka sendiri.

Wawa tergelak melihat reaksi Faleeq yang macam ayam berak kapur.

"Just joking hahahaha..."

Gelak Wawa berlarutan hingga terhenti sendiri.

Baru Faleeq perasan, Wawa ni seorang yang suka ketawa dan ceria. Mudah mesra dengan orang. Tak hairanlah kalau keluarga Faleeq mudah menerima Wawa. Cepat saja dia menyesuaikan diri.

Alah, Wawa tu anak kawan baik papanya, sebab tu papa dan mama layan dengan baik.

"Sebenarnya, ada lah papa saya bagi duit sebagai hadiah perkahwinan. Dalam lima juta macam tu kalau saya setuju kahwin dengan awak. So apalagi? Kahwin jelah, jadi jutawan free."

Faleeq terkejut.

"Lagi berbaloi, kita kahwin sekejap jer. Untung kan, boyfriend saya nanti dapat saya. Dahlah janda berhias, jutawan pulak tu! Nak dapat lima juta kerja sampai mati belum tentu lagi. "

Faleeq ternganga sendiri. Perghhh, lagi banyak ganjaran dari Faleeq dapat. Bergelar jutawan terus.

Jadi, Wawa kahwin dengan Faleeq sebab duit lah ni. 

"Bukan papa je bagi hadiah, ada lagi hadiah kahwin lain. Mama saya hadiahkan pakej honeymoon ke Europe. Pilih jer mana-mana negara nak pergi selama 15 hari. Kakak saya, hadiahkan jongkong emas. Abang saya, hadiahkan saya kereta Porshe katanya esok baru sampai. Bab rumah, saya tak heran. Sebab dari kecil, papa saya dah hadiahkan kami anak-anak dia, banglo seorang sebijik. Ada kat Masera Bukit Segar. Tak salah nilai pasaran banglo tu sekarang 8 juta, masa beli tak sampai pun harga tu.."

MAJLIS KAHWIN PAKSA FALEEQ DAN WAWA Where stories live. Discover now