Bab 12

23 3 0
                                    

Seorang lelaki usia pertengahan berpakaian kemas dengan sut dan tali leher berjalan dengan pembantunya menuju bilik mesyuarat Syarikat Herrlick Group.

"Hari ni Dalila nak convince shareholder untuk sokong anak dia, si budak mentah tu untuk jadi CEO syarikat. Huh! Dia ingat semudah tu je ke aku akan biarkan?" ujar seorang lelaki bernama Zain kepada pembantunya di sebelah.

Di kaunter receptionist, Hadrey Mifzan datang membawa sebuah fail bersamanya.

"Ya, encik cari siapa?" soal receptionist.

"Saya nak jumpa Hadrey Mikhail," jawab Hadrey Mifzan.

"Siapa budak tu?" Encik Zain yang kebetulan berada di situ ingin tahu.

"Kenapa? Encik Zain kenal ke?" tanya pembantunya.

"Tak. Aku tak pernah nampak pun dia sebelum ni. Tapi muka dia macam familiar," tutur Encik Zain lagi seraya berjalan menuju Hadrey Mifzan.

"Ya, cari siapa?" Pantas Encik Zain bertindak menyoal Hadrey Mifzan.

"Saya cari Encik Hadrey Mikhail." Jawapan kali ini Hadrey Mifzan menambah perkataan 'encik' pada nama abangnya.

"Kamu ni siapa?" Encik Zain ingin tahu lebih mendalam. Sambil bertanya wajah Hadrey Mifzan diamati. Cuba mengingat wajah itu mirip siapa.

"Saya... driver dia," jawab Hadrey Mifzan dengan penipuan.

"Driver?" Zain mempersoalkan seakan kurang yakin.

"Ya, saya nak hantar fail ni, Encik Mikhail tertinggal kat rumah."

*

"Abang, kenapa ni nampak kalut je? Cari apa tu?" tanya Puan Sri Dalila melihat anaknya mencari-cari sesuatu.

"File presentation. Tadi ada abang letak dalam beg ni," jawab Hadrey Mikhail gusar.

"File presentation? Abang tertinggal ke? Meeting dah nak start ni!" Puan Sri Dalila turut berjangkit risau sesudah mengetahui puncanya.

Hadrey Mikhail masih tercari-cari di dalam beg bimbitnya.

"Encik Mikhail, ni ada driver encik datang hantar fail ni tadi. Katanya encik tertinggal kat rumah." Receptionist datang membawa fail tersebut kepada Hadrey Mikhail.

"Driver?" Hadrey Mikhail dan Puan Sri Dalila berpandangan.

*

Hadrey Mikhail membuat pembentangan perancangan projek tahunan kepada pemegang-pemegang saham syarikat. Pembentangan itu nampak berhasil meyakinkan mereka semua akan kebolehannya untuk menerajui syarikat selepas ini.

Usai mesyuarat, semua Ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham beransur meninggalkan ruangan mesyuarat.

"Dia ingat dia ada anak lelaki satu-satunya, yang acah perform, dia akan dapat sokongan semua shareholder ke? Huh!" Masih saja Encik Zain tidak berpuas hati dengan Hadrey Mikhail dan ibunya, Puan Sri Dalila.

"Tapi nampaknya macam majoriti pemegang saham dah kat side dia orang sekarang ni Encik Zain?" ujar Iqbal, pembantu peribadi Encik Zain.

"Awal lagi Iqbal. Masih banyak ruang lagi untuk menyelit kat mana-mana. Kau jangan risau. Ni Zain lah! Kalau plan A aku gagal, aku masih ada plan B. Sampai plan Z pun aku adalah!" Yakin Encik Zain yakin dengan kebolehan dan helahnya.

Mereka berdua sama-sama ketawa lalu bergerak keluar ruangan mesyuarat. Hanya tinggal mereka berdua saja di situ sebagai orang terakhir yang keluar.

*

My Mr. WrongWhere stories live. Discover now