Bab 4

43 4 0
                                    

Keesokan pagi yang indah, sekali lagi ketenangan pagi Namira diserikan dengan kehadiran pelayan yang membawa kejutan.

"Cik." Seorang pelayan lelaki datang ke meja Namira lalu menyajikan semangkuk besar ais krim sundae yang dihidangkan dengan sungguh menarik. Sempat Namira terliur melihatnya.

"Eh, saya tak pesan ni." Namira menolak hairan. Pelayan dipandang menanti jawapan.

"Encik kat meja sana tu yang suruh hantar kat cik."

Dahinya ditepuk sendiri. Bukan Edry yang give up, nampaknya Namira yang give up dengan perangai mamat ni.

"Cakap kat encik kat sana tu, saya tak boleh terima makanan daripada orang tak kenal. Tak jadi darah daging nanti!" Namira kemam bibir menahan rasa geram.

"Encik tu dah pesan, kalau cik tak terima makanan daripada orang tak kenal, sebab tulah kau orang kena berkenal-kenalan. Macam tulah encik tu kata," jawab si pelayan mengikut arahan.

"Cakap kat dia... No. Thanks. Saya tak berminat. Sila jual minyak kat tempat lain! Pulangkan balik ais krim ni kat dia ya. Saya tak sudi terima."

"Tapi cik, encik tu kata macam mana sekalipun saya tak boleh return ais krim ni kat dia." Pelayan itu mula berkerut dahi. Tak tahulah amaran apa yang si Edry beri agaknya sehingga mukanya jadi cuak begitu.

"Kalau macam tu... awak makan jelah ais krim ni." Punggung diangkat daripada kerusi. Namira terus beredar. Malas bergaduh dengan pelayan yang memaksa itu. Nampaknya semua manusia dalam cruise ini dah berjangkit penyakit memaksa Edry.

"Ada juga eh orang tak nak give up macam tu!" bebel Namira sambil berjalan keluar. Tiba-tiba langkah kakinya terhenti. Figura yang sedang bersandar di dinding itu memandang tepat ke arahnya.

"Hai." Muncul sudah dia! Nampaknya lepas ini Namira pesan room service sajalah untuk makan. Kalau tidak, setiap kali masa makan saja kena menghadap mamat ni.

"Huh." Namira hembus nafas keluhan.

"So, don't like ice-cream?" tanya Edry lembut.

"Yes! I don't like! I don't like anything from you!" Bengis. Langsung saja Namira menjawab kasar.

"Auch, that's hurt." Edry memegang dadanya buat gaya menahan sakit.

Namira mengguling bola mata. Bibirnya disengetkan sebelah. Menyampah.

"So what you like? Mind to tell me?" soal Edry berharap.

"I like you to stop pestering me. Can?" Jeling Namira sebelum berjalan pergi.

"So you thought me as a disturbance? Okay, I'm sorry. What should I do to make up to this? To show you that I'm sincere? Can you tell me? I'll do anything..." Edry merayu sayu. Dengan harapan mampu melembutkan hati batu Namira.

Angin satu badan rasanya dengan mamat sengal, suka menyibuk seorang ini! Geram betul rasa hatinya. Ingat pergi ke cruise boleh dapat ketenangan, tapi apa yang dapat sekarang malah ketegangan.

Laju saja kaki Namira melangkah ke biliknya. Namun kakinya seolah terhenti sendiri apabila melihat seorang kanak-kanak lelaki comel lingkungan umur tujuh ke lapan tahun di depannya yang sedang sibuk mengambil gambar laut dengan Kamera Digital Single-Lens Reflex (DSLR).

"Hai adik, buat apa sorang-sorang kat sini? Mak ayah adik mana?" tanya Namira. Kali ini dengan nada paling lembut yang tak mungkin didengari saat dia bercakap dengan Edry.

"Mak ayah saya cakap tak boleh cerita hal peribadi kat orang tak kenal." Selepas menjawab soalan Namira, budak itu kembali mengambil gambar.

Macam ada dengar aje ayat semacam itu tadi. Dia pula terkena kali ini. Ayat sejenis inilah yang diberikan Namira pada Edry barusan.

My Mr. WrongWhere stories live. Discover now