F i v e

634 82 104
                                    

"Ustaz. Aira dari tadi meringik. Nak kakak katanya" Humairah menghampiri Aayan yang sedang memerhati pelajar-pelajar melakukan aktiviti mereka.

Aayan menghela nafas. Sejak Issabelle balik, Aira memang sering menanyakan keberadaan Issabelle. Mereka sudah kehabisan alasan dah. Tak tahu apa lagi mahu menjawap apa pada kanak-kanak itu.

"Ustaz. Saya tak suka Aira rapat dengan perempuan tu"

"Issabelle. Nama dia Issabelle"

Humairah menggulingkan bebola mata malas. Ustaz muda ini sering mempertahankan wanita itu. Lama kelamaan dia pula yang geram. Entah apa yang isitimewa pada Issabelle pun dia tak tahu.

"Apa-apa je lah ustaz"

"Kenapa awak cakap macam tu Humairah? Elok apa Aira bergaul dengan orang lain. Kita pun tahu kan Aira budak yang pendiam. Dia nak berkawan dengan Issabelle tu kira perkembangan yang bagus" Ujarnya lembut. Matanya tidak lepas memandang anak-anak muridnya. Tidak memandang Humairah yang berada di sisinya.

Dia tahu, wanita itu tentu ada perasaan pada dirinya tetapi dia hanya buat-buat tak tahu sahaja.

"Ustaz. Kita bukan tak kenal dengan Issabelle tu. Saya tahu ustaz sendiri dah tahu cara pergaulan dia, cara pemakaian dia" Humairah memeluk tubuh.

Nama Issabelle memang sering disebut-sebut. Jadi tipu lah kalau mereka tak tahu tentang Issabelle. Kariernya sebagai model sahaja sudah membuat Humairah tidak suka pada wanita itu.

Sebab apa? Sebab pakaian yang diperagakan sudah tentu semuanya terdedah. Pada awalnya dia juga terkejut rakan kerjanya ini menerima untuk bekerjasama dengan model itu.

"Kita ni siapa nak menghukum orang Humairah. Lagipun dia buat amal jariah. Dia bantu tahfiz kita. Tak elok awak fikir yang bukan-bukan pasal dia"

Humairah mencebik "bukan fikir bukan-bukan ustaz tetapi itu hakikatnya"

Aayan menghela nafas "sudah-sudah lah berfikir buruk pasal orang Humairah. Kita ni belum tentu sempurna. Kita tak tau rupanya kedudukan dia lebih tinggi dari kita di sisi Allah. Kita perbaiki diri kita elok-elok sahaja lah Humairah"

Aayan sudah mula ingin melangkah "ustaz kena minyak dagu dia ke apa"

Kata-kata Humairah membuat Aayan berpaling memandang wanita itu "Astagfirullahalazim. Istighfar Humairah. Ini di kira fitnah. Awak tahu kan dosa menfitnah lebih besar dari membunuh" Aayan menggelengkan kepala sebelum dia beredar dari situ meninggalkan Humairah sendiri.

Humairah menundukkan bawah. Dia sudah bekerja di tahfiz ini hampir 8 tahun. Dah macam-macam cara dia cuba untuk mendekati Aayan tetapi semua usahanya kosong.

Aayan semakin menjauhinya adalah. Berang dia jadinya. Bukannya Aayan tak tahu perasaannya.

     ISSABELLE sudah posing bermacam-macam gaya. Hari ini dia memperagakan baju dalam wanita. Ya, benar, jadi dia hanya berbikini di tempat fotoshoot.

Tiada apa yang hairan. Sebelum ini Issabelle juga pernah memperagakan baju dalam tetapi untuk jenama lain. Walaupun di sana ramai kru-kru di belakang takbir tetapi itu tidak membuat Issabelle bantut dari melakukan kerjanya.

"Cut"

Sophie menghulurkan cardigan pada sahabatnya itu. Bentuk badan 'glass hour' seperti Issabelle memang membuat dirinya direbuti jenama-jenama besar. Bukan sahaja jenama pakaian dalam, ada juga baju, skirt macam-macam lagi lah.

Sophie menghulurkan air pada Issabelle "good job my girl" Sophie memeluk erat tubuh rakannya. Mereka berdua duduk di ruang rehat yang tersedia di sana.

Issabelle menyedut air yang dibeli Sophie "malam ni ada parti dekat rumah Lucia. Kau join?" Soal Sophie.

" of course. Pernah ke aku tak join kalau korang throw party" Issabelle meraup rambut perangnya, mereka berdua tertawa kecil.

"Kau kena join sebab Lucia awal-awal dah beritahu aku, kalau kau tiada malam ni dia nak batalkan parti"

Issabelle tertawa bebas. Dia menggelengkan kepalanya.

"By the way. Lepas ni aku nak shopping sekejap lah. Baju aku dah tiada dah dalam almari tu. Kau nak ikut?" Soal Sophie sambil menggoyangkan air yang berada di tangannya.

Issabelle tersenyum "mesti lah"

"Belle are you ready? Kita dah nak start shoot" ujar salah seorang kru pergambaran.

"Yes" Issabelle membuka cardigan dipakainya dan dibaling ke arah Sophie. Dia kembali ke ruang fotoshoot

     ISSABELLE menuruni tangga. Dia sudah lengkap berpakaian. Dia mahu keluar bersama kawan-kawannya.

"Belle. Sini sekejap"

Issabelle menghentikan langkahnya yang laju menuju ke pintu utama. Kepala berpaling pada ruang tamu di mana di sana ada dua orang sedang duduk.

Issabelle berdecak malas. Apa lagi ustaz tu buat di sini? Bukan kah urusannya dah selesai? Program seterusnya bulan hadapan jadi kenapa ustaz muda itu sering ke rumahnya akhir-akhir ini? Tak akan lah berbincang pasal program charity lagi?

Lagipun program bulan hadapan itu antara papanya dan ustaz muda berkenaan. Tiada kena mengena lagi dengan dirinya. Dia hanya membantu papanya menguruskan program charity tempoh hari sahaja.

"Ya pa?" Issabelle menghampiri papanya dan melabuhkan punggung bertentangan papanya dan Aayan.

"Papa ada benda nak bincang dengan Belle" Wanita itu berkerut kehairanan. Tentang apa? Program charity lagi ke? Ah tolong lah. Sejak dua menjak ini jadualnya padat jadi dia tidak boleh menolong papanya lagi.

"Apa lagi pa? Kan urusan kita dengan pusat tahfiz dah selesai?"

Dato Sri Hamza menganggukkan kepala "bukan tentang tu Belle. Papa nak bincang hal lain" Ustaz muda di sebelah hanya diam tidak berkutik.

"Papa dah buat keputusan muktamad"

Issabelle berkerut kehairanan "keputusan apa pula pa?"

"Papa tak minta banyak Belle. Papa harap Belle terima apa yang papa aturkan"

Jantung Issabelle melaju. Ada benda yang tak kena. Dia pasti. Apa pula yang papanya rancang ini. Entah kenapa, jauh di sudut hatinya sudah tak setuju apa yang akan dikatakan papanya.

"Papa nak Belle dan ustaz Aayan berkahwin"

EuphoriaWhere stories live. Discover now