15

46 13 0
                                    

Kaki yang terletak elok di atas sofa itu digoyang-goyangkan dengan senang hati. Setelah beberapa jam dia mengulang kaji, Erika mula bersantai bermain dengan telefonnya. Hujung minggu beginilah saja waktunya yang ada untuk dia bermalas-malasan.

"Tolong cuci baju aku." Gina meletakkan bakul baju kotornya di tepi sofa, tempat anak saudaranya bersantai itu.

Erika yang sedang sibuk bermain dengan telefonnya itu merasakan terganggu. Bakul baju kotor itu dikerlingnya. Dia tidak mengambil peduli. Mata kembali menatap skrin telefonnya yang menyala.

"Aku bercakap dengan kau ini." marah Gina dengan geram. Anak saudaranya yang seorang ini memang sering membuat darahnya naik.

"Basuhlah sendiri. Dah tua bangka pun masih nak suruh orang buatkan." balas Erika perlahan.

"Kau kata apa tadi?" Tepi kepala Erika ditunjalnya Gina dengan geram. Membara hatinya mendengar kata-kata gadis itu. Reti menjawab saja.

"Apa masalah kau ini main kepala orang? Kau tak ada kepala, ke?" bentak Erika sakit hati. Rambut yang sedikit serabai dirapikan.

Bakul baju kotor yang menghalang jalannya ditendang ke tepi. Gina dijeling geram. Tak tenang hidupnya dengan adanya wanita itu. Sering saja mengacau-bilaukan keadaan yang sudah sedia harmoni.

"Janda pemalas. Patutlah kena tinggal dengan suami." kutuk gadis itu selamba sebelum kakinya mula menapak menaiki tangga.

Membulat mata Gina mendengarkan bicara Erika itu. Dia menumbuk angin. Membayangkan bahawa dia menumbuk anak saudaranya itu.

"Erika! Mulut kau aku cili karang!"

"Cubalah! Nanti kalau cili habis, jangan nak suruh aku pergi kedai belikan!"

Tangan naik mengusap dada perlahan, menjaga Erika sememangnya sebuah ujian yang sudah sedia cukup besar buatnya. Sangat menguji kesabaran. Gina mendengus geram lalu bakul baju kotornya diangkat.

"Maksu saya nak keluar." Erfan yang baru menapak turun dari tingkat atas menegur ibu saudaranya itu lalu menyalam tangan Gina.

"Hm. Hati-hati." balas Gina perlahan.

"Saya tak balik tahu, maksu. Saya tidur rumah Thaqif. Nak ulangkaji." beritahu Erfan sambil menyarung kasut di kakinya.

"Hm." Gina hanya mengangguk sambil memerhati anak saudaranya yang seorang itu sehingga hilang dari pandangan.

"Yang seorang kuat menjawab. Lagi seorang tak lekat dekat rumah. Apalah nasib aku jaga budak-budak ini." bebel Gina sendirian lalu mula melangkah ke arah dapur.

Baju kotor miliknya mula dimasukkan ke dalam mesin basuh untuk dicuci. Bibirnya membebel perlahan mengenangkan nasib diri menjaga adik-beradik itu. Lagi-lagi Erika yang sering saja menjadi temannya untuk bertikam lidah.

Akhirnya dia tersenyum sendiri mengenangkan Erika. Walaupun mereka sering saja bertekak, dia benar-benar menyayangi anak saudaranya yang satu itu. Hidupnya merasakan agak sunyi jika tiada gadis itu. Erfan dan Erika benar-benar mewarnai hidupnya kerana mereka hanya mempunyai satu sama lain.

Gina mula berpaling untuk ke dapur. Lebih baik dia memasak makan malam buatnya dan Erika. Hari sudah kian suntuk. Sedang dia sibuk mengeluarkan bahan-bahan masakan, telefon yang bergetar mematikan pergerakkannya. Tangan menyeluk ke dalam poket seluar.

Mesej yang baru saja dia dapati itu dipandang kosong. Perasaannya mula bercampur aduk. Dia mula membalas pesanan itu sebelum telefonnya dimatikan kembali.

Pisau dan papan pemotong diletakkan di hadapannya. Bunyi notifikasi kembali mengganggu sedikit kerjanya. Sekali lagi telefonnya dihidupkan untuk membaca pesanan. Keluhan dilepaskan. Tanpa membalasnya, telefonnya dimatikan. Kerjanya yang tergendala mula disambung.

Buat seketika, dia termenung mengenangkan mesej yang baru dia dapat tadi itu. Kepalanya digelengkan perlahan. Memaksa dirinya untuk tidak memikirkannya lagi.

Pergerakkan Gina terhenti apabila dia dapat merasakan kelibat Erika yang baru menapak turun. Senyuman senget ditarik apabila gadis itu sengaja melangkah dengan perlahan agar tidak menghasilkan sebarang bunyi.

"Ha kau nak ke mana? Sini tolong aku masak." Tubuhnya dipalingkan menghadap gadis remaja itu yang ingin membawa buku-bukunya ke tingkat atas.

"Alah kau ini! Kacaulah!" protes Erika malas. Kalau tahu tadi, dia biarkan saja buku-bukunya di bawah. Malam nanti barulah dia ambil semula.

"Sini! Kau nak jadi apa? Anak dara pemalas? Semua kau tak nak buat. Kau ingat kau apa? Anak gajah? Semua kerja cuma aku yang buat. Kau cuma tinggal tidur, makan dengan minum saja." bebel Gina geram.

Erika mendecit geram apabila wanita itu menyamakannya dengan anak gajah. Akhirnya, dia tetap melangkah ke arah dapur walaupun tidak berpuas hati.

"Kalau aku anak gajah, kau mak gajah." kutuknya kembali setibanya dia di tepi Gina.

"Menjawab!" Tepi dahi Erika ditunjal geram. Agaknya selepas ini bolehlah dia ke hospital untuk ambil ubat darah tinggi. Terasa menggelegak saja darahnya apabila berbicara dengan gadis keras kepala itu. Sakit hati saja Gina dibuatnya.

"Jangan main kepala aku lah! Hilanglah ilmu aku!" bentak Erika geram.

"Ini ambil. Tak payah nak merepek. Tak adanya hilang ilmu kau setakat aku tolak macam itu. Yang hilangnya bila kerja kau melawan cakap aku, aku ini lagi tua tahu dari kau. Aku yang jaga kau. Tak berkat ilmu kau belajar sebab kerjanya melawan cakap orang tua." bebel Gina sambil mencapai lobak merah dan diletakkan di hadapan Erika.

Bebola mata digulingkan ke atas apabila mendengar Gina yang mula membebel panjang itu. Lobak merah dicapai dan dicuci sebelum dia memotongnya.

Gina mengerling ke arah anak saudaranya. Dia tersenyum kecil apabila melihat gadis itu yang membuat muka menyampah itu. Kepalanya digelengkan perlahan.






ForelsketWhere stories live. Discover now