PROLOG

182 17 0
                                    

Tujuh tahun. Tujuh tahun bukanlah satu waktu yang cukup singkat. Selepas kepergian lelaki itu, aku mula menjalani hidupku seperti biasa. Merealisasikan impianku seperti yang pernah aku ucapkan kepadanya.

Masih terasa segar memori itu seperti baru saja semalam berlalu. Namun, sudah tujuh tahun berlalu sejak aku bertemu dengannya.

Keluhan dilepaskan apabila aku masih lagi mengenangkannya. Aku menggelengkan kepalaku lalu kembali melakukan kerjaku yang tergendala.

"Hari ini okey?"

Sosok tubuh abangku yang baru tiba ditatap sebentar sebelum aku kembali melakukan kerjaku, mengatur barang-barang di kaunter. Jika aku mengemas lebih awal, esok pagi ketika ingin membuka kafe, tidaklah tergesa-gesa.

"Okey. Lambat kau balik." balasku ringkas.

"Biasalah. Akhir bulan. Kena buat report." balasnya. Apron dicapai lalu diikat pada pinggangnya. Butang kemeja pada lengannya dibuka lalu lengan bajunya disingsing sehingga ke paras siku.

"Aku boleh tolong apa?"

"Ambil cawan yang aku dah cuci dekat dapur. Tolong lap sekali." ujarku.

Aku memerhati tubuh abangku yang berlalu pergi. Kain lap aku capai lalu mula mengelap di atas kaunter.

Bunyi loceng apabila pintu kafe dibuka telah berjaya mengalihkan perhatianku. "Maaf. Kafe kami dah tutup."

Wajahku panggung memandang ke arah figura yang melangkah masuk. Mulutku terkatup rapat apabila melihat seraut wajah itu menyapa pandangan mataku.

Mata bertentangan dengan mata. Aku terkesima sebentar. Kain lap yang masih berada di dalam peganganku digenggam kuat.

"Long time no see you."

Dan kini, setelah tujuh tahun berlalu, aku tidak pernah merasakan segugup ini.  

ForelsketWhere stories live. Discover now