"Ne. Awak tak cakap pun." balas Naerin.

"Mianhae. Ya, orang tua kita dah satukan kita dari dulu lagi. Tapi, uncle Song dah beritahu awak, dua pilihan pasal benda ni?" tanya dia lagi. Naerin hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Jadi, maknanya... Awak nak berkahwin dengan pilihan awak la ni? Are you sure?" tanya Sunwoo.

"Kenapa awak tanya saya sedangkan awak tahu jawapannya?" soal Naerin tanpa menjawab pertanyaan Sunwoo.

"Sebab saya nak awak pilih. Sama ada awak nak saya sayang awak sebagai Kim Sunwoo yang awak kenal. Ataupun, sayang awak sebagai anak Tuan Kim. Saya perlukan jawapan daripada mulut awak sendiri."

"Saya minta uncle Song tetapkan pertemuan kita ni pun sebab saya nak awak tahu siapa saya. Ya, awak kenal saya. Tapi, awak tak tahu siapa diri saya yang sebenar. Saya bukan nak cakap sikap saya kepada awak hanya sekadar pura-pura. Tidak, saya cuma nak tunjukkan kepada awak diri saya yang sebenar."

"Jadi, saya nak awak pilih dua ni sahaja. Apa jawapan awak, Haejin-ssi?" tanya Sunwoo. Naerin berfikir sejenak.

"Saya nak..."

"Awak jadi kedua-duanya. Diri awak dan anak kepada Tuan Kim."

"Sebab apa? Sebab saya tak nak awak terseksa. Sama ada saya pilih yang pertama atau kedua, awak mungkin akan rasa terseksa. Betul kan?" soal Naerin.

"Ne. Ternyata, awak faham perasaan saya, Haejin." balas Sunwoo lalu tersenyum kecil melihat wajah Naerin.

"Awak pun, Sunwoo."

"Baik, saya pun nak bagi awak pilihan jugak. Awak nak saya jadi Haejin atau Naerin?" tanya Naerin pula.

"Jawapan saya sama saja macam awak. Kedua-duanya. Wae? Sebab saya nak tahu diri awak yang sebenar. Gwenchana, saya akan tetap panggil awak Naerin. Tetapi, masa awak tengah bekerja... Saya terpaksa panggil awak Haejin." jawab Sunwoo.

"Eo, kerja?" bingung Naerin.

"Ohh! Awak tak tahu eh?"

"Ok, saya akan beritahu awak."

"Saya sengaja tak nak beritahu awak kenapa papa saya nak kita berdua berkahwin. Sebenarnya, orang tua kita berkawan baik. Dan, diorang nak gabungkan syarikat diorang. Ya, lepas kita dah berkahwin nanti... Syarikat papa saya akan bergabung dengan syarikat appa awak. Macam mana pun, kita tak boleh nak batalkan perjanjian diorang. Tugas kita adalah meneruskan perniagaan papa dan appa."

"Pasal siapa nak uruskan, kita akan bincang kemudian. Saya tak naklah terburu-buru disebabkan benda ni. So, don't think about it too much. Ok?" ujarnya.

"Ne, Sunwoo-ssi." balas Naerin sambil tersenyum lebar.

"Charanda (bagus)." balas Sunwoo pula.

"Naerin-ah. Neo na joh-ahae (Awak suka saya)?" soal Sunwoo.

"Soalan jenis apa ni, Sunu?" selamba Naerin bertanya.

"Geunyang (cuma)... Saya nak tahu ja." jawab Sunwoo.

"Sunu-ya... Mestilah, ya. Wae? Awak masih ragu-ragu lagi?"

Dare or Truth? | Sunwoo [Completed]Where stories live. Discover now