[22]

18 4 15
                                    


"Maldo andwae (mengarut).." ujar Naerin.

"Apa yang mengarut? Betullah, Min-Hyun tu pelajar baru. Kau dah kenapa?" tanya Eric yang masih lagi bingung dengan reaksi Naerin.

"Ahh, molla. Kau ni pulak, tak kenal meja kerusi sendiri? Kau tahu kan ni tempat siapa?" soal Naerin sedikit dingin.

"Ye la, ye la. Aku pergi duduk dekat tempat aku. Kalau ya pun, janganlah halau aku. Aku tahulah ni tempat Arim." balas Eric lalu berjalan ke tempatnya.

Setelah Eric balik ke tempatnya, Naerin terus mengeluarkan buku pelajaran dari laci mejanya.

Tiba-tiba, matanya terpandang susuk tubuh pelajar baru itu. Automatik, pelajar itu pun menoleh ke belakang.

Mata mereka terus bertembung secara tidak sengaja.

Namja itu hanya tersenyum sinis pada Naerin, lalu terus memandang ke hadapan semula.

"Aigooo... Matilah akuuu!" gumam Naerin.

Selepas beberapa saat, guru mata pelajaran mereka pun datang. Sesi pembelajaran mereka berjalan seperti biasa.

Naerin pula memutuskan untuk fokus sahaja kepada pelajarannya.


•——————•°•✿•°•——————•


SUNWOO POV.

BosannyAAAAAAAA

Nak pergi hakgyo...

Kaki tak sembuh lagi.

Hmmm...

Apa kata aku pergi perpustakaan awam?

Sekurang-kurangnya, dapat jugak aku luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah sikit. Tak dak lah otak aku makin lembap sangat.

Aku pun berjalan turun ke bawah dengan menggunakan tangga. Lalu, aku menuju ke arah dapur di mana ahjumma aku berada.

"Eo, Sunwoo? Kamu buat apa dekat sini? Sunwoo lapar lagi eh?" tanya ahjumma kepada aku..

"Ani (bukan). Sunwoo dah cukup kenyang dah sekarang ni."

"Sunwoo nak mintak izin ni. Harap, ahjumma benarkan." sambung aku lagi

"Bwo? Nak mintak izin? Macam serius ja. Kamu nak mintak izin untuk apa?" tanya ahjumma lagi.

"Nak pergi..."

"Library. Boleh tak?" sambung aku lagi.

"Hmmmm..." fikir ahjumma berkali-kali.

Aduhhhh..

Mesti takkan bagi aku keluar ni. Ahjumma aku terlalu protective sangatlah, guys🥲

"Ok, boleh." jawab ahjumma aku.

Saat aku hampir-hampir nak lompat kegembiraan, ahjumma bersuara lagi.

"Tapi... Dengan satu syarat." ujar ahjumma.

"Bwo? Syarat apa?" tanya aku.

"Kena ada seseorang yang temankan Sunwoo. Araseo (faham)?" balas ahjumma aku.

"Ne, ahjumma. Kokjeongma, Sunwoo takkan pergi sorang-sorang. Sunwoo tahu jaga diri sendiri, kalau tak dak siapa pun yang temankan. Jangan risau eh." balas aku pula.

Bukan aku nak melawan. Tapi, aku dah betul-betul makin pulih. Nak berjalan pun, tak rasa sakit sangat dah. 

"Betul ni? Kalau macam tu, ahjumma benarkan. Tapi, balik sebelum senja. Jangan balik malam-malam. Melainkan, ada orang yang hantarkan kamu. Bukan balik seorang diri. Araseo?" pesan ahjumma. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Nan meonjeo ganda (Saya pergi dulu)." ujar aku lalu berjalan keluar.

Tidak lupa jugak untuk aku ambil sebatang payung di tepi pintu rumah. Macam orang selalu pesan, sediakan payung sebelum hujan. 

Disebabkan sejak dua menjak ni hujan selalu turun, aku mengambil keputusan untuk bawa payung. Takut nanti, aku gelabah cari tempat teduh. Kalau ada, tak apa. Kalau tak ada? Korang boleh tolong?

Ok, bye. Aku nak pergi perpustakaan untuk menambah ilmu. Habis dah aku membebel. Harap-harap, perjalanan aku berjalan dengan lancar.

END SUNWOO POV.


















• • •

♡✿
Atiq

Dare or Truth? | Sunwoo [Completed]Where stories live. Discover now