[21]

15 4 16
                                    


Disebabkan rasa kecewa meyelubungi dirinya, Naerin mengambil keputusan untuk berhenti mencari namja itu.

Orang tengah sedih, memang tak rasa semangat dah nak cari orang.

Naerin terus berjalan masuk ke dalam kelasnya. Lalu, membaca buku bagi memenuhi waktu lapangnya itu.

Tiba-tiba, dia didatangi oleh seseorang.

"Yow, Naerin! Mwohae (Buat apa)?!" tanyanya dengan lantang sekali.

"Tengah memasak." jawab Naerin dengan selambanya sambil matanya masih lagi memandang buku.

"Halah kau ni. Buat lawak pulak."

"Anyway, nak tahu cerita tak?" sambungnya lagi. Naerin pun mengeluh kecil.

"Apa Eric?" soal Naerin dengan malas sekali.

"Nak tahu tak pasal student baru yang baruuuu ja masuk hari ni?" tanya Eric lagi.

"Mula dahhh kau ni. Nak bergosip bagai." balas Naerin.

"Halah. Tapi, kau nak tahu tak?" tanya Eric yang tidak jemu menanyakan soalan yang sama.

"Ayyyyy. Bwo (Apa)?" balas Naerin.

"Hihihi. Aku tahu kau pun nak tahu jugak. Ok, sebelum tu... Aku akan bagitahu nama diorang dulu." ujar Eric. Serentak itu, Naerin mula terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Eric tadi.

"Jap, jap. Diorang? Maksudnya... Ada dua pelajar baru?!" tanya Naerin seperti tidak percaya dengan kenyataan tersebut.

"Ya! Ada dua orang. Sorang, namja. Dan sorang lagi, yeoja. Daebak (Gempak) kan?" jawab Eric.

"Hmmm... Bolehlah." balas Naerin.

"Apa-apa je la."

"First of all, aku akan kenalkan yang namja dulu eh. Sebab antara dua orang tu, namja ni lagi terkenal daripada yeoja tu."

"Ok, nama dia, Hwang Min-Hyun. Hensem wei. Dia sebaya ja dengan kita. Hobi dia, baca buku. Kat mana-mana pun kalau kau nampak dia, dekat tangan dia mesti ada buku. But, super cool. Bukan nerd. Tinggi... Tinggi jugalah. Tapi, aku tinggi lagi😌" puji dirinya sendiri. Naerin hanya menggulingkan matanya sahaja.

"Ok. Sorang lagi?" tanya Naerin.

"Heh. Mulalah tu nak tukar topik. Kalau ya pun, sokonglah ketinggian aku ni." cebik Eric.

"Eric. Kalau nak dibandingkan dia dengan kau. Aku rasa dia tinggi lagi. Cukup-cukuplah, Eric. Terimalah kenyataan yang kau tu tak tinggi. Lainlah Younghoon sunbae tu, bolehlah bandingkan ketinggian dia dengan namja ni." balas Naerin.

"Ye la, ye la. Kau menang. Ha, ok. Yeoja pula."

"Nama dia Kim Herin. Cantik dan bijak. Dia tu, junior kita. Hobi dia, tak terkira. Banyak sangat. Tapi, yang selalu aku nampak dia selalu join pasukan sorak. Maknanya, dia dah jadi salah seorang daripada pasukan sorak hakgyo kita. Dan, dia suka berkepit dengan fon dia. Dan, dia suka post gambar dia dekat Instagram. Instafamous, maybe. Ketinggian dia,... Aku rasa dia sama tinggi dengan kau." terang Eric.

"Hmmm... Kenapa aku rasa yeoja ni lagi famous eh daripada namja tu?" soal Naerin.

"Sebab... Ramai yeoja yang minat dekat Min-Hyun. Kim Herin ni... Tak dak la ramai peminat sangat. Cuma, sedikit terkenal dalam kalangan namja. Tak ramai sangat pun kalau nak dibandingkan dengan peminat Min-Hyun." jawab Eric.

"Ouh... Eh- kau tak bagitau pun diorang dari kelas mana?" tanya Naerin lagi.

"Eh- haahlah! Ok, yeoja tu dari kelas 2-1. Namja tu pula-" kata-kata Eric terhenti apabila ada seseorang memasuki ke kelas tersebut.

Gerakannya hanya diperhatikan sahaja oleh mereka berdua. Setelah lama memerhati, Naerin bersuara semula.

"Eh, Eric. Siapa tu?" tanya Naerin.

"Itulah Min-Hyun yang aku cakap tadi. Dan, ya. Soalan kau tadi dah terjawab." jawab Eric.

"Hah? Mworago (Apa kau cakap)?" tanya Naerin yang masih lagi keliru.

"Dia kawan sekelas kau. Takkan kau tak tahu?" tanya Eric pula.

"Bwo?!" terkejut Naerin. Setelah itu, dia terus memerhati gerak geri pelajar baru itu.

"Eh- Macam aku pernah nampak ja dia ni." ujar Naerin.

"Hah? Kau pernah nampak kat mana?" soal Eric.

"Dekat..."

Tiba-tiba, Naerin teringat semula.


"HAH?! DIA KA NAMJA TU?!"





















• • •

♡✿
Atiq

Dare or Truth? | Sunwoo [Completed]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें