[12]

24 5 11
                                    


"Baik, Sunwoo. Kamu boleh jalan macam biasa ya. Cuma, buat masa sekarang kurangkan penggunaan kaki kamu. Boleh dikatakan, jangan banyak bergerak ya. Takut keadaan kaki kamu jadi lebih teruk. Faham?" 

"Ne. Kamsahamnida saem." ujar Sunwoo.

"Sama-sama. Dah memang tugas saya. Saya mintak diri dulu ye." balas saem-nya itu lalu beredar dari situ.

Tiba-tiba, datang beberapa rakannya untuk melihat keadaannya.

"Yah, Sunwoo. Kau ok tak? Hyung dengar kau jatuh dekat padang tadi. Itulah... Dah cakap dah suruh main elok-elok. Kenapa degil sangat eh kau ni?" ujarnya dengan penuh kerisauan.

"Omona! Hyung risaukan Sunwoo ka? Awww~ Terharunyaaa~" balasnya dengan nada suara manja.

"Eeeee! Kau niiii! Nak manja-manja, gi la buat dekat yeochin kau. Sangyeon hyung, aku punya!" ujar rakannya lagi seorang lalu terus memeluk Sangyeon.

"Yah! Apa benda ni nak claim hyung ni kau punya? Eeeee! Gelilah, Eric." balas Sangyeon sedikit jijik. Eric terus mencebik sedih.

"Ayyy. Kau ni, Ric. Meh kat hyung." pujuk seorang lagi.

"HUWAAAAA HYUNJAE HYUNGG!!" rengek Eric lalu terus peluk Hyunjae.

"Menyedihkan betullah kau ni, Ric. Tahu lah Juyeon hyung ada latihan pun. Jangan la dengan hyung lain pun kau nak bermanja bagai. Tak gentle dohhh" ujar rakan Eric, Hwall.

"Aku kesah apa. Yang penting, rindu aku terubat. Heh!" balas Eric. 

"Haihhh korang ni. datang sini nak tengok aku ka nak bergaduh? Kalau nak bergaduh, keluar please. Aku nak rehat jap." kata Sunwoo yang dari tadi lagi menyaksikan drama tak berbayar.

"Hah! Betul jugak tu! Dah dah! Jom balik! Japgi hyung ambik kau eh. Bye." balas Sangyeon lalu menarik rakannya dan adik-adiknya keluar dari situ.

"EH EH- HYUNG! Apa ni? Kitaorang tak nak balik lagi laaa!" bantah Eric dan Hwall.

"Ikut, sebelum aku sumbat mulut korang dua dengan hamer!" ugut Sangyeon.

"Kalau ya pun, dah kenapa tarik aku sekali! Aku bukan budak kecik lagi la!!" marah Hyunjae.

"Kau dengan diorang sama ja! 2 kali 5. Tak dak beza pun. Dah jom!" balas Sangyeon sambil bawa mereka pergi. Mereka bertiga hanya turut sahaja. Dalam diam, Sunwoo tergelak kecik.

Tiba-tiba, Sunwoo didatangi oleh seseorang.

"Nuguseyo (Siapa tu)?" tanya Sunwoo. Seseorang itu pun terus masuk ke dalam lalu pergi memeluknya yang sedang bersandar di kepala katil.

"Naerin? Kau buat apa kat sini?" tanya Sunwoo lagi.

Naerin melepaskan pelukannya itu lalu terus pukul bahu Sunwoo. Sunwoo mengaduh kesakitan.

"Buat apa lagi? TENGOK KAU LA!! MACAM MANA BOLEH JATUH, HUH?! KAU SAJA KAN NAK BUAT AKU RISAU DEKAT KAU! EEEEE! KAU NIIII. JAHAT, JAHAT, JAHAT, JAHAT, JAHAT!!!" marah Naerin sambil tidak berhenti-henti memukul Sunwoo. Sunwoo hanya mampu bertabah sahaja.

Dalam diam, Sunwoo rasa bahagia. Kerana Naerin merisaukannya sampai begitu sekali.

"Kalau ya pun terasa, janganlah bahayakan diri sendiri!" kata Naerin lagi sambil memberikan pukulan yang terakhir.

"Asal diam? Suka eh buat aku risau? Eeee, kau ni-" tidak sempat Naerin ingin memukul Sunwoo lagi, Sunwoo dengan pantas mencapai lengan Naerin.

"Kau tahu tak apa yang aku rasa sekarang ni?" tanya Sunwoo sambil pandang Naerin. Naerin juga begitu, terdiam dengan tindakan Sunwoo. Seperti dirinya sudah dijampi oleh Sunwoo.

"Bahagia. Bahagia sangat. Rasa seronok, gembira, bahagia. Semua ada. Tak pernah lagi aku rasa bahagia macam ni. Kau ja yang dah buat aku bahagia." jawab Sunwoo sendiri pada Naerin.

"So..., Boleh tak aku nak kau sayang aku sepanjang tempoh sebulan ni?" tanya Sunwoo. Saat ini, Naerin tergamam dengan permintaan Sunwoo yang tidak masuk akal itu.

"Tapi... Kan cuma dare ja? Macam mana kalau-" tidak sempat Naerin habiskan kata-katanya, Sunwoo terus memotong percakapannya.

"Aku sayang kau?" teka Sunwoo.

"Pasal tu, belakang cerita. Yang aku tahu sekarang ni, aku nak luangkan masa dengan kau selama sebulan. Lepas sebulan, kita jujur dengan perasaan kita. Deal?" cadang Sunwoo. Naerin berfikir sejenak.

"Ok, deal." balas Naerin. Sunwoo hanya tersenyum sahaja saat mendengar kata putus daripada Naerin.












• • •

♡✿
Atiq

Dare or Truth? | Sunwoo [Completed]Where stories live. Discover now