"Ye la, sorry." pinta Naerin lalu mencebik.

"Dahlah. Jom, teman aku pergi pasar. Aku nak beli barang dapur ni. Halmeoni aku mintak aku belikan. Kau nak ikut tak?" ajak Minhyun.

"Nak, nak. Jauh tak?" tanya Naerin.

"Manjanya kau ni. Kalau jauh pun, apa salahnya. Biar sihat sikit badan tu. Tak ada lah simpan lemak ja." balas Minhyun.

"Ye la. Tanya pun tak boleh." cebik Naerin.

"Dah, jom. Lambat nanti aku kena marah dengan halmeoni aku pulak." kata Minhyun.

"Ne, kkaja." balas Naerin.

Maka, mereka pun berjalan ke arah pasar.

•——————•°•✿•°•——————•

"Gomawo sebab dah temankan aku." ucap Minhyun sambil sibuk membawa beberapa barang dapur. Dengan bantuan daripada Naerin, bebannya menjadi ringan bagi membawa barang-barang itu ke rumahnya.

"Ne. Benda kecil ja."

"Mana rumah halmeoni kau?" tanya Naerin sambil sibuk membawa beberapa barang dapur.

"Dekat situ ja. Gwenchana, nak sampai dah." jawab Minhyun.

Setelah beberapa langkah, akhirnya mereka sampai juga di rumah nenek Minhyun.

Minhyun terus membuka pintu utama, lalu berkata, "Halmeoni, Hyun dah balik!" laungnya.

"Oh, ne! Halmeoni datang!" sahut neneknya.

Sesampai sahaja di pintu utama, neneknya bertanya, "Eo, Hyun. Siapa ni?" tanya neneknya.

"Ohh, kawan sekelas Hyun. Dia cuma temankan Hyun ja." jawab Minhyun lalu masuk ke dalam bersama dengan barangan yang dibelinya tadi.

"Ohhh, yeppeo (cantik)." pujinya. Naerin jadi malu dengan pujian nenek Minhyun.

"Aaa, nek. Naerin mintak diri dulu eh. Naerin tak boleh lama-lama dekat sini. Mianhae." Baru sahaja dia ingin berlalu pergi, nenek Minhyun memanggilnya.

"Naerin, kalau ya pun tunggu halmeoni masak dulu untuk kamu. Tak sampai hati pulak kalau tak beri apa-apa pada kamu." kata nenek Minhyun.

"Ani. Gwenchana. Memang niat Naerin nak tolong Minhyun pun. Gwenchana, nek." balas Naerin.

"Halah, janganlah macam tu. Tunggu eh, nenek masakkan untuk kamu. Lepas tu, kamu boleh bungkus, makan di rumah kamu ya." kata nenek Minhyun lalu bergegas masuk ke dapur.

"Aduhh... Tak sanggup pulak nak tolak. Harap Sunwoo baik-baik je la dekat rumah tu." gumamnya sendirian.

•——————•°•✿•°•——————•

"Naneun jib-eissda (saya dah balik)." laung Naerin sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah Puan Kim itu.

"Lambat awak balik. Awak pergi mana?" tanya Sunwoo sedikit dingin.

"None of your business." balas Naerin lalu berjalan ke arah dapur. Sunwoo dengan penuh amarah mengikuti langkahnya.

"Saya tanya ni. Awak pergi mana tadi?" tanya Sunwoo lagi.

"Kim Sunwoo-ssi. Kau faham atau buat-buat tak faham, huh? Aku cakap ni bukan urusan kau. So, stop asking me same question." jawab Naerin penuh amarah. Disebabkan Sunwoo tidak dapat menahan amarahnya, dia terus menarik lengan Naerin menghadapnya.

"Jangan ingat saya tak tahu awak jumpa dengan siapa tadi. Wae? Lepas marah saya, terus awak cari pengganti baru? Wahhh. Hebat eh awak ni. Senang ja awak lupakan saya. Wae? Saya ni tak cukup bagus ka bagi awak? Saya ni tak cukup romantik ka bagi awak?"

"Atau..." kata Sunwoo lalu mendekatkan jaraknya antara Naerin sehingga membuatkan Naerin berundur ke belakang.

Malangnya, Naerin tidak dapat melarikan diri lagi apabila Sunwoo mula mengunci pergerakannya. Naerin mula bersuara.

"Atau?" tanya Naerin yang dilanda rasa takut. Sunwoo terus mendekatkan mukanya ke telinga Naerin.

Lalu, dia berbisik,"Saya tak cukup menggodakan bagi awak?" katanya lalu tersenyum sinis.

Terus terbeliak mata Naerin saat mendengar kata-kata Sunwoo itu. Terasa seperti ingin lari sahaja daripadanya. Namun, apa kan daya. Tenaganya tidak cukup kuat untuk melawan tenaga namja itu. Dia hanya mampu pasrah sahaja.

"Wae, takut?" tanya Sunwoo lagi.

Diam. Itu sahaja yang Naerin mampu lakukan.

Luar daripada jangkaan Naerin, Sunwoo mendekatkan lagi mukanya dengan Naerin sehingga hidung mereka bersentuhan. Tindakannya itu telah berjaya membuatkan hati Naerin meronta-ronta ingin melepaskan diri daripada Sunwoo yang hilang akal ini.

"Malam ni, saya akan tunjukkan diri saya yang awak tak pernah nampak sebelum ini. Awak yang cabar saya, Naerin. Awak yang buat saya jadi macam ni. Jadi, awak kena terima segala perbuatan awak kepada saya." katanya lalu mendekatkan lagi mukanya dengan Naerin.

Tiba-tiba, pergerakan Sunwoo terhenti saat terdengar suara seseorang yang memanggil namanya.

"Sunwoo?" Alangkah terkejutnya Sunwoo saat melihat gerangan tersebut.

"Mama?!"







• • •

♡✿
Atiq

Dare or Truth? | Sunwoo [Completed]Where stories live. Discover now