𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 18

Start from the beginning
                                    

"Did you get what I said?" Qaira mengangguk. Dia tersenyum gembira. Tidak sabar rasanya untuk kembali bekerja.



"RAFFAEL!" teriak Qaira. Nasib baik suaminya sudah berangkat awal ke resort kalau tidak memang kena bebel dia dekat situ.

"Yes, ma'am. Saya dari tadi berdiri dekat sini, takkanlah tak nampak saya. Tak cukup tidur ke puan? Ada dapat ke semalam?" usik Raffael. Lama dia tercegat situ mendengar Qaira berteriak memanggil namanya.

"Wah, awak bukan main kenakan saya ya Raffel?"

"Raffael. R-A-F-F-A-E-L" Qaira tersengih. Dia lebih selesa memanggil Raffael itu dengan Raffel.

"Awak ni tak payah ber puan sangat dekat saya. Awak bekerja dengan suami saya bukan saya" kata Qaira. Dia tidak selesa orang memanggilnya puan.

"Ini kereta siapa?" soalnya dari tadi melirik ke arah kereta Audi R8 berwarna putih yang berada di perkarangan rumah agam suaminya itu.

"Ini Tuan Rael beli semalam" jawab Raffael singkat. Bola mata Qaira hampir terkeluar. Tidak sangka jika suaminya itu amat menepati perkataannya.

"Dia beli cash untuk isteri tercinta" sambung Raffael.

"Laki aku ni dah gila ke apa? Awak sure ke dia beli?", bebel Qaira.

"Yes. Tuan Izrail beli kereta ini cash semalam dan saya di arahkan untuk mengambilnya pagi tadi", jawab Raffael. Qaira menutup mulutnya yang ternganga-nganga itu.

"But, it's okay! Raffael, bagi saya kunci kereta biar saya yang drive", kata Qaira. Tangan kanannya di hulurkan kepada Raffael.

"Ta-tapi, Tuan Izrail tak izinkan puan untuk drive"

"Alah, rahsia kita berdua tak payah pedulikan dia. Lagipun, Tuan Izrail awak tu dah turun awal pagi tadi"

Raffael hanya mampu mengalah. Dia mengeluarkan kunci kereta daripada sakunya dan dihulurkan kepada Qaira.

"Okay, awak duduk sebelah saya eh? Pakai seat belt", pesan Qaira lalu berlari masuk ke dalam kereta. Seperti yang dikatakan oleh Qaira tadi, Raffael menggunakan tali pinggang keledar.

VROOM!
VROOM!
VROOM!

Qaira memanaskan enjin kereta itu terlebih dahulu. Raffael yang berada disebelahnya sudah berasa tidak sedap badan.

"Are you ready, Raffel?", soal Qaira.

"Raffael. Bukan Raffel, puan"

"Raffael, are you ready?", tanyanya sekali lagi. Raffael mengangguk. Sebaik sahaja dia mendengar jawaban dari Raffael kereta itu diundurkan dengan lajunya oleh Qaira. Paling mengejutkan lagi buat Raffael ialah apabila melihat Qaira hanya menggunakan sebelah tangan sahaja untuk mengundurkan kereta itu.

"Puan, jangan bawa laju sangat", pesan Raffael. Kini dia berpaut dengan tali pinggang keledar digunakannya tadi. Jantungnya hampir terjatuh apabila melihat Qaira dari tadi memecutkan kereta itu melebihi 120 kilometer.

"Don't worry, Raffael. We will be safe"

Tanpa mereka berdua sedari ada sebuah kereta Lamborghini berwarna hitam mengikuti mereka. Raffael yang memandang tepi kini menyadari yang sedang mengejar mereka berdua itu adalah orang yang paling dia kenali, iaitu Izrail.

"Puan, puan", panggil Raffael.

"Kenapa?"

"Tuan Izrail belakang kita", kata Raffael. Dia yang dari tadi ketakutan melihat Qaira memandu itu kini menjadi gelabah dan gelisah apabila melihat Izrail berada di belakang mereka.

"Alamak, bapa singa dah mai. Matilah, aku ni!", kata Qaira kepada dirinya sendiri. Kini kereta itu dipandu dengan perlahan.

Kereta milik Izrail yang berada tepat di belakang mereka mulai membunyikan hon selama tiga kali. Qaira tiada pilihan lain daripada untuk berhenti tepi jalan.

"Principessaa!!!!!!!", teriak Izrail dari luar. Cermin kereta itu diketuk berkali-kali. Qaira menurunkan perlahan cerminnya. Dia menunjukkan senyuman yang manis kepada suaminya itu agar kemarahannya berkurang.

"Turun sekarang, principessa", lantang suara Izrail kedengaran. Riak wajahnya tidak menunjukkan bahawa dia sedang dalam keadaan yang tenang.

Qaira membuka pintu keretanya. Raffael yang berada di sampingnya tadi pun turut keluar dari kereta dan tanpa disengaja dia termuntah di situ.

"Sayang. Abang nak tanya," satu per satu perkataan keluar dari mulutnya. Qaira mengundurkan selangkah kakinya ke belakang.

"A-apa abang?"

"Sayang, siapa izinkan sayang drive kereta?"

"Sayang", jawab Qaira dengan ringkas dan perlahan. Izrail yang menyedari isterinya itu mulai menjauhi dirinya ke belakang pun terus menarik tangan Qaira itu.

"Sayang, abang tak marah. Abang tanya".

"Who let you drive macam nak ke alam barzakh, principessa?. Sayang tahu tak nyawa ada satu bukan sembilan. Sayang tu manusia bukan kucing. Abang risau tahu tak? ", bebel Izrail. Qaira hanya diam tertunduk. Izrail terus memeluk isterinya itu.

Sebenarnya, jauh di dalam hati dia ingin sahaja memarahi isterinya itu namun rasa sayangnya lebih besar daripada amarahnya. Hanya melalui pelukkan sahaja dia boleh melepaskan rasa marahnya.

Qaira diselubungi rasa bersalah. Dia tahu bahawa suaminya itu sangat pedulikan tentangnya bahkan dia tidak sanggup melihat isterinya sendiri tercalar sedikit, ini patah lagi dia membahayakan nyawanya sendiri dengan membawa kereta selaju itu.

"Sayang minta maaf", kata Qaira dengan perlahan.

"Abang maafkan tapi biar abang yang hantarkan sayang hari ni", jawab Izrail. Qaira hanya mengangguk apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now