bab 4

25 6 0
                                    

Setengah jam berlalu,Wish sampai ke destinasi. Kini dihadapannya, terdapat sebuah bangunan pencakar langit yang dikelolahi oleh setiap generasi keluarganya. Bangunan itu adalah legasi terbesar di persada dunia sebagai pembekal senjata api yang berpengaruh besar pada abad ini.

Sebagai pewaris takhta legasi itu Tengku Darwish amat berwaspada terhadap ancaman musuh. Setiap apa yang menghentikannya bakal di hancurkan.

Di pintu utama bangunan itu terlihat beberapa orang yang sedang berlutut menunjukkan sikap hormat kepadanya.

"Saluti al mio signore,(salam hormat dituju kepada tuanku)."

Kata salah satu daripada orang itu.

"Alzati, Rick.(Berdirilah, Rick.)"

Rick bingkas berdiri dari posisinya itu.

"Dad sent me a message, what's going on here?"

"That girl has come here looking for you."

"what?! are you serious?!"

"Rick kau gantikan aku, aku tak danggup nak layan kerenah pompan tu!"

"Aik? Aku pulak? Kau pergi lah layan dia datang cari kau bukan aku!"

Rick mula merasa lelah dengan kerenah majikan nya ini.

"Tolong kali ni ja, lain kali aku belanja kau makan."

"Lah King kita ni takut dengan perempuan ke?" Vika mula memerli Wish.

Vika adalah adik kepada Rick dan juga adalah sepupu Wish.

"Lah sapa kata? Perempuan macam kau ni ja yang blom jadi sasaran aku."

"Kau nak kena lempar dalam sungai ke sial?" Rick mula mencelah kembali sambil mengepal buku lima nya.

Seperti itu lah percakapan santai mereka tiga sepupu. Tidak ada tapisnya. Terkadang sampai membawa kepada perang mulut juga.

"Darlingggg,"

Suara itu persis dengan suara seseorang yang ingin dihindari oleh mereka bertiga. Wanita itu mengenakan heel height merah dan gaun hitam yang seksi sehingga menjadi tumpuan ramai.Rick dan Vika mula megundur diri.

'avoid it? you'll be ready later!' bisik hati Darwish ditujukan kepada mereka.

Bella Qasendra anak kepada Dato Yusuff, sahabat ayahnya. Bella sudah mahu di tunang paksa oleh Dato Yusuff tetapi tetap berjumpa dengan nya setiap hari yang membuatkan dia tidak nyaman.

"You pergi mana? I call you banyak kali tapi you tak angkat." Bella bertanya dengan nada yang manja.

Bella mula mendekati dia dan mula merangkul tangannya.Wish mula jijik dengan perbuatan Bella itu. Ibarat perbuatan wanita murahan.

Dia cuba mengendahkan kata-kata Bella dan terus meleraikan rangkulan tangan Bella itu.

"Why,huh?" Bella mendekati muka Wish dan menggodanya dihadapan khalayak ramai.

Orang ramai mula berbisik-bisik.

Wish dengan segera menolak badan Bella. Dia menatap Bella deangan amarah yang disimpannya.

"Are you crazy!?"

"Why, apa salah I?"

'Minah ni tak ada akal ke?'

Tanpa ingin menyukarkan lagi suasana di situ Darwish segera beredar meninggalkan Bella sendirian.

'Aku tahu kau suka kan aku Darwish!' Tegas hati Bella.

'Aku akan pastikan kau jadi milik aku.'

Wish segera meninggalkan kawasan bangunan itu.

***

Hari menunjukkan pukul 10 pagi. Sebuah teksi berhenti tepat di depan sebuah rumah teres. Seorang gadis melangkahkan kaki keluar dari perut taksi itu dengan menahan rasa sakit di bahagian buku lali kakinya.

Fuhhh!

Jejak sahaja kakinya ke dalam rumah itu dia mula menghela nafas panjang kerana mengenangkan nasib malang yang dihadapinya. Terkadang dia merasa ingin keluar dari rumah itu dan menyewa rumah lain di bandar. Dia juga telah mengumpulkan lebih banyak wang untuk mencapai matlamat tersebut.

"Penatnya...."

Seketika itu dia teringat bahawa keputusan kelayakan untuk memasuki Universiti Knowledge Xavier yang telah di mohon oleh nya akan keluar pada hari ini.

Universiti Knowledge Xavier itu adalah universiti terkenal yang hanya menempatkan pelajar cemerlang dan anak orang kaya.

Pelajar sepertinya pula hanya ditempatkan jika mendapat biasiswa dan hasil keputusan SPM yang cemerlang.

"so let's get started"

Dia segera membuka URL permohonan itu dan memasukkan nombor pendaftarannya. Hatinya mula mendebar akibat takut jika tidak diterima di universiti impiannya itu.

Keputusannya sudah keluar dan menunjukkan hasil yang positif. Screen telefon itu memampangkan permohonan di atas namanya yang telah lulus untuk memasuki Universiti itu.

Dia terdiam seketika.Dan mula memikirkan sesuatu.

'Akhirnya, sampai juga masa untuk tinggalkan rumah ni.'

Itulah kata-kata yang paling ingin di luah kan nya dari dulu. pengharapan paling diingini olehnya.

Kebebasan yang sebenarnya dan bukannya menanggung beban hutang milik ayah tirinya itu.

Dia mula menyusun perancangan. Bukan ingin melupakan jasa ayah tirinya yang memberikan tumpangan kepadanya, namun dia tidak mahu terikat apa-apa ikatan lagi dengan lelaki itu. Lagi pula semesta pertama nya memasuki universiti itu adalah tiga bulan lagi.

Aira mula mencari pekerjaan sambilan,rumah sewa dan lokasi terdekat dengan universiti itu melalui internet supaya dapat memudahkan urusan nya pada kemudian hari nanti.

Dia mengambil kalendar lalu menandakan sebuah tarikh.

"Mungkin ini hari yang sesuai nak berunding dengan ayah,"

***




WISH You Marry Me AIRAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant