bab3

30 11 1
                                    

Malam mula berganti pagi. Aira masih berasa sakit pada pergelangan kaki, akibat pukulan ayahnya semalam.

'Ni tak boleh biarkan ni, kena pergi klinik juga,kalau tak memang tak bekerja lah aku nampak nya.'

Dia mula menapakkan kaki menuju ke arah almari baju perlahan-lahan, lalu mengambil tabungan daruratnya untuk mengeluarkan beberapa ringgit agar dapat ke klinik.Namun...

"Aira!!"

Mendengar teriakan nama nya itu dia dengan segeranya menyimpan kembali tabungan nya itu dan hanya dapat mencapai sekeping duit RM 50.Di fikirannya, seakan-akan mengenali gerangan pemilik suara itu.

"Aira!" Suara itu semakin garau dan mula berang.

"Ya!" Balas Aira.

Seperti apa yang difikirannya, suara itu asalnya dari sang ayah.Ayahnya itu masuk ke rumah dengan keadaan yang tegang. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling terus menuju ke bilik anak gadisnya lalu menyelongkar setiap penjuru bilik itu.

'Apa yang dia cari ni?' -soal hati Aira.

Encik Kamarudin mula mendekati Aira dengan tatapan begis.

"Bagi aku duit kau."

Aira mula gelisah. Takut jika ayahnya mahu menggunakan duit itu untuk sesuatu yang tidak baik.

'Sah-sah dah kalah judi' -bisik hati.

"Aira mana ada duit ayah."

"Ah,kau saja ja nak tipu aku kan?! Haritu aku nampak kau dapat gaji dari Si Hajah tu apa? Tak kan daun kot?!" Berang ayah nya.

"Itu kan Airah dah pakai untuk beli barangan dapur."

"AH! Sudahlah,kau tak nak bagi? Biar aku cari sendiri!"

Encik Kamarudin mula mendekati almari yang berada dekat dengan penjuru katil, setelah tidak menjumpai apa-apa di bahagian meja belajar anaknya itu.Aira segera menghalang ayah nya kerana tabungan daruratnya ditempatkan di almari tersebut.

"Oh, dekat sini kau sembunyikan ya?Tepi!"

"Jangan ayah,ni tabungan kecemasan!" Nada suara Aira sedikit tinggi.

Slap!!

Pipi gebu wanita itu ditampar kuat sehingga menyebabkan pipinya kemerah-merahan.

"Dengar apa aku cakap ni,! Sekali lagi kau halang dan tinggi suara kat aku, kau siapkan badan kau tu! Tak cukup lebam lagi ke?! Nak aku tambah?"

"Duit kau, duit aku! Kau kena ingat tu sampai kau mampus!"

"Dah lah hidup menumpang ja kat sini!"

Tanpa melengahkan masa dia mengambil tabung itu dan tidak memperdulikan Aira.Lalu ayah nya keluar dari rumah untuk berjudi lagi.

Amaran Encik Kamarudin itu membuatkan Aira semakin  gerun untuk bersuara .Dengan badannya yang lemah itu mana mampu dia untuk bertahan apabila di belasah teruk oleh bapanya.

Dia segera meraba-raba dibawah katil untuk memastikan duit yang ditinggalkan oleh arwah ibunya tidak diambil juga.

'Nasib baik tak diambil juga duit ni.'

Duit peninggalan arwah ibunya itu adalah kos pembayaran pembelajarannya ke menara gading.Tapi tidak diketahui oleh Encik Kamarudin.Kalau tidak sudah pasti dijadikan sebagai kos perjudian.

Didalam hatinya kini, tidak lagi menganggap bahawa lelaki itu sebagai ayah.Malahan itu bukanlah ayah kandungnya.

'Dasar anak perempuan bekas!' -ayat ini yang terngiang-ngiang di fikiran.

'PEREMPUAN BEKAS!'

Itulah kata-kata Encik Kamarudin yang tidak dapat dilupakan oleh nya. Lantunan kata-kata yang menyakiti hati arwah ibunya.

'Ya itu betul..aku tak lupa asal usul aku!' -kata hati.

Dia bukan lah anak kandung lelaki itu malahan hanyalah anak tiri. Sebelum ini ibunya telah mengahwini seorang lelaki, namun dikabarkan hilang setelah bertugas dipersada negara. Ketika itu umur Aira baru mencapai 2 tahun.

3 tahun kemudian, ibunya mula mengahwini ayah tirinya ini. Namun nasib tidak menyebelahi mereka, lelaki yang dikahwini oleh ibunya itu semakin lama semakin menggila dengan judi. Akibat daripada perbuatan itu hidup mereka mula merana kerana perlu bekerja untuk membiayai kos sara hidup masing-masing.

***

Restaurant Estella

Vrom!

Motosikal yang ditunggangnya itu di parking tepat bersebelahan dengan kereta Lamborghini Veneno milik rakannya.

Dengan hanya mengenakan jeket motor sahaja dia telah membuatkan customer wanita di sana jatuh cinta padanya.

Akan tetapi dia tidak suka apabila menjadi tumpuan orang lain.Segara dia menuju ke arah meja yang ditempati oleh rakannya.

"So Affan has any new information from the Master Hyder team."

"So far, from what I have heard from the southern wing group, no one's movements are suspicious anymore after the incident at that time."

AFFAN, kawan baik serta rakan kongsi kepada TENGKU MIKAIL DARWISH.Cekap dalam tugasnya, terlihat lemah,namun tidak di mata TEAM DRAGON.

Dia tidak kalah kacaknya juga  daripada Darwish. Sudahlah kaya di plus handsome orangnya.

"Lah, takkan kerat pun dah cuak diorang tu? HAHAHA,"

"Kau apa tahu Wish kau kerat bukan sikit tapi lebih dah tu."

"Kau takut juga ke? Takkan abang sado kito nih pun takut awat lah, HAHAHA."

"HA, KETAWA LAH TAK AKU LEKU JA MUKA KAU KANG!"

"Ok ok ok, bab muka jangan bawa main..rosak masa depan aku."

Mahu bagaimana lagi, muka itu lah yang paling berharga bagi dirinya.

Setelah beberapa jam....

Bip!
Bip!

Seketika telefon Wish berbunyi.menandakan terdapatnya notification.

"Affan aku cau dulu ah, bapak aku dah chat suruh datang pejabat dia. Apa-apa roger!"

Tidak sempat Affan membalas Wish sudah berlari menuju ke motosikal untuk ke tempat ayahnya.

"Ish, mamat nih baru duduk dah pergi balik?"

'busy sangat ke?' -bisik hatinya.

***

WISH You Marry Me AIRAWhere stories live. Discover now