11 Hours To Boston: Bab 17

Start from the beginning
                                    

•••••••••••••••••••••••

"You betul tak nak I hantar balik?" Dr. Alfie yang sudah berdiri di sisi kereta miliknya, bertanya. Nedine lemparkan senyum, lalu membalas "Tak nak. I prefer to walk.. I want to enjoy this snow so bad before jump into bed and go to sleep." Matanya bersinar-sinar sambil jari jemari, sibuk bermain dengan salji-salji putih yang cantik jatuh turun dari langit malam itu.

Dr. Alfie cuma ketawa dengan sikap itu. Suka betul Nedinena ini dengan salji ya? Sejak tadi tidak henti bercakap mengenainya. Comel. Sayangnya Nedine bukan miliknya. Berganti pula bibirnya dengan senyuman perit.

"Boleh. Tapi sejuk ni.. betul you ok?" Dia mencari kepastian. "Tak perlulah risau. I ok. You baliklah. Esok kan ada kelas. Nanti penat pula. Ok, bye Alfie, drive safe.. see you later." Lambaian comel, dia beri buatkan tawa Dr. Alfie pecah terhambur keluar.

"Alright Ms. Stewardess... You pun hati-hati. Terus balik rumah." Anggukkan comel pula Dr. Alfie terima darinya.

Seperti yang masing-masing sudah jelaskan, mereka kini masing-masing mengikut haluan sendiri untuk pulang. Dr. Alfie sudah hilang lama menaiki keretanya pula.

Nedine pula, masih bersantai berjalan pulang dengan perasaan seronok kerana dapat menikmati salji yang turun sederhana lebat pada malam ini. Indah sungguh.

Sekali sekala, dia berpusing di tengah-tengah jalan itu memandangkan tiada orang. Seronok betul dengan salji ya.

Jalan punya jalan, langkah punya langkah, saat matanya menangkap sesuatu yang begitu menarik perhatian, kaki panjang bak model fesyen itu, serta merta berhenti dari terus melangkah.

Damien's Art Gallery..

Saat mata membaca itu, mulut turut menyeru. Damien? Itu nama Essac, art gallery? Ini Essac punya art gallerykah? Dia geleng kepala sendiri. Ah, tidak mungkinlah.

Dia ingin teruskan perjalanan pulangnya, namun, pada masa yang sama dia mula terpandangkan sebuah lukisan dari dalam art gallery itu yang cukup menariknya untuk masuk.

Ya, tanpa perlu berfikir panjang, dia membuat keputusan untuk melangkah masuk ke dalam art gallery yang boleh tahan besarnya itu.

Kalau ikutkan, tiga tingkat. Tetapi, mungkin kerana hari sudah pun malam, bahagian bawah saja yang masih dibuka.

Dia menolak pintu kaca lutsinar mewah itu. Saat kakinya melangkah masuk, tanpa menunggu lagi, dia terus berjalan menuju ke arah lukisan yang menariknya ke dalam ini tadi.

Art gallery ini masih dipenuhi dengan beberapa orang pengunjung, tetapi tumpuan mereka, semuanya pada lukisan-lukisan bertemakan musim salji, mungkin itu pameran khas sempena musim salji di Boston ketika ini.

Nedine teruskan langkah. Kaki berhenti. Betul-betul berhadapan lukisan tadi. Lukisan seorang perempuan berpurdah yang mempunyai sepasang mata coklat kekuningan yang begitu aneh dan menarik warnanya.

Dia kenal perempuan ini, tapi siapa? Lukisan itu terus ditilik sebetulnya. Lagi, lagi dan lagi, sehinggalah...

••••••••••••••••••••••

Sehinggalah... "Welcome to Damien's Art Gallery.. are you enjoying this art ms?" Tersentak Nedinena dengan teguran dari salah seorang pekerja di art gallery ini.

Dia lelaki berwarganegara Amerika yang mengenakan seragam lengkap art gallery ini. Winter coat berwarna hitam beserta knitwear berlengan panjang yang mempunyai logo art gallery ini, itulah yang dia kenakan.

Nedine senyum sekilas. "Yeah.. I was just.. uhm, where this art came from? How long it's been here?" Nedine sungguh berasa ingin tahu. Dia sebenarnya ingin tahu, siapa gerangan gadis cantik yang berpurdah ini.

Dia ingat, tetapi samar-samar. Dengan kata lain, dia lupa. Tetapi dengan yakinnya dia mengaku, dia kenal gadis ini.

"It's already been here for so long. If I'm not wrong, the girl in this art potrait was our boss's late younger sister." Nedine tercengang. Late younger sister? Arwah adik perempuan bos mereka?

Nanti, mengapa tiba-tiba hati Nedine sebak? Siapa bos mereka sebenarnya?

"So your boss is the artist? Who is he?" Nedine teruskan soalan. "Martin.. as usual, close at 10.00, then go home, lock every door, I maybe not coming tomorrow, I have class. I'll come and send new art maybe in the next day."

Suara itu, Nedinena laju berpaling ke arah belakang. Mata hitam berkilatnya itu, membulat segera. Essac? Jadi... Owner art gallery ini, betullah ianya Essac Damien?

Jadi, lukisan ini, ialah adik perempuan Essac. Erica!

Segalanya mula terjawab. Sel-sel otak Nedine, mula berhubung pantas. Untuk seketika, dia terkejut dengan berita ini. Erica? Meninggal? Tapi bila?

Jantungnya laju, tiba-tiba dia rasa kasihan. Tiba-tiba, dia rasa keperitan dan kesakitan yang Essac perlu terima. Erica? Adik lelaki itu.. telah pun tiada?

"Nedine.." perlahan dia menyeru nama itu. Bekas teman wanitanya kini, menjadi  permandangan utama. "Essac.." Nedine sendiri juga menyeru kembali nama bekas teman lelakinya itu.

Dia mendekati dengan perlahan. Pekerja bernama Martin tadi, perlahan-lahan beransur pergi saat menerima isyarat dari bosnya.

"Essac... Essac lukisan ni.." Nedine tidak sedar, dia tidak sedar air matanya mula bergenang mengalir. Mengapa dia rasa begini?

Wajah Essac yang dipandang, semakin kabur dek kerana air mata yang makin banyak mengalir keluar. "K.. kenapa you.." Belum sempat Essac habiskan soalannya, Nedinena pukul dada bidang jejaka itu.

"Kenapa you tak call I? Kenapa you tak bagitahu I? Erica dah tak ada? Itu betul?" Nedine menyoal sambil dia silih berganti memandang wajah Essac dan potret lukisan arwah Erica.

Essac mula berubah rasa. Wajahnya bertukar muram. Melihat Nedinena menangis kerana baru tahu tentang kehilangan Erica, dia jadi sedih. 

Dia pernah bawa Erica bertemu Nedine sekali. Mereka saling menyukai satu sama lain. Masa mereka berpisah, Ericalah yang beria menyuruh Essac untuk kembali pada Nedine, namun, dia tetap tidak mendengar.

"Erica dah tak ada? Y.. you.. k.. kenapa you.." Nedine menunduk lemah. Dia jadi sakit jikalau Essac sakit. Kerana kehilangan ini, dia tahu bagaimana sakitnya Essac Damien.








    BERSAMBUNG...







11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now