𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 23

Start from the beginning
                                    

"Akak!" jerit Kaylene, riang saat matanya terlihat sosok tubuh Puan Amanda yang kelihatan seperti mahu memasuki ruang pejabatnya.

"Eh, Love! Ya Allah, lama betul akak tak jumpa Love, Ishan ni pun bukannya nak bawa Love jumpa akak!" Puan Amanda jeling Ares manja membuatkan Kaylene tertawa kecil. Ares hanya membiarkan kedua wanita itu berbual dan terus melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Sempat dia berbisik kepada Kaylene,

"Aku tunggu dekat pejabat aku tau, kau sembang je dulu dengan Amanda."

Sempat Kaylene angguk sekilas dan senyum malu apabila selamba pipi kanannya dikucup Ares. Para pekerja yang lalu lalang hanya buat tidak endah, buat-buat tak nampak, hahaha!

Tangan Kaylene dipegang Puan Amanda sebelum wanita itu menarik Kaylene masuk ke dalam pejabatnya. Kaylene hanya mengikuti, bahkan dia turut merindui Puan Amanda.

"So how?" tanya Puan Amanda sambil menjongket kening, seraya tersengih usik memandang Kaylene. Gadis itu terkebil-kebil. Apa?

"Maksud akak?"

"Maksud akak, macam mana, kehidupan lepas tinggal semula dengan Ares? Okey tak?" ulang Puan Amanda lagi. Tangannya lincah menekan kekunci komputer, menyambung kerjanya. Manakala, Kaylene hanya tersengih nakal. Okey tak? Ya Allah, kehidupannya tersangatlah okey!

Semua orang pasti bertanyakan soalan yang sama, tapi tidak dia letih menjawab semua itu. Puan Amanda yang perasan akan riak wajah nakal Kaylene itu sekadar tersenyum nipis. Ada ada aje budak ni.

"Alhamdulillah, okey je akak. Jangan risau, okey?" Puan Amanda tarik senyuman lebar mendengar jawapan Kaylene, walaupun dalam hatinya, sudah resah memikirkan masa depan pasangan ini.

Manakan tidak dia mengetahui yang adiknya, Irene masih belum melepaskan perasaannya terhadap Ares. Dan, dia berharap adiknya tidak membuat apa-apa perancangan di belakangnya. Tidak sama sekali dia akan membenarkan adiknya merampas Ares daripada Kaylene.

"Mana boleh akak tak risau, Love. Akak dah anggap Love ni macam adik akak tau." Puan Amanda berkata sambil mengusap lembut tangan Kaylene sambil tersenyum lebar. Kaylene membalas genggaman tangan Puan Amanda sambil berkata, "akak...". Puan Amanda memandang Love dengan pandangan aneh apabila suara wanita itu kedengaran meleret dan manja.

"Ya, Love. Ni mesti nak apa-apa ni kan? Hmm?"

Puan Amanda tersenyum mengusik sambil mencucuk-cucuk pipi gebu Kaylene. Dalam dua bulan tidak berjumpa dengan Kaylene, dia perasan, pipi gadis itu sudah naik! Jikalau sebelum ini, masih kelihatan runcing dan kurus, namun kini, dah serupa penguin walaupun badan gadis itu masih kelihatan ramping. Comel!

"Ehehe." Kaylene tertunduk malu apabila Puan Amanda mencubit-cubit lembut pipinya. Segan pula apabila ada orang perasan akan perubahan fizikal dirinya.

"Kenapa ni, cuba cakap dengan akak. Love nak apa?"

Puan Amanda menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap Kaylene yang memandangnya dengan mata yang penuh dengan sinar harapan. Kerja-kerjanya juga ditolak tepi sebentar untuk dia berbual bersama Kaylene.

"Em..."

Kaylene agak berkira-kira untuk meluahkan hasratnya. Puan Amanda ketawa kecil, aduh comel betul isteri kau ni, Ares.

"Akak tolong ajar Love goda suami kita boleh..?" Akhirnya, terlepas jua hasratnya yang sedari tadi bermain di dalam fikirannya sejak di dalam kereta semasa perjalanan ke sini. Terus tercetus ketawa Puan Amanda. Ya Allah, Kaylene oi!

"Kelakarlah awak ni!"

Puan Amanda masih galak ketawakan Kaylene, manakala gadis itu hanya melihat Puan Amanda dengan pandangan terkebil-kebil dan terpinga-pinga. Aku ada buat lawak ke? Kenapa akak ketawa? Kepala ditundukkan. Entah mengapa,  dia agak terasa dengan reaksi Puan Amanda. Aduh, mengada betul!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now