𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 17

Start from the beginning
                                    

ARGHHHH!!!!!!

Lelaki itu merintih kesakitan. Fawish, Danial dan Kharl yang menyaksikan semua itu hanya mendiamkan diri. Izrail menoleh ke arah mereka sebaik sahaja wajah lelaki itu ditorehnya.

Pertunjukkan yang sudah lama tidak disaksikan oleh kesemua mereka. Sikap dan  perangai Izrail yang dahulu kini mulai muncul sedikit demi sedikit. Semua mereka hanya mampu tertunduk dan mendiamkan diri.

"Blood, i love this"

Darah yang mengalir di wajah lelaki tadi di sapu ke seluruh muka. Tangannya menekan luka yang digoresnya tadi dan membuatkan lelaki itu berteriak kesakitan sekali lagi.

"Bunuh aku, Izrail!", pintanya. Dia penat untuk merasai kesakitan itu. Darah tidak henti mengalir dan terus-menerus dia diseksa.

"Aku dah cakap tadi kan tak payah nak melalak macam anjing, hanat!  Kau nak mati ? Baik!"

    "Okay, fine. Bawa masuk apa yang aku suruh kau bawa tadi Kharl" sambungnya lagi.

    Kharl sempat terdiam.

    Aku bawa masuk binatang tu? Alahai, cukuplah aku bertarung nyawa bawa dia datang sini tadi!

    Kata Kharl di dalam hati.

    "Termenung apa kau? Kau nak aku humban dekat dalam sangkar Felix ke?" Laju kepalanya digeleng. Langkah kakinya dibesarkan untuk mengambil apa yang disuruh oleh Izrail.

    Sebuah kotak besar dibawa olehnya. Kotak yang diliputi kain hitam. Izrail menarik kain hitam itu.

    Kotak tadi hanya diletakkan di atas lantai. Isi di dalam itu membuatkan semua orang mengundurkan langkah kaki mereka.

    Seekor ular tedung berwarna putih dan matanya kemerahan itu berada di dalam kotak misteri tadi.

    King. Ular kesayangan milik Izrail yang dijadika senjata untuk dia membunuh semua orang secara perlahan.

    Aku nak larilah dulu. Nanti tak pasal-pasal aku kena patuk. Kharl melarikan diri daripada situ.

"Racun ini akan buat kau mati perlahan dan sakit! Itulah aku nak kau rasa lepas kau sentuh perempuan aku dan buat dia sakit!"

ARGHHHHHH!!!!
    Ular tadi mematuk kaki lelaki itu. King milik Izrail segera diletakkan sebelum dia mulai mengganas lagi. Bekas putih itu ditutupnya kembali sebelum dikunci serapatnya dan di tutupi dengan kain hitam.

"Quindi in questo momento sei totalmente all'inferno (So, sekarang ni kau memang dekat neraka)" kata Izrail lalu meninggalkan lelaki itu sendiri.

"Clean the dead body!"

"Buat kerja tu bersih sikit kalau kau tak nak jadi mangsa seterusnya" arah Izrail kepada anak buahnya yang berada di hadapan pintu itu. Anak buahnya hanya mengangguk.








"YES!" , sorak Qaira dengan gembiranya apabila melihat album yang dia pesan tempoh hari kini sudah pun sampai di rumahnya. Beruntunglah suami tak ada, kalau ada habislah dia ada juga album tu kena buang nanti.

    Ruangan yang disediakan oleh Izrail untuk menyimpan segala barang kpopnya tempoh hari telah pun di kunci. Hanya Izrail mempunyai kunci tersebut.

    Maklumlah suami kuat cemburu kalau dengan anak pun dia boleh cemburu apatah lagi dengan laki lain.

    "Memandangkan biawak tua tu dah pergi kerja, so my time untuk husband saya sekalian"

    Dia melompat-lompat di kawasan ruang tamu aras dua itu. Anak buah TD yang sedang berdiri di luar kawasan rumah itu pun sempat menoleh ke arah puan mereka manalah tahu ada musuh. Ternyata buat konsert dekat dalam.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now