Chapter 12:Cemburu

26 5 0
                                    

      Aku terus melangkah turun untuk pergi ke arah ruang tamu sebelum mak aku panggil lagi.Nanti tak manis pulak tetamu tengok bila mak aku asyik-asyik panggil aku tapi aku tak datang-datang.

Charles pov:

"What's make her changed?Dia tidak pernah bersikap sebegitu"gumam Charles sendirian yang menyangka Fareeha mulai berubah pabila kedatangan tetamu di rumahnya.Dia tahu ada tetamu lelaki di bawah.Dan dia dapat merasakan Fareeha akan jatuh hati terhadapnya.

    Tapi dia sedar dia hanyalah roh bukan manusia lagi.Dia sudah mati.Dia dan Fareeha tidak akan mungkin dapat hidup bersama.Dia tidak layak untuk cemburu dengan kebahagiaan yang bakal dikecapi oleh Fareeha selepas dirinya akan pergi suatu hari nanti.

Fareeha pov:

"Perkenalkan ni anak aku,panggil je dia Fareeha atau Ika"ujar ibuku yang memperkenalkan diriku kepada kawan lamanya."Tak sangka anak kau ni cantik eh,macam mak dia waktu muda-muda dulu"puji kawan lama ibuku.Aku apatah lagi,hidungku kembang kempis bila dipuji cantik."Eh biasa lah, tengoklah mak dia macam mana"ujar ibuku dalam nada yang berseloroh.

      Padahal kawan lama mak aku ni pun termasuk dalam kategori cantik juga walaupun umur dia sebaya ibuku.Awet muda persis wanita berumur 30an."kalau anty lak,panggil je anty Zara"ujar wanita itu yang kedengaran ramah dan santai di hadapanku."Hah,hampir terlupa..ni anak anty,nama dia Azriel"ujar Anty Zara yang memperkenalkan putera tunggalnya.

     Pandanganku tertumpu pada Azriel.Azriel hanya tersenyum tipis kepadaku.Aku pula membalas senyumannya.Walaupun jejaka di hadapanku ini hanya tersenyum tipis,tetapi tetap tampak menawan dipandang.Pasti dirinya banyak digilai oleh kaum hawa.Tekaku tentang diri Azriel.

     Azriel menatapku dengan tatapan yang sukar untuk ku teka."Ehemm ada yang berkenan nampak?"Puan Zara berdehem apabila melihat puteranya merenungku dengan lama.Azriel segera mengalihkan pandangannya lalu tersenyum tersipu-sipu malu.Aku pula hanya tersenyum lalu tertunduk.

      Namun,aku dapat merasakan ada sesuatu yang merenungku dari kejauhan.Aku menoleh ke arah tersebut.Tepat sangkaanku,Charles sedang merenungku di sebalik dinding yang berdekatan dengan tangga.Ku lihat Charles merenungku dengan tatapan yang tidak menyenangkan.Seolah-olah dirinya begitu membenci kehadiran Azriel.

      "Fareeha tengok ape tu?"soal Anty Zara.Aku segera menoleh dan melihat ke arahnya lalu menggeleng."Takdelah Anty"ujarku lalu tersenyum tipis.Sebenarnya aku perasan Azriel tidak lepas memandangku dari tadi tapi aku hanya membiarkan dirinya berbuat demikian.Tapi aku jugak berasa segan dipandang sebegitu  rupa olehnya.Belum pernah ku rasa ada lelaki yang menatapku sedemikian rupa.

        Jam menunjukkan pukul 5 petang, sudah tiba masanya dua beranak itu hendak pulang."Eh dah pukul 5 dah,mesti laki aku dah lama tunggu kat rumah..aku balik dulu eh"ujar Anty Zara lalu berdiri melangkah ke arah ibuku untuk menyalami ibuku."Okay,lain kali kalau ada masa aku singgah ke rumah kau pulak"ujar ibuku yang bercadang untuk singgah ke rumah Anty Zara kalau ada masa.

       "InshaAllah kalau ada masa,aku bagitau kau bila nak pegi"ujar Anty Zara yang berasa senang hati untuk menyambut kedatangan ibuku.Azriel pula hanya merenungku sambil tersenyum.Terasa pantas masa berlalu,adakah aku akan jumpa dia lagi?Tapi aku takde hak... entah-entah dia pun dah ada kekasih hati...malu pulak rasanya berharap kat orang bukan milik kita ni.

      Anty Zara melangkah keluar dahulu sebelum Azriel.Azriel kulihat tidak keluar mengikuti Anty Zara dan ibuku.Dia melangkah ke arahku lalu memberikan sekeping kad kepadaku."This my card,anggaplah ini sebagai satu perkenalan antara kita"ujarnya sambil tersenyum lalu melangkah pergi meninggalkanku.Aku tidak sempat berkata apa-apa.Aku melihat sekeping kad yang tertera nombor telefonnya.Hatiku terasa berbunga-bunga tatkala melihat kad itu.

      Tanpa ku sedari,Charles hanya mampu memandangku dari kejauhan.Dari tadi dia tidak berkata apa-apa selain menatapku dengan tajam lalu beredar dari tempat tersebut.Aku yang baru teringat akan Charles segera mencarinya."Charles?"panggilku namun dirinya tidak menyahut.Kakiku melangkah ke arah tangga lalu naik ke atas menuju ke bilikku.

      Aku membuka pintu dan ku lihat dirinya berdiri membelakangiku dan merenung ke arah luar tingkap."Charles?"panggilku namun dia masih tidak menyahut panggilanku.Aku dapat rasakan dia masih marah terhadapku."Aku nak minta maaf atas apa yang terjadi"pohonku sambil menatap ke arahnya.

     Dirinya tetap di posisi yang dingin namun akhirnya dia menoleh ke arahku.Dia menunggu kata-kata yang keluar dari mulutku."Ya aku tau aku salah sebab tak pedulikan kau waktu tetamu datang,tapi kali ni aku betul-betul ada masa untuk kau"ujarku sambil tersenyum ikhlas memandangnya.

     Namun lain pula yang terjadi,dia hanya mengeluh lalu melangkah untuk menjauh dari diriku."Bukan itu maksudku,Fareeha"katanya yang cuba memberitahu sesuatu."Bukan?jadi apa?"soalku yang semakin ingin tahu penyebab di sebalik semua ini."kau seolah-olah lebih peduli lelaki itu daripada diriku"terangnya kepadaku."lelaki?maksud kau Azriel?"
soalku yang hampir mendengar sebab yang sebenar.

     Dia tidak menjawab sebaliknya masih menatapku dengan serius."okay aku jelaskan kat kau... actually aku memang ada perasaan minat kat Azriel tapi bukan perasaan cinta..it's different okay"jelasku kepadanya.Dalam masa yang sama,aku tertanya-tanya adakah dirinya cemburu?"Tapi perasaan minatmu boleh bertukar menjadi cinta bukan?"soalnya yang lagi masih overthinking.

      "Ya Allah,macam mana lagi aku nak jelaskan kat kau ni?No..of course not..aku just minat gitu-gitu je lah.Takde lebih"tegasku  yang masih menafikan lagi tentang Azriel.Takkanlah aku nak jatuh cinta dengan Azriel tu.Bukan apa,at least aku sedar diri lah yang aku dengan Azriel tu bagaikan pipit dengan enggang.Jauh beza antara kami berdua and aku pasti type perempuan dia pun yang ala-ala model yang setaraf dengan dia lah senang cakap.
  
     "Baiklah aku percaya akan kata-kata kau, tapi adakah kau akan menghubunginya malam ini?"soalnya sambil memandang tepat ke arah wajahku."Hmm..tak pastilah pulak, sometimes macam malas gak nak call dia tu"ujarku yang terasa malas nak call Azriel malam ni."Aku rasa lebih baik kau tidak menghubunginya"ujar Charles terhadapku."eh nape pulak?"soalku yang semakin hairan dengan tingkah lakunya yang semakin pelik.

      "Aku dapat rasakan niat buruknya"terang Charles lagi dengan wajahnya yang tampak serius yang bermaksud dia betul-betul serius akan kata-katanya saat ini."Niat buruk?eh pahal pulak dia nak berfikiran macam tu?Lagipun baru jumpa kot?"soalku bertalu-talu kepadanya."Enough! That's all that you know about it!"ujarnya dengan nada yang lebih tinggi pada kali ini.Wajahnya juga berubah menjadi lebih menyeramkan dari yang asal.

       Sumpah aku terkejut akan perubahan wajahnya lalu mulutku seolah-olah terkunci pada kali ini.Dia terdiam dan memandang ke arah lain asalkan bukan melihat wajahku.Dengan perlahan-lahan wajahnya kembali kepada yang asal.Dia menoleh kembali ke arahku."Aku minta maaf...aku tidak bermaksud untuk memarahi dirimu"pohonnya dengan suara yang lebih lembut.Aku memandangnya dengan sisa rasa yang masih takut terhadapnya."i know it's makes u scared..but please,apa yang ku lakukan ini kerana aku sayangkan dirimu,Fareeha"ujarnya dengan tulus.

      Aku hanya mengangguk-angguk tanda mengiyakan kata-katanya."And..i have something to tell you"ujarnya dengan nada yang serius kembali sehingga membuatkan aku kali ini lebih fokus melihat dirinya."i love you"ujarnya sambil menatapku dengan tatapan yang tulus.Aku hanya terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa selepas apa yang ku dengar."uhm..aku tak salah dengar kan?"soalku untuk memastikan apa yang ku dengar ini tidak salah.

      "Yeah you're not Fareeha..i really love you"ujarnya dengan jujur."But.. why?and bagaimana kau boleh cintakanku?"soalku yang sedikit keliru."Sejak pertama kali aku melihat dirimu,aku mula jatuh cinta padamu Fareeha dan aku tidak pernah merasa perasaan seperti ini dalam seumur hidupku"ujarnya lagi.

        "Tapi...tak mungkin Charles,kita tak akan dapat bersama..kita berdua hidup di alam yang berbeza"ujarku yang terasa begitu berat  menjelaskan semua ini kepada dirinya.Dirinya hanya tertunduk seketika.Diriku menahan sebak tatkala melihat reaksi dirinya."Tapi cukuplah kau mengetahui perasaanku...dan izinkan aku menjadi pelindungmu meskipun kau dan aku mustahil untuk bersama"
Ujarnya lagi sambil tersenyum tulus memandangku.Tatapan mata biru laut yang penuh keikhlasan itu membuatkan aku terasa simpati terhadap dirinya tatkala ini.Dan,aku pun mengangguk-angguk tanda setuju.Bibir tipisnya mengukir senyuman lalu mengucapkan terima kasih kepadaku.Aku membalas senyuman bahagianya dan rasa senang seketika memenuhi diriku tatkala melihatnya bahagia dengan apa yang didengar.

If nak sambungannya,pls vote😘vote tanda anda support tau
     

      
    

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CHARLESWhere stories live. Discover now