Chapter 3:Mengingati masa lalu

34 4 2
                                    

    setelah selesai makan,aku berlalu masuk ke dalam bilikku.Aku tahu dia masih mengekoriku sejak tadi.Seolah-olah dia ada tujuannya tersendiri.Namun,aku benar-benar sudah trauma hendak menolong makhluk tak kasat mata ini.Adakalanya aku terfikir mereka sengaja memerangkapku untuk menolong mereka dan akhirnya itu bakal memudaratkan diriku sendiri.Aku melihat kembali di bahagian pergelangan tangan kiriku.Parut-parut itu masih meninggalkan kesan pada mentalku.Aku akui aku hampir mencabut nyawaku sendiri.

IMBAS KEMBALI (4 tahun yg lalu)

"Sayanggg!pandang mama sayang!!"panggil ibuku yang cemas dan cuba menyedarkanku sambil memegang pipiku.Mataku kian memberat untuk dibuka.Pergelangan tanganku yang berlumuran darah ditekap dengan menggunakan kain agar darahku tidak terus tumpah mengalir keluar.Darahku banyak mengalir keluar tanpa henti.Begitu juga air mataku yang menahan perih kesakitan neraka dunia yang ku hadapi ini.

       Seolah-olah aku di antara ambang kematian.Ayahku berusaha memandu secepat yang mungkin demi menyelamatkan nyawa puterinya yang hampir dicabut oleh puterinya sendiri.Nampak sangat aku ini beban bagi kedua-dua orang ibu bapaku dan disebabkan itulah juga aku bertekad untuk mencabut nyawaku sendiri.Aku dilahirkan sebagai beban bagi kedua-dua ibu dan ayahku.Itulah yang aku fikir selama ini.Seolah-olah dunia enggan menerima diriku saat ini.
     
      Aku tidak pernah dianggap wujud oleh rakan-rakan lain di sekolah.Aku hidup diselubungi kesunyian disebabkan kebolehan yang aku ada.Orang-orang menganggap ku aneh dan menjauhiku seolah-olah mereka sempurna dari segi sudut.Disebabkan"orang-orang yang sempurna"itulah,aku jadi membenci diriku sendiri dan acap kali persoalkan tujuan aku dilahirkan di dunia ini.

       Setelah sampai di pintu utama kecemasan hospital, kedatanganku disambut oleh doktor dan beberapa orang jururawat yang bertungkus lumus menghalangku dari menemui Ilahi.Keadaanku begitu lemah sehingga aku tidak mampu berbuat apa-apa.Aku pasrah dengan apa bakalku hadapi jika nyawa aku ditakdirkan dicabut oleh Izrail pada tika itu.Ibuku sudah menangis teresak-esak di sampingku saat itu kerana belum rela melepaskan aku pergi buat selama-lamanya.

      Lamunanku terhenti saat lelaki itu berdehem menyedarkan lamunanku.Aku mengesat air mataku yang sejak tadi mengalir tanpa henti.Secara tidak sengaja,aku terpandang wajah kacaknya buat seketika.Dalam banyak-banyak,makhluk tak kasat mata yang pernah ku temui,dia adalah satu-satunya makhluk tak kasat mata yang paling sempurna setakat ini.Dia memandang wajahku namun kali ini bukan dalam tatapan yang tajam.Tapi dalam tatapan yang agak sayu.Setelah menyedari,aku memandangnya dalam tempoh yang agak lama,aku memalingkan wajahku
ke arah lain dan menutup parut-parut yang terdedah.
        
        Dia memandang ke arah bahagian pergelangan tangan yang aku sorok.Seolah-olah dapat membaca isi fikiranku,dia berkata"jangan terfikir hendak buat perkara yang sama lagi"tegurnya yang seakan-akan tahu apa yang berlaku.Aku terdiam dan menunduk dari memandang wajahnya"Aku tahu kau boleh nampak aku,cuma kau tak bersedia untuk memberitahuku lagi..aku akan memberimu ruang"ujarnya lalu menghilang dari pandanganku.
     
      Mataku meliar melihat sekitar bilik itu.Ya,dia memang sudah pergi.Tapi adakah dia akan kembali lagi?Aku pun tak tahu.Tapi alhamdulillah setakat ini,dia tidaklah menakutkan seperti makhluk yang lain.

       Jam menunjukkan pukul 12:30 malam.Sejak akhir-akhir ini aku selalu tidur lewat.Aku sendiri pun tak tahu kenapa.Tapi mata aku memang takkan terpejam selagi jam tidak menunjukkan pukul 12 ke atas.Lelaki itu tidak muncul sejak tadi dan aku berasa hairan dalam masa yang sama sebab aku hanya nampak lelaki itu sahaja dalam rumah ini.Tiada makhluk lain yang bersamanya mahupun yang muncul secara tiba-tiba seperti yang pernah ku alami sebelum ini.Seolah-olah rumah ini hanya milik lelaki itu seorang sehinggakan makhluk-makhluk tak kasat mata yang lain tidak berani menjejakkan kaki ke rumah ini apatah lagi hendak munculkan diri secara tiba-tiba.

     Aku mengunci jam pada pukul 5 tepat sebelum aku cuba melelapkan mataku.Kemudian aku mematikan lampu tidur yang berada di sisi katilku dan aku pun cuba untuk memejamkan mata.

    

CHARLESWhere stories live. Discover now