Chapter 4: Petunjuk

25 3 0
                                    

"Selamatkan yang lain!!"laung seorang lelaki dari luar bilik lalu berlari memasuki bilikku beserta sekumpulan gadis melayu yang lain

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Selamatkan yang lain!!"laung seorang lelaki dari luar bilik lalu berlari memasuki bilikku beserta sekumpulan gadis melayu yang lain."Masuk sini dan jangan keluar selagi saya tidak suruh"arah lelaki itu.Lelaki itu dialah lelaki British yang aku jumpa siang tadi.Tapi apa yang dia buat di sini?

Semua gadis melayu yang tampak takut itu kelihatan patuh akan kata-kata lelaki British itu."Tembak jika Nippon masuk"kata lelaki British itu sambil memberi selaras senapang gajah kepada gadis melayu yang paling di hadapan sekali.Gadis melayu itu hanya menurut arahan lelaki British itu dan mengambil senapang gajah dari tangan lelaki British itu."Baiklah tunggu sini dan jangan ke mana-mana"kata lelaki British itu sambil mengambil pistol dari poketnya dan membawa pistol tersebut dan keluar dari bilik tersebut.

Namun nasib tidak menyebelahinya, sekumpulan askar Jepun itu terlebih dahulu mengatur langkah merempuh bilik itu."ARGHHHHH"jerit sekumpulan gadis melayu yang melihat kejadian itu.Lelaki British itu cuba melawan namun apakan daya tenaganya yang seorang melawan tenaga melawan tenaga sekumpulan askar Jepun yang berbekalkan senjata itu.Akhirnya dirinya tewas di tangan askar-askar Jepun itu.Dirinya dikerjakan secukupnya sekumpulan askar Jepun itu.

Gadis melayu yang memegang senapang gajah itu tampak ketakutan sehingga tidak dapat menembak salah seorang askar Jepun itu kerana salah seorang askar Jepun yang lain mengacukan pistol kepada mereka.Mereka semua ditarik keluar dari bilik itu kecuali lelaki British itu.Lelaki itu dibelasah sepuasnya
Oleh askar-askar Jepun yang lain.Mereka tampak marah dan benci akan lelaki British itu."Kamu fikir kami bodoh?!"tengking salah seorang askar Jepun yang aku agak itu adalah pegawai atasan tentera Jepun.Dia menendang perut lelaki British itu sebelum kakinya menendang lagi ke arah kepala lelaki British itu sehingga dirinya hampir tidak sedarkan diri.

Lelaki British itu sudah lemah dan kelihatan pasrah apa yang bakal berlaku seterusnya.Bibirnya pecah berdarah,begitu juga hidungnya yang mengeluarkan cecair pekat berwarna merah itu."Bawa dia!!"arah pegawai atasan Jepun yang berwajah bengis itu.Kakinya diseret keluar dengan kasar keluar dari bilik itu.Dirinya menjerit kesakitan kesan dari kecederaan yang parah dialaminya namun tidak dihiraukan sama sekali seolah-olah dendam yang disimpan terlalu besar dalam diri askar Jepun itu.

Aku cuba mengikuti mereka semua namun aku tidak boleh.Seolah-olah ada sesuatu yang menghalang kakiku dari terus melangkah keluar.Dan,aku tersedar dari lenaku.Kejadian yang berlaku tadi tampak nyata.Aku menarik nafas panjang dan ingatan itu masih segar di ingatanku.Aku serba sedikit mulai memahami tujuan utama lelaki itu mendekatiku.Tetapi lelaki itu sudah pergi.Entah ke mana dirinya pergi.Keberadaanya saat ini masih dalam persoalan di benak fikiranku.Aku tidak dapat memejamkan mata kembali setelah apa yang ku mimpi tadi.Aku pun melangkah keluar dari bilik untuk membasahkan tekakku yang sejak tadi kering dan minta dibasahkan.

Langkahku menuju ke dapur terhenti seketika apabila melihat kelibat lelaki British itu.Dia memandang ke luar tingkap.Aku tidak tahu sama ada dia menyedari kehadiranku atau tidak tetapi aku tidak mahu kehadiranku disedari olehnya.Jadi langkah kakiku diperlahankan berbanding tadi untuk menuju ke dapur."kau tidak tidur lagi?"soalnya yang masih memandang ke luar tingkap.Rupa-rupanya dia sudah lama menyedari kehadiranku.Aku menarik nafas lalu menjawab persoalannya"Aku tersedar"jawabku sepatah lalu langkahku dipercepatkan menuju ke dapur.

Dia mengekoriku lalu berkata"kelihatannya kau begitu tidak suka akan kehadiranku"kata lelaki British itu yang cuba meneka perasaanku terhadapnya.Aku masih diam.Tidak tahu hendak jawab apa.Setelah minuman koko coklatku siap,aku membawanya ke ruang tamu
dan meminumnya.Dia seperti biasa hanya mengekoriku dan merenungku.Aku dapat rasakan yang dia ni bukanlah seperti makhluk-makhluk tak kasat mata yang lain yang ku jumpa sebelum ini.Aku berasa lebih selamat di sampingnya.Aku tidak tahu kenapa.Ia berlaku secara tiba-tiba.

"Mengapa kau pindah ke rumah ini?"soal lelaki British itu."Sebab ayah aku ditugaskan bekerja di sini"jelasku kepadanya."Maksudku mengapa kau pindah ke rumah ini?Bukannya rumah lain?"soalnya lagi yang kelihatan ingin tahu mengapa keluargaku berpindah ke rumah seperti ini."Aku tak tahu..kenapa dengan rumah ni sampai kau tanya aku macam ni?"soalku pula yang ingin tahu."Aku tidak rasa yang kau tahu tentang rumah ini...kelak kau akan tahu juga"katanya yang meninggalkanku dengan penuh persoalan tentang rumah ini.

CHARLESDonde viven las historias. Descúbrelo ahora