[39]

5 2 3
                                    


SUNWOO POV.

Tit... Tit... Tit...

Eo, bunyi apa ni?

Tanpa ragu-ragu, aku terus membuka mata aku. Sebaik sahaja aku buka mata aku, aku melihat Naerin hampir-hampir nak nazak.

Aku dengan pantasnya keluar panggil doktor. Malangnya, tiada sesiapa di luar. Melainkan aku seorang sahaja. Terasa seperti hospital ini sunyi sepi.

Aku pun masuk ke dalam wad Naerin semula, lalu melihat keadaan Naerin.

Tidak dapat aku jangka bahawa Naerin diam sahaja. Aku pun cuba memeriksa nadinya.

Apabila aku tidak dapat merasa nadi Naerin, aku terus meraung.

"NAERIN! NAERIN! JANGAN TINGGALKAN AKU! AKU TAK NAK KAHWIN DENGAN YEOJA LAIN, NAERIN. AKU NAK KAHWIN DENGAN KAU JA, NAERIN. SEBAB AKU SAYANG KAU SANGAT-SANGAT NAERIN!! NAERIN, BANGUN NAERIN!!"

Tiba-tiba, ada satu suara yang memanggil aku. Tapi, aku tak pasti suara siapa itu.

Yang membuatkan aku pelik, bukankah aku dan Naerin sahaja yang ada di sini?

Aku pun terus membuka mata aku.

Alangkah terkejutnya apabila melihat keadaan Naerin yang masih baring di atas katil dengan baik. Defibrilator di sebelah katilnya itu pun, menunjukkan bahawa jantung Naerin masih lagi berdegup dengan baik.

Eo? Apa yang terjadi tadi?

Aku pun melihat gerangan yang memanggil aku tadi.

"Kau ni dah kenapa, Sunwoo? Menjerit tak tentu pasal? Nightmare? Kau mimpi apa sampai ada nama Naerin ni?" tanyanya.

"Eopseo (tiada apa-apa). Cuma mimpi buruk pasal Naerin ja." jawab aku.

"Ouh..."

"Hyung rasa... Kau patut rehat secukup-cukupnya. Kau mimpi benda macam tu, mungkin sebab kau tak cukup tidur. Tambahan pulak, kau tidur dekat sini. Memanglah tak selesa. Dahlah, biar hyung jaga Naerin. Gwenchana, Sangyeon hyung yang mintak hyung jagakan Naerin. Alang-alang hyung tak ada kerja, baik hyung jaga Naerin. Kau baliklah dulu, Sunwoo. Esok, pergi hakgyo eh. Jangan nak ponteng." ujarnya.

"Ne. Gomawo, Changmin hyung." balas aku. Changmin hyung hanya membalas dengan senyuman sahaja.

Aku terus melangkah pulang ke rumah. Sebelum itu, aku menoleh ke arah Naerin lalu berkata dalam hati,

"Cepat sedar eh, Naerin. Aku sayang kau, Kang Naerin."

Aku pun terus bergerak dari situ.

END SUNWOO POV.

•——————•°•✿•°•——————

"ARK! YAH LEPASKAN AKU!"

Tidak semena-mena, dia ditolak dengan kasar oleh seseorang. Dia hanya mampu mengaduh sahaja kerana berasa gerun dengan emosi gerangan yang berada di hadapannya ini. Sepertinya, dia tidak dapat melarikan diri lagi daripadanya.

"YAH! MALHAEBWA! APA KAU DAH BUAT DEKAT NAERIN, HUH HERIN?!" tanyanya dengan penuh amarah.

"Bwo? Aku tak buat apa-apa la! Kau ni dah kenapa marah aku sampai macam tu sekali?" jawab Herin.

Dia dengan penuh rasa marah terhadap Herin, terus mengunci pergerakan Herin dengan menggunakan kedua-dua belah lengannya.

"Kau dengar sini eh, perempuan. Naerin dah koma. Dan, aku tahu siapa puncanya melainkan kau. Ingat baik-baik, kalau jadi apa-apa pada Naerin... Kau, aku akan bawak masuk ke dalam. Biar merana hidup kau." ujarnya.

"Apa masalah kau sekarang ni?! Kalau aku cakap bukan aku, bukan aku la! Apa yang kau tak faham lagi ni?!!!" balas Herin.

"Kau fikir aku nak percaya? Heh! Jangan nak memperdayakan akulah perempuan. Kau tu, layak jadi sampah je. Tak layak jadi manusia. Disebabkan kau obses dengan Sunwoo ja, kau sanggup bunuh orang. Manusia jenis apa kau ni?"

"Oklah. Aku malas nak bertekak dengan kau. Apa yang aku boleh harapkan, semoga diorang tahu kaulah pelakunya. Tapi, pesanan aku adalah terima sahaja kekalahan kau. Kalau kau bertindak lagi sekali, tak mustahil kau boleh masuk penjara. Itu sahaja yang aku nak kau ingat. Sunwoo bukan orang biasa. Naerin pun sama. Diorang tu boleh jadi ancaman dalam hidup kau. Keturunan diorang, bukan biasa-biasa. Aku sarankan, kau hentikan je la kerja gila kau ni."

"And, aku rasa kau kena pergi menyerah diri depan diorang. Kalau diorang jumpa kau, tak mungkin diorang takkan bawak kau kepada polis. Ingat, jangan main-main dengan diorang. Aku takut, kau yang akan terseksa sebelum dibawa ke mahkamah. Lebih baik kau menyerah diri ja. Ok, tu ja. Ingat semua pesanan aku ni. Kalau kau nak hidup lama." ujarnya lalu bergerak dari situ.

Herin dengan penuh rasa terkejut, terus berlalu dari situ.













• • •

♡✿
Atiq

Dare or Truth? | Sunwoo [Completed]Where stories live. Discover now