"Nenda." Ariyan melangkah kehadapan mendekati wanita tua itu kemudian mencium tangan yang tidak memegang tongkat.

"Sudah lama kau tak jenguk nenda ye, cu." Nendanya yang dikenali sebagai Madam Reetha tersenyum lembut memandang cucunya itu. 

Ariyan turut membalas senyuman tersebut.

Malam menjelma dengan pantas.

Tok tok tok

Ariyan yang baru sahaja menutup buku yang dibacanya tadi mula menggeliat untuk menegangkan urat. Pintu biliknya dilihat apabila terdengar tiga ketukan pintu. Madam Reetha muncul bersama sepinggan biskut halia.

"Ari tak tidur lagi?" soal Madam Reetha. Dia meletakkan pinggan tersebut di tepi buku yang baru sahaja Ariyan simpan tadi.

"Belum lagi, Nenda. Ari baca buku," balas Ariyan dengan ringkas. Madam Reetha mengangguk.

"Tidur awal. Besok ada pesta yang akan disambut oleh seluruh Wertaz Land." Madam Reetha mengusap rambut Ariyan dengan lembut.

Wajah Ariyan yang jelas lagi nyata yang inginkan penjelasan itu difahami oleh Madam Reetha. "It's a festival about Dewi of Wertaz."

Mendengarkan perkataan 'Dewi' yang terbit dari bibir Nendanya membuatkan Ariyan tersentak.

Adakah 'Dewi' itu merupakan orang yang Ariyan sangkakan?

"You should go there tomorrow. You're lucky the date of the festival is when you're coming here." Madam Reetha menyambung lagi.

"Who's the Dewi? Dewi of Wertaz?" soal Ariyan lagi.

"You'll see her tomorrow. Go to your bed now, Ari."

"I will. You too... please rest well. Your health is getting worse by now." Sempat lagi Ariyan berpesan. Madam Reetha hanya tersenyum melihat cucunya itu. Tidak percaya lagi bahawa Ariyan sudah berumur 20 tahun.

Madam Reetha kemudian menutup rapat pintu bilik Ariyan.

"Ari!"

Ariyan membuka matanya. Tapi keadaan sekelilingnya kelihatan asing.

"Ari!"

Dia mencari dari mana suara itu datang. Dia amat mengenalinya. Dan suara itu langsung tidak berubah dari kali terakhir dia mendengarkannya.

"Your here, Ari."

Suara tersebut berkata lagi. Tapi kali ini dengan nada gembira dan seakan-akan lega.

"Ariyan!" Wajah Ariyan direnjis dengan air oleh Miya. Kali ini barulah Ariyan membuka matanya didunia nyata.

"Mimpi apa lagi? Bangun! Nenda told me that you promised to going out with her today!" bebel Miya.

Mata Ariyan mula meliar keluar jendela. Oh? Sudah siang? Rasanya baru berapa saat sahaja dia terlelap.

"You already reach your coming of age. But look at you. Still thinking that you're 12 years old huh?"

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now