Prolog

23 6 0
                                    

    

  
      AKU melangkah masuk ke dalam pagar sekolah sambil menatap langit biru. Bulan Januari ikut berjalan atas kepalaku. SMKKI? Aku dengar ini adalah sekolah paling termahsyur di Kota Idaman. Tak mustahil kalau sekolah ni terdiri oleh banyak pelajar-pelajar cemerlang dan anak orang kaya. Anak menteri pun mungkin ada.

"Cepat sikit." kata ibuku di sebelah. Debaran yang kian memuncak di dadaku tahan. Kawasan sekolah ni nampak bersih dan luas.

Pada awal melangkah masuk, aku dah bertemu dengan banyak budak remaja. Rata-rata mereka tak pedulikan aku. Tapi, ada juga yang perhatikan aku. Bergosip pun ada. Ceh! Gosiplah
kau budak!

Umur aku dah 17 tahun aku tak perlu takut dengan budak-budak kecik. Dekat sini aku paling tua. Kalau ternampak budak buat bodoh aku pegang tampar.

Kami berjalan naik ke tingkat 1 kemudian menuju ke pejabat. Setelah itu pergi ke bilik pengetua. Aku menunggu seketika di dalam sementara ibuku bercakap dengan pengetua. Lalu beberapa saat selepas itu aku dipanggil.

Hampir lima menit kami berbual. Aku hanya menjawab setiap pertanyaan yang dianjurkan. Ibuku pula hanya mengangguk-angguk.

Setelah beberapa minit, kami pun keluar.  Aku dikhabar akan masuk ke kelas 5 Dinamik. Kata pengetua, kelas 5 dinamik ada di tingkat 3 blok bangunan sebelah. Tanpa membuang masa kami pun bergegas turun.

Sampai di bawah, aku lihat ada seorang cikgu telah menunggu kedatangan kami. Ibuku terlihat senang berbual dengannya. Aku pula hanya pura-pura tersenyum menikmati perbualan mereka.

"Okay Khai, ibu balik dulu... jumpa nanti." kata ibuku lalu berjalan pergi meninggalkan aku. Kami pun berpisah di sini. Melihat ibuku pergi, aku seakan ingin mengejarnya kembali. 

"Jom naik." Cikgu wanita di belakang aku bersuara. Aku menoleh. Lalu kami berjalan bersama-sama. Tingkat pertingkat kami naik sehinggalah aku sampai di tingkat 3. Suara budak-budak dari dalam kelas lain jelas kedengaran. Aku tidak mempedulikannya dan terus berjalan sehinggalah kami sampai di kelas 5 Dinamik.

Kedengaran suara pelajar-pelajar berbual dari dalam. Aku berdiri di sebalik pintu, masih tidak berani nak masuk. Debaran maha dahsyat buat aku rasa nak lari.

"Masuk, Khai." perintah cikgu wanita itu. Aku menarik nafas panjang lalu berjalan masuk. Di dalam banyak mata-mata yang memandang, aku hanya buat bodoh. Sumpah rasa nak pergi dari sini aku tak tahan!

"Okay semua, ini adalah pelajar baru kelas kita. Harap awak semua boleh bekerjasama dengan dia." kata cikgu itu. Semua pelajar memandangku. Aku buat muka terpal.

"Khai, boleh ambil meja kosong dekat belakang sekali." katanya lagi. Mataku terkedip-kedip melihat meja kosong itu. Di sebelah, ada seorang lelaki yang sedang tersenyum melihat aku.

Aku berjalan ke arahnya. Bila sampai, terus aku letakkan beg lalu duduk. Suasana kelas kembali bising. Aku dengar lelaki di sebelahku bersuara.

"Akhirnya sampai juga kau." katanya perlahan. Aku mengerling sekejap.

"Nama aku Adian, boleh panggil Adi." beritahunya. Aku hanya pandang kehadapan

"Kau bercakap macam dah kenal aku." balasku tanpa menoleh.

"Nanti aku bagitau." ujarnya. Aku tak sempat melayan kerana pandanganku asyik tertumpu ke arah lain. Aku tengok banyak pelajar perempuan memandangku. Aku mula merasa janggal. Tak selesa pula aku dipandang begitu. Lantas aku bertanya pada Adian.

"Perempuan dalam kelas ni memang tak boleh tengok lelaki ke?" bisikku perlahan. Adian tidak dapat menahan tawanya bila mendengar kata-kataku.

"Kenapa Adi? Ada masaalah ke dengan Khairul?" soal cikgu wanita itu. Adian menggeleng.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now