"Bagus. Lepasni buat kerja betul betul. Saya pernah bagitahu tentang gangguan yang saya dapat dulu kan? Kenapa saya rasa tak ada apa apa tindakan? Korang semua buat kerja atau tak ni?" Tiba tiba suara Dato Osman melengking.

Ternaik seketika bahu Ashi. Seramlah, pihak atasan mengamuk pula. Namun tangan Raeez yang tiba tiba melingkar pada bahunya membuatkan dia tenang seketika.

"Maaf Dato'. Kes dulu kami dah buat siasatan. Tapi masih belum dapat diselesaikan. Bagi saya, kes tentang Dato' agak rumit. Kami terpaksa minta bantuan pihak polis dari banyak tempat. Semuanya tak membuahkan hasil." Jelas Ikram satu persatu. Dia pun naik pening dengan kes itu.

"Maksud awak? Apa yang rumit?" Soalnya tidak faham. Apa yang rumitnya, mereka semua polis. Takkan tak boleh selesaikan masalah.

"Penjenayah yang mengugut Dato' sangat lincah. Tak kurang lincahnya dengan penjenayah tadi. Saya dapat rasakan mereka ada kaitan. Senang cerita, mereka satu kumpulan. Tapi masih belum ada kepastian sebab siasatan belum mula."

"Kes hari ni siapa handle?"

"Saya sendiri yang handle. Kami akan cuba yang terbaik untuk selesaikan kes ini. Dato' boleh balik dahulu, biar pegawai kami hantarkan."

Setelah itu, Ikram mengiringi Dato Osman keluar dari situ.

"Fuhh.. takut saya" Raeez kalih. Ashi sedang menghela nafas lega.

"Takut kenapa? Dia tu manusia biasa saja" Raeez jongket kening.

"Ye lah dia tu orang atasan. Bila dia tanya kami buat kerja atau tak, terus naik seram saya. Risau dia marah Ikram. Padahal masa kertas siasatan dibuka, saya nampak usaha keras Ikram untuk selesaikan kes tu."

Raeez hanya dengar. Tak ada reaksi langsung.

"Berapa orang yang kena tangkap tadi?" Raeez bantu Ashi turun dari katil. Mereka berdua bergerak keluar untuk pulang ke rumah.

"Tiga orang. Lagi seorang terlepas. Tapi saya kagum, kalau tak sebab rancangan Ikram tadi, mereka tak akan ditangkap."

Ashi sengih. Walaupun last minute plan, tetap ada hasilnya.

Raeez angguk kepala. Walaupun dia mendengar setiap ayat yang keluar dari isterinya, namun kepala ligat memikirkan sesuatu.

*****
"Hachommm!!"

Aku menyedut nafas dengan kuat dek kerana hidung tersumbat.

Panasnyaaa!

Aku pandang tubuh aku yang dibalut dengan selimut tebal. Tak ubah seperti vietnam roll. Raeez lah ni yang balut aku. Aircond ditutup, hanya kipas biasa yang terpasang. Itupun jauh Raeez letak di hujung dinding.

Ya aku demam. Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba suhu badan naik. Kalau difikirkan balik, sudah lama aku tak demam. Mungkin aku terlalu lasak semalam sampai demam panas.

Sayup sayup aku dengar suara Raeez yang berbual dengan telefon di tangan. Entah dengan siapa dia bersembang. Macam tengah marah pun ada.

Tak lama kemudian, pintu bilik dibuka. Muncul Raeez dengan wajah merahnya.

Aik, marah ke dia ni?

"Awak kenapa muka merah? Demam jugak ke? Awak bercakap dengan siapa tadi?" Tanyaku dengan suara yang serak. Aduhh sakit tekak pula, itu yang aku malas nak bercakap.

Dia geleng sambil menghela nafas. Mukanya dikawal sehabis mungkin.

"Nothing. Hal pejabat. Geram sikit dengan staff buat kerja tak ikut arahan." Jawabnya sambil melabuhkan duduk di sebelahku. Aku angguk faham.

"Awak... bukak la aircond sikit. Saya panas ni. Dah berapa jam dah awak balut saya." Rengekku kerana tak selesa. Tak boleh buat apa langsung kalau dah dibalut macam ni. Lenguh juga badan aku.

Raeez lekapkan tangan pada dahi aku. "Panas lagi ni. Ubat dah makan?"

Aku geleng sambil cebikkan bibir. Macam mana nak makan? 'Vietnam roll' nak bergerak pun tak boleh.

"Awak sedar tak awak balut saya macam mana?" Tanyaku sarkastik. Raeez senyum kecil.

Tangannya menggapai semangkuk makanan. Entah makanan apa, mungkin bubur. Tipikal makanan orang sakit. Dia membantu aku untuk duduk.

"Aku suap kau makan dulu. Lepastu baru makan ubat." Aku geleng. Aku boleh makan sendiri. Tak perlu suap suap bagai.

"Apa kata awak bukak aje balutan ni. Saya lenguh la. Lepastu saya boleh makan sendiri." Mukaku cemberut.

"Melawan!"

Terdiam terus aku. Hilang segala kerutan di wajah. Aku hanya memandangnya sambil mata terkelip kelip. Gerun pula.

"Bukak mulut. Jangan cakap banyak." Segarang garang dia, tak ada pula dia suap aku sampai tercekik. Masih ada lembutnya. Fuhh.

"Sedap tak?" Raeez bertanya. Aku angguk burung belatuk lalu mengulum senyum.

"Aku tak pernah masak untuk orang lain makan. Isteri aku aje orang pertama yang merasa air tangan aku." Ibu jarinya mengelap sisa bubur yang sudah meleleh hingga ke dagu aku.

"Ye ke orang pertama?"

Raeez pandang aku. Jarak kami yang dekat ini, aku dapat lihat matanya yang cantik itu dengan lebih jelas.

"Ya. Pertama...dan terakhir. Because you are my wife."

Aku senyum. Pipi sudah terasa berbahang.

Dan..Raeez juga turut senyum.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now