"MAMA KECEWA DENGAN KAMU IZZ!"Katanya lagi lalu berlalu pergi meninggalkan banglo milik izz itu. Hatinya sebagai ibu pedih,pilu.Dia tidak sangka izz melontarkan perkataan begitu kepada menantunya itu.

"ARGHH BODOH BODOH!"Sakit kepalanya apabila difikirkan semula.Disebabkan Merlina semua orang menjauhkan diri darinya.

3 Bulan Kemudian

"Merlina?"Panggil seorang perempuan.Merlina pula memandang perempuan itu sudah tersenyum.

"Are you okey?"Soal perempuan itu lagi.Merlina pula mengangguk sambil tersenyum.Merlina telah membawa dirinya jauh dari keluarganya termasuk suaminya sendiri.Dia telah membawa diri ke luar negara.

"I'm okey..don't worry okey?"Katanya lagi.Namun perempuan tersebut masih tidak berpuas hati.

" You're lying..I know you not okey"Kata perempuan tersebut namun mendapat senyuman hambar daripada merlina.Perempuan tersebut sudah menggelengkan kepalanya.

"Qila aku okey lah jangan lah risau.Tak ada apa apa pun.."Katanya sambil tersenyum.Merlina menetap di perancis bersama Sepupunya itu.Qila adalah anak saudara belah Datin Aminah yang menetap di Perancis.

"Percaya lah sangat dia Qila okey."Sampuk.suatu suara.Sambil mug di tanganya.Mug tersebut diletak dihadapan merlina.

"Merlina jangan fikir sangat lah.Nanti kau penat"Kata syazira.Syazira sahaja yang mengikuti Merlina dan mengetahui merlina berada di Perancis.Syakira dan afikah pun tidak tahu keberadaan Merlina hanya dia seorang sahaja.

"Kesian dekat anak kau..Tengok Mummy dia sedih je..Cuba ceria sikit"Kata Qila pula.Merlina telah disahkan mengandung. Akibat cabaran yang diberi oleh nya pada Izz dan nafsu yang tidak boleh dikawal wujud satu nyawa di dalam rahimnya.Dia tidak membenci janin tersebut sebaliknya Gembira dengan kehadiran nyawa baharu di dalam perutnya itu tersebut walaupun kehadiran nya merupakan cara yang kasar dan tanpa kerelaannya.

Perutnya yang sedikit membesar diusap lembut.Tersenyum dia sedikit.Dia perlu kuat demi anaknya.

"Anak mummy okey ke kat dalam perut mummy ?" soalnya sambil mengelus lembut perutnya itu.

"Baby okey je dalam perut mummy cuma mummy yang tak okey."Kata Qila kepada merlina.

"Kau kuatkan? Kau kene sentiasa sabar mungkin semua benda ni jadi ada hikhmahnya merlina.Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan hambanya.Allah uji tanda allah sayang kau"Kata syazira pula.Merlina yang mendengar kan itu tersenyum.Betul kata Syazira.Allah sayang akan dirinya.Dia perlu kuat dan tabah menghadapi segala cabaran yang datang.Demi anaknya dan Dia.

"Baby lapar tak?" Soal qila pula sambil telinganya didekatkan di perut milik merlina.Merlina pula sudah tersenyum.

"Baby lapar lah mama qila"Balas merlina sambil tergelak.Syazira pula sudah mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Kalau lapar jom mama syazira masak and kita makan!"Kata syazira riang.Merlina pula sudah mengangguk.Sungguh dia lapar.Semenjak mengandung ni nafsu makan dia semakin menjadi jadi.Boleh dikatakam setiap masa dia ingin makan.Kalau tidak dapat memang menangis dia dibuatnya.Nasib baik Qila dan Syazira memberi apa yang dimahukannya.

"Saya tak tau apa nak jadi dengan Izz tu!."Berderau darahnya apabila isterinya menceritakan apa yang terjadi tadi.Kalau diikutkan hatinya nak sahaja dia pergi ke rumah anaknya itu dan menumbuknya.Kini mereka berada di ruang tamu rumah agam milik Dato Izz Malik dan Datin Marina.Izzarah hanya memasang telinganya.

"Saya tak tau lah abang...Kecewa saya dengar dia kata macam tu"Tidak mampu berkata apa apa sudah Datin Marina.Hati ibu mana tidak hancur apabila melihat rumah tangga anak nya hancur.Izzarah sudah menggelengkan kepalanya.Izz tidak pernah berubah dan matang!.

"Kita doa je la ye mama papa.Izz tengah kusut tu."Kata Izzarah.Dato Izz Malik pula sudah menghembuskan nafas yang berat.

Bumi Perancis yang damai dipandang merlina.Angin malam yang segar bumi perancis itu disedut sedalam dalamnya sebelum nafasnya dihela.Seketika dia tersenyum.Kini dia berada di balkoni bilik nya.

"Merlinsya..Merlina rindu sangat dekat merlinsya.Kalau merlinsya nak tau sekarang ni Merlina mengandung..Kalau merlinsya ada mesti merlinsya Happy because you gonna be aunty!."Katanya lagi.Perutnya yang sedikit membesar diusap lembut.Tidak lama kemudian dia duduk di kerusi yang disediakan di balkoni tersebut.

Setelah duduknya dilabuhkan.Telefon bimbitnya di keluarkan.Ikon galeri dibuka.Satu persatu gambar dislide.Tiba tiba bibir mengukirkan senyuman.

Ditilik,diusap gambar itu.Lalu senyum hambar diukir.

"Handsome suami merlina ni.."Katanya sambil melihat gambar dimana dia mencuri curi ambil gambar izz ketika mereka sedang khusus dahulu.Seterusnya dislide lagi gambar yang lain.Bibirnya tidak henti mengukir senyumannya.Gambar dimana Izz membeli aiskrim untuknya semasa mereka keluar dahulu.Dan kini beralih pula pada gambar perkhawinan mereka.Jelas muka mereka berdua tersenyum paksa ketika mengambil.gambar kahwin mereka.Namun merlina tetap tersenyum.

"Baby rasa daddy sayang kita tak?"Soalnya sambil perutnya itu diusap penuh kasih.Tidak lama kemudian dia tersenyum hambar semula.Tak akan mungkin Izz akan menyayangi nya semula.Kini malam merlina diteman ni dengan angin malam yang sangat damai.

.BERSAMBUNG.



Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now