Chapter 52~

12 3 0
                                    

"Petang ni kita balik rumah aku, sampai bila nak duduk rumah mommy? Happy la kau kalau duduk sini, semua kerja mommy tak bagi kau buat, dah macam princess pula"chenle berkata dengan riak wajah serius dan mata yang tajam memandang ke arah ira

Ira tidak membalas walau sepatah kata sekalipun, jika dia melawan, mungkin dia akan didera lebih teruk oleh chenle. Dengan hati yang berat, dia pun hanya redha dan pasrah dengan nasibnya kini. Dia pernah terfikir untuk lari, namun kini bukan lah waktu yang sesuai baginya. Dia tiada arah tujuan, terikat dengan ugutan yang diberikan oleh chenle kepadanya. Hatinya tersiksa, batinnya merana. Andai arwah jisung masih hidup, pasti dia akan sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang. Dia pernah terfikir untuk menamatkan nyawanya sendiri, namun siksaan dari tuhan lebih menyakitkan daripada apa yang dirasainya pada ketika ini.

Dia juga terkadang hairan dengan sikap chenle. Sikapnya kini lebih teruk berbanding sewaktu dia menjadi bos ira. Dia semakin kejam, kejam, dan kejam. Ira juga sudah lelah hidup dengan penipuan. Kehidupannya sebagai seorang munafik bermula sejak berkahwin dengan chenle.

"Ya Allah, tabahkan lah hati aku untuk menempuh dugaan ini ya Allah, jangan lah kau jadikan aku sebagai seorang isteri yang derhaka, kuatkan lah hati ku, tingkatkan lah kesabaran ku dan berikan lah petunjukmu kepada suamiku agar dia kembali ke jalan yang engkau redhai ya Allah" ira berdoa di dalam hati sambil memejamkan kedua belah matanya dan menghela nafas

"Setiap kali aku bercakap, kau diam, diam, diam dan diam. Langsung tak beri respon, aku ni cakap dengan tunggul kayu ke? Tapi nasib baiklah lakonan kau pun mantap" chenle sekali lagi bersuara seperti cuba untuk menyakitkan hati ira.

"Awak nak saya balas apa? Tak puas siksa saya lagi?"tanya ira sambil memandang ke arah chenle

"Kau rasa hidup kau tersiksa bila bersama aku?"tanya chenle seperti cuba untuk memulakan peperangan.

"Tak lah, hidup saya memang selama ni bahagia dengan awak. Selalu kene pukul, selalu kene tengking, selalu jadi pelepas nafsu awak, saya sangat seronok dan bahagia. Lepasni awak boleh lah tekup muka saya ni guna bantal, mungkin saya akan lebih bahagia" balas ira selamba

"Kau tengah cuba nak menyakitkan hati aku ke?" Sindir chenle

"Saya balas salah, saya tak balas pun salah. Memang apa yang saya buat semua salah ke dimata awak? Tak ada yang betul? Saya dah cuba sehabis baik untuk laksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri pada awak, tapi awak? Pernah awak jalankan tanggungjawab awak sebagai seorang suami? Setakat nafkah batin secara paksaan tu, itu bukan yang saya nak. Saya sakit chenle, badan saya ni dah lebam-lebam awak kerjakan. Hati saya ni dan remuk seremuk-remuknya. Tak boleh ke awak jadi seorang manusia yang berperikemanusiaan sikit? Kalau awak tak boleh nak layan saya sebagai seorang isteri, tolong lah, at least layan saya sebagai seorang manusia, bukan patung yang tak bernyawa"ira meluahkan segala yang terpendam dihatinya

Rich man zhong chenleΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα