"Izz lepaskan aku Aku penat lah !"kata merlina pegangan izz cuba dileraikan namun makin ketat pegangan tersebut.Mata nya menikam anak mata izz.

"Ish lepas lah izz aku tak ada masa lah untuk benda ni!"kata merlina.Terlepas juga pegangan Izz.Segera kakinya melangkah menuju ke biliknya.

"Lambat laun aku ceraikan kau juga! aku tak hingin nak simpan perempuan murah macam kau dalam rumah aku!"kata izz dari tingkat bawah.Merlina yang mendengar perkataan cerai sudah luluh.Namun dikuatkan juga hati

"Tak apa merlina Izz cakap je tapi hati dia tak akan buat!"tekad merlina beri kata kata semangat untuk diri sendiri.Walhal dia sudah takut mendengar perkataan cerai.Namun digagag juga.

"Merlinsya tolong merlina Merlina takut benda dulu jadi balik..tapi kali ni merlina takut sangat sangat merlinsya"adu merlina sendirian matanya yang sembab mula mengalir sekali lagi.Tiba tiba fikirannya melayang dimana dia berada di masa lalu nya.

"Okey! tunggu sekejap saya turun!" katanya dengan gembira.Panggilan di tamatnya.Lipbalm dioleskan sedikit di bibir miliknya.Sesekali ditilik dirinya dicermin.Tersenyum girang dia apabila melihat dirinya dipantulan cermin.

Tanpa menunggu masa terus disambar beg tangannya yang berada di atas katil miliknya.Terus keluar dari biliknya.Satu persatu anak tangga dituruni dengan penuh berhati hati.

Apabila sampai sahaja anak tangga yang terakhir dia memandang ke arah pintu utama terus senyuman nya melebar apabila melihat sebuah kereta Bezza yang terparkir elok dihadapan rumahnya itu.

"Mama! merlina pergi dulu syaziq dah sampai !" laungnya lalu pergi ke arah kereta Bezza tersebut.Pintu kereta itu terbuka.Terpampang wajah milik Syaziq yang sedang tersenyum ke arah nya.

"Sorry awak buat awak tunggu lama"kata merlina sambil tersenyum manis ke arah syaziq.Syaziq membalas senyuman tersebut.

"It 's okey. Jom!"kata syaziq lalu memulakan destinasi mereka.Sepanjang perjalanan menuju destinasi,tidak berhenti merlina dan syaziq berbual .

Setelah sampai di destinasi yang ingin dituju.Syaziq membuka pintu untuk merlina.Merlina pula sudah tersenyum manis ke arah syaziq.

"Terima kasih"ucap merlina kepada syaziq.

"Sama-sama"balasnya lalu menghadiahkan senyuman lagi kepada merlina.Mereka menuju ke restoran.Seusai sahaja mereka mengambil order mereka melayani perasaan masing masing. Sehingga lah order mereka sampai.

"Makan lah kalau tak cukup order lagi"Kata syaziq mengundang tawa halus merlina.Lalu mereka makan dengan seleranya.

Cerah bertukar gelap,pagi bertukar malam.Kini mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah.Keadaan mereka sunyi sepi.Syaziq yang fokus akan pemanduannya manakala merlina melayan perasaannya.Bahagia sungguh hari ini tidak sabar dia ingin menceritakan berita ini kepada kembarnya itu . Tiba tiba kereta yang dipandu oleh syaziq berhenti di kawasan yang gelap.

"Kenapa berhenti syaziq? kereta awak problem?"soal merlina keningnya terjongket seketika.Muka syaziq dipandang namun lelaki itu tidak memberi riaksi apa pun.Tangan syazia mula merayap memegang muka milik merlin.Namun cepat cepat ditepis merlina.

"Hey syaziq! what's wrong with you?!"marahnya.Hatinya mula tidak sedap.Syaziq yang dia kenal bukan seperti ini malahan lelaki itu tidak pernah sesekali menyentuh dia!.

"Merlina awak tak faham lagi ke apa yang saya rasa ha?"soal syaziq kedengaran suara syaziq geram.Merlina pula sudah seram sejuk.

"Ap-a aw-ak mere-pe-k ni sya-zi-q?."tergagap merlina menanyakan soalan itu.Syaziq pula sudah tergelak seperti kerasukkan.Lagi menggigil hebat dirinya.Kini syaziq mula mengcekam muka milik merlina.Terukir senyuman sinis di bibir Syaziq.

Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now