"Engkau dah kenapa merlina?"Soal afiqah.Merlina mengangkat mukanya apabila afiqah mengajukan soalan tersebut kepadanya.Tidak lama kemudian dia meletakkan kembali kepalanya di atas meja.

"Kau demam eh? Ke ada problem?"Soal syazira pula.Muka milik merlina nampak tidak bermaya sahaja.Merlina menggelengkan kepalanya tanda tiada apa apa

"Are you sure merlina kazandra?"Soal syazira lagi . Kali ini dia memandang tepat mata milik merlina bagi mendapatkan kepastian.Merlina mengangguk bagi memastikan keadaannya baik baik sahaja.

"STAND UP CLASS!"Kata Ketua kelas 5 A Sains apabila Madam farhana masuk ke dalam kelas tersebut.Madam farhana menganggukan kepalanya.

"Good morning madam farhana!"kata ketua kelas 5 A Sains lagi lalu diikuti kami.

"Good morning class! okey sit down"kata madam farhana.Buku teks di atas meja di pegang.

"So how are you?"soal madam tersebut

"Good"Balas mereka.namun tidak merlina hatinya tiada di kelas itu.Apa yang dikatakan oleh madam tidak sepenuhnya diberi perhatian.Sesekali tempat duduk milik izz dipandang,Kosong. Merlina menggelengkan kepalanya.

"So next week i want your asigments.Understand class?"kata madam farhana sambil mengemas barang barangnya di atas meja itu.Lalu keluar dari kelas 5 A Sains tersebut.Kelas yang diam tadi riuh terus apabila madam farhana melangkah meninggalkan kelas tersebut.

"Lepas ni kita pergi beli makanan dekat koperasi and then kita lepak tempat biasa jom"kata syazira lagi memecah kesunyian antara mereka bertiga.Oh lupa! Syazira tidak hadir kerana mempunyai urusan keluarganya di Melbourne.Tanpa syakira tiada keriuhan sesungguhnya gadis itu sahaja yang membuat perangai gilanya.

"Boleh je! aku pun dah lama tak pergi koperasi ni!"kata afiqah semangat sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke koperasi sekolah itu.

Merlina masih lagi dengan dunianya sendiri.Tiada apa sebarang riaksi di mukanya.Hanya muka tanpa perasaan ditayangkan.Apa yang dikata oleh syazira dan afiqah tidak didengarinya langsung!.

"Merlina kazandra binti azman!"panggil afiqah lalu mengetuk meja milik merlina sedikit kuat.Merlina memandang afiqah kening nya diangkat sedikit.

"Apa dia engkau ni?"soal merlina.Afiqah pula menghela nafasnya.Sah merlina dengam dunianya sendiri sahaja!.Dekat beberapa kali mereka memanggil merlina namun gadis itu terdiam seperti patung

"Ha tu la kitaorang cakap kau tak dengar pun!"kata syazira.Merlina pula sudah tersenyum sumbing.

"Apa korang cakap?"tanya merlina.Afiqah sudah menepuk dahinya manakala si syazira sudah menghembuskan nafas beratnya.

"Lepas ni kita pergi koperasi and then lepak tempat biasa amacam?"kata afiqah.

"Sekejap aku fikir ek"Kata merlina lalu membuat buat sedang berfikir.Muka milik 2 sahabatnya sudah muncung . itu pun nak fikir parah merlina ni!.Melihat muka sahabatnya begitu terus dia tergelak.

"Iya lah! aku ikut kau orang"kata merlina kepada mereka berdua.Terus tersenyum lebar afiqah dan syazira. Sebenarnya bukan sengaja ngaja mereka mengajak merlina lepak disana. Kerana ada gosip yang perlu diambil serius!. Eceh dasar makcik bawang.Kalau syakira hadir tentu gadis itu paling excited sekali hendak mendengar gossip dan dialah orang nombor satu yang menunjukkan reaksi mukanya.

Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now