Di pangkin kayu itu kelihatan gadis yang bertubuh kecil dan manis sedang ralik dengan sebuah novel, tertera pada hadapan kulit buku itu nama penulisnya 'Ummi Liya'. Novel yang hampir lebu itu sudah 5 kali dikhatamnya, setiap patah kata dia sudah hafal, beberapa halaman kelihatan sudah bercerai dari kulitnya.
Antara sedar dan tidak Zel masih leka dalam dunia novelnya, rupanya ada makhluk Tuhan di sisinya saat itu turut mendiami pangkin kayu yang sama. Lelaki itu hanya memandang sekali sahaja kemudian dia meneruskan kerjanya, dia juga ralik dengan telefon pintarnya, asyik sekali. Mereka sesekali terbatuk kecil. Dia bertemankan secawan kopi latte yang dibeli dari sebuah kafe berdekatan. Itulah pertemuan tanpa sedar yang sudah dirancang Tuhan buat dua insan ini. Pertemuan yang menjadi titik mula sebuah perhubungan yang tidak pernah diduga. Kemudian lelaki itu berlalu dari situ meninggalkan kopi yang masih berbaki itu.
Kenangan
Hujan masih merenyai, hari sudah petang, kantor-kantor juga sudah terkunci rapat, semua pekerja harus pulang, kelihatan di luar berpusu-pusu orang ramai dengan payung masing-masing melintas jalan raya, hingar bingar bunyi hon menandakan masing-masing mahu segera pulang, punya lagi tanggungjawab di rumah, ada mulut yang harus disuap, ada permintaan yang harus ditepati atau tidak sabar untuk bertemu sang isteri dan si kecil di rumah.
Kafe itu sudah hampir 3 bulan tidak beroperasi, tuan empunya kafe yang baru bertukar tangan agak sibuk dengan kegiatan amalnya membantu sang gelandangan di ibu kota, sehinggakan dia terpaksa membuat keputusan untuk menutupnya buat sementara waktu.
Amanat ayah harus digalas dengan ikhlas, lalu akhirnya gadis comel yang punya sepasang mata warna hazel ini akur. Dia membuat beberapa perubahan untuk ruangan kafe yang agak sempit dan terhad itu selama beberapa hari. Pada fikirannya jikalau mahu terus mendiami kafe itu dia harus buat satu transformasi baru, lebih segar dan tampak segak di mata pengunjung.
Zel masih lagi didalam kafe, kalau mahu pualng pun mungkin dia hanya akan menunggu sehingga hujan betul-betul reda. Proses ubahsuai kafenya sudah hampir selesai, dia hanya melakukan kerja-kerja ringan dan kemasan terakhir, Zel berpusing-pusing melihat keadaan kafenya yang sudah kemas di cat dengan warna kuning air, di satu ruang seni dia membetulkan beberapa bingkai gambar yang tergantung, senget! Dia membetulkan kedudukan nya. Ia bukan sekadar sebuah bingkai gambar namun ia adalah sebuah kenangan, kenangan yang membawa kepada sebuah kebahagiaan.
Gadis itu tersenyum puas setelah melihat kedudukan bingkai gambar tadi terletak cantik di sudut bacaan berdekatan dengan meja kecil berhadapan dengan jendela kayu warna coklat kusam, atau lebih mudah ia berkonsep retro. Beberapa jenis kamera lama dari pelbagai jenama tersusun mengikut tahun keluarannya, ia adalah hasil koleksi dari bapanya, Umair.
Di setiap meja ada lukisan-lukisan dari cat minyak dan akrilik hasil sentuhan si Midas Umair, sekiranya Midas menyentuh setiap benda akan menjadi emas, begitu juga Umair, setiap sentuhan tangannya pada kanvas adalah karya yang begitu bermakna.
Dia masih berdiri memerhatikan lukisan mewah hasil sentuhan tangan si ayah, lama juga dia berdiri disitu gaya macam tok pekong, gerak ke kiri pun tidak ke kanan pun tidak, dia memeluk tubuhnya sambil menguntum senyum dan diam, yang masih berfungsi hanya nafasnya yang turun naik, dan akhirnya dilepaskan panjang.
Rindu! Hanya itu sahaja gadis itu ucapkan setelah dia memerhatikan sebuah lukisan abstrak milik ayah tersayang. Sudah hampir setengah tahun baba dan ummi kembali ke kampung halaman ayah di Jogjakarta. Rindu yang dikandung gadis kecil itu tidak bernoktah disitu sahaja, langsung ada air dari dua kelopak mata dan ia merembes keluar. Mujur waktu masih awal pagi, dia masih boleh melayan perasaannya yang sedang galau itu.
YOU ARE READING
PETRICHOR
RomanceLuth dan Hazel dua watak manusia yang cukup berbeza bertemu dengan takdir Tuhan. Berjodoh dengan bukan pilihan. Akhirnya ditemukan semula dalam situasi yang serba menggusarkan. Zarif Suffian menjadi pengubat luka lama. Namun ada yang memisahkan Zari...
