Bab 2

747 56 10
                                    

"Aku pelik tengok Sumaiyyah hari ini. Asal dia tengok kau dia larikan diri. Pagi tadi aku perasan dia cepat-cepat masuk surau bila nampak kau nak ke tandas."

"Kau tahu tak. Aku terr.. Aku tak sengaja." Ashriq raup muka berkali-kali.

"Kau terr apa? Ada kaitan dengan Sumaiyyah ke?" Bingung Fakhrul. Berkerut keningnya.

"Aduihh.." Ashriq gelisah. Sumpah dia tak sengaja. Macam mana dia nak berdepan dengan Sumaiyyah? Dia sendiri pun malu sebab terpegang tempat yang tak sepatutnya.

Sumaiyyah diluar sana pula terhendap-hendap seperti pencuri.

Penat sebenarnya mahu jauhkan diri dari Tuan Haji. Bila dia sengaja mahu jauhkan diri, kerap pula dia bertembung dengan Tuan Haji. Cuma nasib dia baik, hari ini Tuan Haji langsung tidak meminta dia bancuhkan air.

"Hang ni terhendap apa?" Fatimah turut liarkan mata mencari apa yang diintai Sumaiyyah.

"Tak ada apalah Timah. Ehh.. Fati.." Sumaiyyah tarik sengih. Terlupa pula yang kawannya itu alergik bila dipanggil Timah. Fati lebih glamor katanya.

"Hang ngendap Tuan Haji eh? Itulah hang, dulu aku habaq Tuan Haji tu kacak plus berbulus lebat hang tak nak dengar. Hang hehh kan aku." Fatimah herot bibir.

"Hishh.. Bukanlah Fati. Kau merepek jauh sangat ni." Sumaiyyah labuhkan duduk di tempatnya.

"Elehh.. Iyelah tu. Aku kan kalau tengok lengan Tuan Haji tu, haishhh.. Geram!" Fatimah kacip gigi.

Sumaiyyah sudah buat mimik muka geli. Lengan pun boleh geram?

"Hang toksah kata hang geli. Aku cekik hang nanti."

Terhambur ketawa Sumaiyyah. Payah juga bila Tuan Haji ada peminat fanatik macam ni.

"Tapi aku tahulah Tuan Haji tak adanya nak pandang aku janda yang gemuk ni. Lainlah janda meletop macam hang."

"Aku tak suka Tuan Haji." Cepat Sumaiyyah memangkas ayat Fatimah.

"Hah, hang cakaplah tak suka. Kalau Tuhan berbalikkan hati hang, sat aja hang akan suka Tuan Haji."

Sumaiyyah menggeleng. Mintak simpanglah...

"Dahla. Kau tak payah nak cerita pasal Tuan Haji. Aku nak cerita pasal makan. Kau bawa bekal apa hari ni?" Sumaiyyah mengubah topik. Senak perut dia asyik menyebut pasal Tuan Haji.

"Sambal udang petai dengan ulam pegaga."

"Sedapnya." Kecur liur Sumaiyyah. Fatimah ini walaupun mulut becok tapi air tangan Fatimah dah tahap boleh meniaga. Sedap hingga menjilat jari. Kalaulah dia jadi Fatimah, dah lama dia berhenti kerja dan meniaga aje nasi campur.

"Hang pula bawa apa?" Mata Fatimah melirik pada meja Sumaiyyah. Dia tahu Sumaiyyah seorang yang berjimat-cermat seperti dia. Hari-hari membawa bekal.

"Aku bawa ikan bilis tumbuk cili api dengan sayur lemak kobis. Ikan belah belakang pun ada."

"Wehhh.. Sedap. Kita makan sama-sama nak?"

Laju Sumaiyyah mengangguk. Rugilah kalau dia menolak. Dia pun nak rasa sambal udang petai Fatimah.

"Sebut pasal makan, perut aku dah berkeroncong. Hanglah ni!Fatimah sentuh perutnya yang berlapis-lapis.

Sumaiyyah tersengih.

"Aku pun." Sumaiyyah pula gosok perut.

Maka tawa mereka berdua terburai lagi.

"Maiyah!"

Mendengar laungan Juwita, cepat Sumaiyyah bangun.

"Ya, Cik Juwita."

"Lepas lunch kami ada meeting. Maiyah vakum bilik meeting ya?"

"Sekarang?’

"Ha ah.” Juwita terus menghilang di sebalik cubic tempat dia bekerja.

Sumaiyyah teguk liur. Bilik mesyuarat sebelah dengan bilik Tuan Haji. Bakal terserempak juga ke dia dengan Tuan Haji hari ni?

"Tercegat apa lagi? Pergilah. Kan bising Tuan Haji tengok bilik mesyuarat berdebu.” Fatimah siku lengan Sumaiyyah yang kaku berdiri.

Pekerja di situ semua sedia maklum yang Tuan Haji seorang pembersih. Pantang nampak habuk, debu mulalah panggil Fatimah atau Sumaiyyah untuk bersihkan.

"Hmm.." Lambat-lambat Sumaiyyah bergerak ke belakang di mana perkakas mencuci dan vakum disimpan.

Tergeleng kepala Fatimah melihat Sumaiyyah. Biasanya Sumaiyyah tangkas dan pantas bertindak. Tetapi hari ini dia perasan wanita itu sugul. Seolah-olah ada masalah.

"Maiyah.. Maiyah.."

*****

"Tuan haji, saya belum vakum bilik ni." Sumaiyyah bersuara tanpa memandang wajah Ashriq.

Terkejut juga dia. Masuk aje bilik mesyuarat itu, Ashriq sudah ada di sana. Takkan dia nak berpatah balik. Nampak macam kurang sopan pula. Nanti apa kata Tuan Haji?

Terus Ashriq angkat muka dan dia bangun lalu menuju ke pintu. Pintu bilik mesyuarat itu ditutup malah dikunci.

Bulat mata Sumaiyyah.

"Tuan haji nak buat apa ni?" Cepat Sumaiyyah silangkan tangan ke dada. Langkahnya juga terundur ke belakang.

Takkan sebab dah tersentuh dadanya, Tuan Haji mula berfikiran liar? Zaman sekarang Haji tak Haji, ada aje yang sekadar Haji pada nama.

"Don't get me wrong. Saya tak ada niat buruk. Cuma saya nak berbincang."

Barulah Sumaiyyah dapat menghembus nafas lega.

"Tuan Haji nak bincang pasal apa?"

"Pasal kita. Err.." Ashriq gosok-gosok batang lehernya. Kan tersilap cakap Sumaiyyah salah faham pula.

"Pasal hari tu. Saya tak sengaja. Saya betul-betul minta maaf." Luah Ashriq senafas.

Merah muka Sumaiyyah. Dia kalau boleh dah tak nak ingat pasal hal minggu lepas. Kejadian itu berlaku pada hari Jumaat. Lega kerana hari sabtu dan ahad dia tak perlu berjumpa Ashriq.

Cuma hari ini, dia kena juga berhadapan dengan Ashriq. Dia jadi segan dengan Ashriq. Sepanjang pagi tadi dia berjaya elakkan dari bertembung empat mata dengan Ashriq.

"Saya faham." Sumaiyyah tundukan muka memandang kaki sendiri yang bersarung kaki.

"Saya dah terbiasa buat macam tu bila naik kereta dengan anak sedara saya. Sebab tu..."

"Tak apa. Tuan Haji tak payah terangkan. Saya faham." Laju Sumaiyyah mencantas bicara Ashriq.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, buka pintu tu. Tak elok kita berdua-duaan begini." Sambung Sumaiyyah lagi.

Lantas Ashriq membuka kunci dan pintu bilik mesyuarat itu dikuak.

Dengan cepat Sumaiyyah berjalan melintasi Ashriq dan menuju ke pintu. Dia mahu keluar dari situ. Kelemasan dia berdua-duaan dengan Ashriq.

Namun entah di mana silapnya, kakinya tersadung karpet dan nyaris dia mahu terjatuh.

Tetapi tangan sasa Ashriq cekap menyambut. Dia menahan bahagian perut Sumaiyyah supaya Sumaiyyah tidak terjatuh tersembam ke lantai.

Seketika mereka membisu. Hanya mata yang berbicara sebelum Sumaiyyah sedar dan cepat-cepat betulkan kedudukan tubuhnya.

"Maaf." Ucapnya seperti mahu menangis. Wajahnya ditunduk ke lantai. Kenapa dia cuai? Kenapa perkara yang memalukan asyik berlaku bila dia bersama Tuan Haji? Kenapa? Kenapa?

Ashriq pula tak terkata apa-apa. Debaran di dadanya buatkan dia tidak mampu berkata-kata. Sumaiyyah sudah buatkan jantungnya berkerja keras hari ini.

Seketika peristiwa minggu lepas bagai berulang tayang di depan mata. Begini jugalah perasaannya saat itu. Satu rasa asing timbul apabila anak matanya berlaga dengan anak mata bundar Sumaiyyah.

sentuhan cinta tuan hajiWhere stories live. Discover now