Prolog

1.3K 73 15
                                    

Cinta ini memenatkan sebenarnya.

Tak ada wanita mahu yang mengulang hubungan dari awal dengan orang baru.

Seperti memberi kepercayaan sekali lagi, menceritakan rahsianya, berkongsi masa depan dan menemui orang tua pasangannya.

Sumaiyyah menutup buku diarinya. Itu sahaja catatannya untuk hari ini. Catatannya biasanya hanya yang ringkas-ringkas.

Sudah terlalu banyak coretan hidupnya yang dia tulis di dalam diari tersebut. Lihat saja rupa diari tersebut, dah tak macam diari. Kulit menggelupas, isi dalam pun ada yang terkeluar. Itu diari kesayangannya, diari hadiah dari arwah ibunya semasa dia habis SPM 15 tahun lepas.

Mengingatkan arwah ibu, bibir Sumaiyyah membentuk senyum. Rindunya dia pada arwah ibu. Kalaulah ibu masih ada, akan dia luahkan perasaannya. Tak perlu lagi diari.

Abahnya juga sudah lama menghadap Illahi, sejak dia di sekolah rendah lagi. Abahnya meninggal kerana kemalangan.

Tok.. Tok..

"Mama.."

Mendengar ketukan pada pintu biliknya disusuli suara anaknya Taqif, Sumaiyyah lekas simpan diari tersebut ke dalam laci. Pantas dia bangkit menuju ke pintu. Pintu biliknya dibuka.

"Ya, Taqif. Kenapa ni?" Sumaiyyah duduk bertinggung menghadap wajah si anak yang mendung seperti mahu menangis.

"Papa. Taqif nak papa."

Terus Sumaiyyah peluk tubuh montel si anak. Belakang tubuh anaknya diusap lembut.

'Papa dah tak mahukan kita. Papa dah ada keluarga baru.' Jawapan itu hanya bergema di dalam hati Sumaiyyah.

Taqif tak pernah tahu yang dia sudah berpisah dengan Shamsul. Taqif hanya tahu papanya kerja jauh.

"Mama ada. Mama sayang Taqif." Pujuk Sumaiyyah lembut.

"Lama papa kerja. Papa tak rindu kita ke mama?" Taqif mengadu. Matanya bertakung dengan air mata.

"Taklah. Papa sayang kita." Sumaiyyah menipu. Dia tidak mahu anaknya bersedih. Dia sanggup menipu beribu kali sekalipun asalkan anaknya tidak bersedih. Lagipun apalah kanak-kanak seusia 7 tahun tahu erti perceraian.

"Tapi mama..."

"Dahla. Mama nak masak ni. Taqif nak makan apa?" Cepat Sumaiyyah mencantas bicara si anak.

"Hmm.. Nasi lemak ayam merah." Bersinar mata Taqif menyebut lauk kegemarannya.

Sumaiyyah tersenyum. Itu sajalah menu permintaan si anak. Lantas dia bangun dan kepala anaknya digosok.

"Taqif tunggu sekejap. Mama masak ya."

Taqif mengangguk patuh. Lalu dia berlalu ke ruang tamu untuk menonton tv sementara menunggu mamanya siap memasak.

Sumaiyyah pula terus ke dapur. Ayam yang dia baru beli semalam dikeluarkan dari dalam peti ais. Nasib baik dia sudah basuh siap-siap ayam dan tak letak di tempat beku. Kalau tak panjanglah muncung anaknya menunggu.

Sambil menggaul ayam dengan garam dan kunyit, fikiran Sumaiyyah melayang. Kali ini dia teringatkan bekas suaminya.

Shamsul juga sukakan ayam masak merahnya. Kata Shamsul ayam masak merah air tangannya kena dengan tekak, secukup rasa.

Spontan ayam di dalam besen itu ditenyeh-tenyeh.

"Kalaulah aku dapat tenyeh kepala jantan tak guna tu lagi bagus." Sumaiyyah mengomel sendirian.

Itulah satu-satunya kebodohan yang paling dia sesali dalam hidupnya iaitu mempercayai Shamsul sepanjang 6 tahun usia perkahwinan mereka. 6 tahun dia ditipu, 6 tahun juga dia digula-gulakan dengan perkataan 'outstation.'

Bercinta lama tidak menjanjikam kebahagiaan. Bertahun dia menyulam cinta bersama Shamsul, Shamsul boleh curang di belakangnya. Sungguh dia menjadi serik mahu bercinta mahupun berkahwin. Hidupnya lebih selesa dan bahagia hanya dengan Taqif. Bebas dari masalah jiwa dan perasaan.

"Mama! Cepatlah. Lapar ni!" Taqif melaung dari ruang tamu.

"Sekejap! Mama tengah up speed ni. Setengah jam lagi siap!" Sumaiyyah membalas laungan si anak.

Cepat Sumaiyyah membuka api dapur. Sebelum semakin kerap Taqif menyeru, dia kena pantas. Anaknya itu kalau dah lapar memang tak boleh dibawa berbincang.

Seperti yang dijanjikan, setengah jam kemudian nasi lemak berlaukkan ayam masak merak sudah siap terhidang di atas meja.

Sedapnya bau. Taqif tersenyum lebar melihat ayam masak merah air tangan mamanya.

Sumaiyyah tersenyum. Lantas dia sendukkan nasi dan lauk ayam merah ke pinggan anaknya. Melihat si anak berselera makan tanpa menghiraukan lauk dan nasi yang masih panas, kepala Sumaiyyah tergeleng.

Terbang habis sakit hatinya pada Shamsul. Inilah hadiah terbaik yang Shamsul berikan kepadanya. Taqif.

Akan dia jaga anak kesayangannya itu sebaik mungkin. Akan dia didik anaknya itu menjadi seorang lelaki yang soleh dan beriman. Insya Allah.

sentuhan cinta tuan hajiWhere stories live. Discover now