BAB 59

24.4K 1.1K 102
                                    

Encik Khusyairi melangkah menuju ke meja makan. "Kasyaf tak balik lagi??" tanya Encik Khusyairi pada Mak Kiah yang sibuk menghidang makanan.

"Katanya dia keluar jumpa Thaqif. Dah lama tak keluar katanya. Iye la sibuk uruskan syarikat kan" jawab Mak Som.

Tiba tiba kelibat Uqasha muncul dari pintu rumah. Encik Khusyairi menoleh ke arah Uqasha lalu mengukir senyuman. "Along" sapa Encik Khusyairi.

Uqasha melemparkan wajah dingin. Kakinya melangkah masuk ke biliknya. Terus hilang senyuman yang terukir dari bibir Encik Khusyairi.

"Encik nak makan ke??"

Encik Khusyairi menggeleng. "Encik tak payah la ambik hati dengan Encik Kasyaf tu. Mari makan" pujuk Mak Kiah. Encik Khusyairi mengukir senyuman kelat.

Sementara itu , Uqasha di biliknya , mencapai telefon pintarnya. Nombor telefon adiknya didail. "Hello"

"Hello , assalamualaikum , abang kesayanganku. Telefon adik ni , rindu ke??" sempat Kausar mengusik Uqasha. Namun langsung tiada respond dari Uqasha.

"Kenapa adik rahsiakan semua bende dari along??"

Dahi Kausar berkerut. "Rahsiakan apa??" pelik Kausar. Suara Uqasha yang dingin itu juga membuatkan dia hairan.

"Betul ke Thaqif dah nak kahwin dengan bekas isteri dia??"

Kausar tergamam. Dia mengigit bibirnya. "Mana along tau??"

Uqasha tidak menjawab. "Kenapa adik rahsiakan pada along?? Aihhh kalau ikutkan hati tadi memang lunyai along buat dia" marah Uqasha.

"Sorry along. Adik bukannya suka suka nak rahsiakan tapi adik taknak serabutkan along. Along kan baru je nak start uruskan bisness"

Uqasha mengeluh kecil. Terasa seperti gagal menjadi seorang abang. "Habistu kenapa masih stay lagi dekat rumah tu?? Keluar je la dik. Kita naikkan syarikat bonda sama sama" cadang Uqasha.

"Adik bukannya taknak cuma adik kesiankan Jabir. Kalau takde adik siapa nak jaga Jabir??"

"Bini dia kan ada"

"tapi..."

Uqasha mengeluh. "Adik , please. Sampai bila adik nak jadi macam ni. Dari kecik sampai sekarang , terlalu jaga hati orang sampai perasaan sendiri tak tau nak jaga. Cuba kali ni adik naikkan ego adik. Jaga perasaan adik tu. Adik baik macam ni la ramai yang pijak adik tau"

Kausar terdiam. "Along tak kira. Esok along datang ambik adik. Make sure semua barang dah siap packing. Kalau taknak along buat kecoh" ugut Uqasha.

"Along..." belum sempat Kausar membantah , Uqasha sudahpun mematikan panggilannya.

Kausar mendengus kasar. Matanya memandang sekeliling bilik itu. Kakinya melangkah keluar daripada bilik itu.

Telinganya dapat mendengar kekecohan dari ruang tamu. Dia lantas melangkah menuju ke ruang tamu. Terbutang matanya melihat wajah Thaqif yang lebam.

"Kenapa ni you?? Siapa pukul you?? Bagitau I" tanya Diana.

Mata Thaqif tertumpu ke arah Kausar. "Uqasha" Kausar tergamam. Tak sangka pulak seteruk itu pergaduhan mereka. Sampai bertumbuk pulak tu.

"Bagus la. Lepas kena tumbuk tu ada rasa sedar diri tak??" sinis Elyna. "Kalau la I ada dekat situ tadi , memang I join sekali. Lagi kuat dari Qasha I buat" sambungnya lagi.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now