BAB 16

30.2K 1.4K 75
                                    

Thaqif merebahkan badannya di atas katil. Matanya memandang ke arah Jabir yang bermain dengan mainannya. "Jabir , tolong la daddy. Ini hari ketiga nonna aku tak bercakap dengan daddy. Macam mana ni??" Tanya Thaqif.

Jabir menghiraukan Thaqif. Tangannya seronok bermain permainannya. "Perlu ke aku pujuk dia?? Bagi dia bunga?? Eyy macam tak kena je. Aku nak pujuk dia bukan nak mengorat dia. Ajak dia keluar?? Tapi dia sendiri tak nak bercakap dengan aku" buntu Thaqif.

Dia mendukung anaknya itu lalu melangkah keluar dari bilik. Dia mula mencari kelibat Kausar. "Mana nonna kamu ni Jabir?? Takkan asyik terperap dalam bilik je" omel Thaqif.

Tiba tiba matanya dapat menangkap kelibat Kausar keluar daripada dapur. Dia lantas menghampiri gadis itu.

Kausar perasan kehadiran Thaqif lalu menjeling ke arah Thaqif. Kakinya mula melangkah menuju ke bilik tidurnya.

"Nonna"

Tiada respond.

"Nonna" panggil Thaqif lagi. Tapi jawapannya tetap sama.

"NONNA!!!"

Langkah Kausar terhenti. Dia mengeluh kasar lalu menoleh. Kakinya mula melangkah menghampiri Thaqif. Dia mencapai tubuh Jabir lalu mendukung dan melangkah memasuki biliknya. Thaqif tergamam. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

•••

Mata Kausar tertumpu ke arah Iman yang seronok menjamu selera di halaman rumah bersama Mak Som. Kakinya melangkah menghampiri mereka.

"Iman" panggil Kausar. Iman menoleh lalu mengukir senyuman manis. Siapa ja tak suka tengok crush sendiri?? Kausar menggerakkan tangannya memanggil Iman disitu.

Tanpa melengahkan masa , Iman lantas menghampiri gadis itu. "Iye awak. Ada ape panggil saya?? Jom la kita makan dengan Mak Som sekali. Harini Mak Som masak donut. Itu kan favourite awak. Kan??"

Kausar sekadar tersenyum. Matanya memandang sekilas ke arah Mak Som yang memerhati mereka berdua dari jauh. "Sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan awak"

Dahi Iman berkerut. "Ape dia?? Cakap la. Saya dengar"

Kausar menarik nafasnya dan menghembus nafasnya. Dia memberanikan dirinya untuk bertentang mata dengan lelaki itu. "Saya nak bagi telefon ni balik" Kausar menyerahkan beg kertas yang pernah diberi oleh Iman.

"Kenapa?? Awak tak suka ke?? Kalau tak suka saya boleh cari yang awak suka. Awak cakap je awak nak yang mana. Saya belikan"

"Iman" tegas Kausar. Iman terdiam. "Ada sebab kenapa saya tak boleh terima telefon ni. Bukan sebab saya berkenan telefon yang lain tapi sebab saya taknak nampak macam meminta dekat awak" jujur Kausar.

Thaqif baru sahaja ingin melangkah keluar dari rumah itu , terdengar suara mereka berdua lalu telinganya didekatkan pada pintu rumahnya itu untuk mencuri curi dengar.

"Saya kan dah cakap. Saya bagi ni ikhlas. Tanda persahabatan kita"

"Tapi saya tak perlukan benda ni. Better awak simpan atau bagi pada orang yang lebih layak. Sekarang awak ambik ni" Kausar menyerah beg kertas itu pada Iman.

"Tapi..."

"Ambik" tegas Kausar. Iman mengeluh. Dia terpaksa akur dengan arahan gadis itu. Tangannya mencapai beg kertas itu. "Lepas ni jangan bagi apa apa dah dekat saya. Lagipun tanpa hadiah pun kita still kawan betul tak??"

Iman mengangguk perlahan. Terasa seperti kena friend zone dengan gadis itu. Perkataan kawan itu membuatkan hatinya tersentak seketika. "Jom la tadi cakap nak pergi makan donut" Kaki Kausar mula melangkah menghampiri Mak Som.

Thaqif mengintai dari luar tingkap. "Ohh macam tu je. Pastu sambung gelak gelak balik. Dengan aku takde pulak macam tu" omel Thaqif. Matanya merenung tajam ke arah mereka.

•••

Telefon bimbit Kausar tidak berhenti berdering membuatkan Kausar terjaga dari tidur. Matanya dikesat lalu memandang ke arah jam dinding. Jam dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Tangan mencapai telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan tersebut. "Hello"

"Hello"

Kausar memandang semula telefon bimbitnya. Riak wajahnya berubah. "Pakcik nak ape pagi pagi buta ni??" Marah Kausar. Siapa tak marah kalau ada yang mengganggu semasa sedap tidur.

"Ermm Jabir dah tidur ke??"

"Hah?? Call sebab tu je ke?? Eyy dah la saya nak tidur"arah Kausar lagi lalu menutup panggilan tersebut. Kepalanya direbahkan kembali ke atas batal.

Thaqif tergamam. Matanya memandang skrin telefon pintarnya. "Berani kau tutup call aku. Aku punya la spam kau. Dah la guna kredit. Habis kredit aku. Tak pe tak pe. Sabar Thaqif. Kita usaha lagi. Guna cara lain untuk pujuk dia" tekad Thaqif.

•••

Kausar meletakkan Jabir diatas katil. Badan Jabir yang basah itu dilap dengan tuala. Siap sahaja Kausar mengenakan pakaian pada Jabir , dia mencium kedua dua belah pipi Jabir. "Ermm wanginya hensem boy aunty ni" puji Kausar.

Matanya tiba tiba tertumpu ke arah lantai berhampiran pintu biliknya. Ada satu surat yang terselit disitu. Kausar berfikir sejenak.

"Siapa pulak yang selit kertas dekat situ??" Dia mendukung Jabir lalu melangkah menghampiri pintu itu. Kertas yang terselit itu dicapai.

To Nonna

Kausar mencebik. Dia sudah agak siapa pemberi surat itu. "Ape la daddy kamu ni Jabir. Cakap orang ketinggalan zaman. Pada hal dia pun sama. Mana ada orang tulis surat dah sekarang" omel Kausar. Jabir mengekek. Kausar mula membaca isi surat tersebut.

Nonna kenapa kau mengelak dari aku?? Okay aku tau aku salah tapi please jangan macam ni. Aku minta maaf okay. Please bercakap dengan aku balik. Aku merayu sangat.

"Ini baru sikit tau. Nasib baik la pakcik ni majikan saya. Kalau tak , dah lama saya cincang pakcik pastu buat rendang" emo Kausar.

Aku janji lepasni aku tapis mulut aku. Harap kau maafkan aku. Salam dari Thaqif Jabar.

Kausar mencebik. Bibirnya tiba tiba mengukir senyuman. Matanya merenung ke arah surat itu. "Eyy daddy Jabir ni memang tak pandai pujuk perempuan ke?? At least bagi la coklat ke bunga ke. Dia tak pernah pujuk mummy kamu ke dulu. Ataupun sebab dah lama menduda sampai lupa cara nak pujuk perempuan??"

Dia mendukung Jabir kembali ke katil. Badannya di rebah ke atas katil. Surat itu ditenung semula. Entah mengapa hatinya mula berbunga bunga. Mungkin kerana terharu. Iye la jejaka yang muka beku tiba tiba tulis surat semata mata untuk pujuk pengasuh anaknya. Agak kelakar. Kausar memeluk tubuh Jabir lalu mengucup kedua dua belah pipi Jabir.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now